Tuan Arasy | 67

765 58 4
                                    

"Your best friends are the one who are always there for you no matter what!"


Amanda memandang bayi kecil di pangkuannya dengan wajah teruja. Bayi yang masih tidur kerana sudah kenyang dipandang lama. Tanpa sedar bibirnya menguntum senyuman. Pipi bayi perempuan itu cukup tembam. Sangat comel di matanya. Lama dia menatap bayi perempuan di pangkuannya itu.

“Harissa… Buka lah mata. Mama Amanda datang tu…” Suara Mira mengejutkan Amanda yang sedari tadi merenung bayi di tangannya. Wajah Mira dipandang lama.

“Kak Mira cakap apa tadi?”

Takut-takut Amanda bertanya. Wajah kakak iparnya yang terbaring di atas katil itu dipandang penuh makna. Mira tersenyum kecil.

“Kak Mira cakap, Harissa bertuah. Dia ada ibu dan dia ada mama Amanda. Bertuah kan Harissa dapat kasih sayang dari dua orang ibu?” Mira menyoal dengan senyuman.

Amanda terdiam. Mama Amanda? Serta merta pandangannya jatuh pada bayi kecil di pangkuannya. Entah mengapa hatinya mula sebak.

“Amanda.”

Amanda mengangkat muka. Wajah kakak iparnya dipandang. Mira tersenyum nipis apabila ternampak mata Amanda mula merah apabila pandangan mereka bertembung. Pasti Amanda sedang menahan diri dari menangis.

Jari Mira mula menyentuh pipi mulus Amanda. Mutiara jernih yang sudah turun ke pipi Amanda, diusap lembut.

“Harissa anak akak. Tapi dia juga anak saudara Amanda. Janji dengan akak yang Manda akan sayang dia seperti anak Manda sendiri kalau akak berkongsi dia dengan Manda?” Tanya Mira lagi. Amanda mengangguk pantas membuatkan Mira tersenyum.

“Macam ni lah adik akak.”

Amanda tersenyum kecil. Wajah Harissa di pangkuannya dipandang lama.

‘Harissa… Mama datang sayang…’

Pipi gebu Harissa dicium sayu. Entah mengapa hatinya mula berubah tenang. Dia bahagia.

Arasy yang tadinya memerhati tingkah laku Amanda dari balkoni mula mengalihkan pandangannya. Sebak hatinya apabila melihat wajah teruja Amanda sewaktu memangku bayi yang berusia 2 bulan itu. Amanda kelihatan cukup gembira di matanya.

Anak matanya yang berkaca disapu kasar. Dia tidak mahu ada yang melihatnya dalam keadaan itu. Dia perlu kuat. Amanda yang lemah itu mampu bertahan, apatah lagi dia yang lelaki. Dia ketua keluarga! Dia perlu kuat.

Aariq yang perasan perubahan di wajah adiknya apabila melihat Amanda memangku anak keduanya itu menghela nafas lemah. Dia mula berdiri di sebelah adiknya sambil memandang ke arah padang bola yang riuh dengan remaja-remaja aktif bermain bola sepak.

“Kau kena kuat. Amanda cuma ada kau. Kalau kau lemah, dia?” Aariq mula bersuara perlahan. Hanya dia dan Arasy sahaja yang boleh mendengar perbualan yang akan mereka bicarakan.

Tuan Arasy!Where stories live. Discover now