- Bab 1

145 39 348
                                    

Sebelum mula, aku perkenalkan diri aku dahulu. Nama aku Nur Farihatul Husna. Aku berumur  17 tahun. Aku ialah anak Dato Amsyar Rizqi, papa aku seorang jutawan, dia juga pemilik syarikat yang terkenal dekat sini. Walaupun papa aku ni kaya dia tak pernah lupa diri itulah sebab aku kagum dengan dia. Mama aku pula PA (Private assistant) papa aku, jadi kalau papa aku pergi mana-mana mestilah mama aku kena ikut. Mama aku diberi nama Siti Maisarah ataupun boleh dipanggil sebagai Datin Aisa. Aku ada seorang abang, nama dia Fahrin Husaini. Dia panggil aku Una, dia berumur 20 tahun. Beza dua tahun je dengan aku. Aku ada simpan satu rahsia yang keluarga aku pun tak tahu kecuali kawan rapat aku. Cukuplah, malas aku nak perkenalkan diri panjang-panjang.

"Cik Una, mari makan Mak Pah dah sediakan sarapan ajak Tuan Fahrin sekali," ucap Mak Pah tukang masak rumah aku. Aku dah anggap dia seperti keluarga aku sendiri.

"Mak Pah ni... berapa kali Una dah cakap tak payahlah ber-cik dengan Una panggil Una sudahlah." Tanpa berlengah aku pergi ke meja makan untuk sarapan.

"Yelah Cik... maksud Mak Pah Una... Dato dengan Datin cakap harini mungkin mereka balik lambat sikit katanya ada kerja."

"Papa dengan mama selalu sibuk... nasib baik ada Mak Pah boleh teman Una."

"Along kamu kan ada... lagipun Dato dengan Datin kerja untuk tanggung kamu jugak."

"Betul tu dik," ucap abang aku yang muncul secara tiba-tiba

"Sibuk je dia... cepat lah makan adik nak kena pergi ambil keputusan hari ini."

"Along baru je duduk... sabarlah lagipun awal lagi ni... Along pun nak kena pergi sekolah jugak."

"Buat apa along nak pergi sekolah?"

"Nak kata tua muda lagi... pelupa betul lah kau ni dik... Hari ini kan hari pertama abang bekerja sebagai cikgu kat sekolah kau."

"Ouh ya ehh... tak kisah lah. Habiskan makanan tu cepat.... makan macam siput." Aku terus bangun dari tempat duduk lalu pergi ke luar rumah.

"Bertuah punya adik... nasib adik kalau orang lain kena dah dengan aku."

"Macamlah Fahrin tak kenal perangai adik kamu tu," ucap Mak Pah sambil tangannya ligat memcuci pinggan di singki.

"Kenal sangat Mak Pah dengan perangai dia yang suka arah orang tu. Dari mana dia dapat pun tak tahulah perangai tu... sebab tu tak ada orang nak dekat dia," ujar Fahrin sambil meneguk minumannya.

"Tak baik cakap macam tu... Adik kamu jugak tu." Fahrin bangun dari tempat duduknya kemudian berjalan pergi ke singki.

"Yelah Mak Pah, Fahrin pergi dulu ye." Setelah selesai mencuci pinggan yang digunakan,  Fahrin meletakkan pinggan itu di satu tempat khas.

"Yelah, hati-hati bawak kereta tu," pesan Mak Pah kepada Fahrin. Dia sudah menganggap Husna dan Fahrin seperti anak kandungnya sendiri. Merekalah keluarga dia.

The Secret Police Agent (Hiatus)Where stories live. Discover now