- BAB 11 -

22 4 14
                                    

==========================
| | THE SECRET POLICE AGENT | |
==========================

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

"Rine! Tunggu ah!" panggil Zaim. Rine memusingkan badan memandang abang kembarnya yang sedang tercungap-cungap.

"Tak nak, malas!" balas Rine, selamba. Dia mula melangkah semula. Ingin mengejar kawan-kawannya sudah berada di hadapan.

"Kurang asam punya adik, nanti kau." Pantas Zaim mengejar langkah Airine yang kian menjauh, sempat juga dia seluk saku gadis itu untuk mengambil semula dompet yang diberikan tadi. Orang tak sudi kita tak perlu lebih-lebih, orang tak hargai kita jangan buat sedih. 

"Kau makanlah guna pasir, tak pun pergi minta sedekah dekat luar sana tu!" Sambil memegang dompet milik Airine, dia bergerak pergi ke ruangan carian maklumat. Lebih baik dia siapkan assigment daripada melayan adik tak kenang budi, humph!  

"Woi!" Terkebil-kebil Airine dibuatnya. Kepala yang dilapisi tudung itu digaru walaupun tidak gatal. Sensitif pula lelaki ni, fikirnya. Dia menghela nafas sambil kepalanya digeleng perlahan, suka hati kaulah.

"Rine, nanti kalau kau dapat duit banyak waktu minta sedekah tu... jangan lupa kongsi okey? Bak kata orang putih, sharing is caring," tutur Lya ditemani dengan tawa halus. Elly dan Husna juga tidak ketinggalan mengetawakan rakan mereka.

"Banyaklah kau punya kongsi, dah cepat belanja aku." Tangan Lya ditarik bergerak ke kantin. Terkial-kial gadis itu mengikuti langkah sahabat bertuahnya yang satu ini diikuti dengan Husna dan Elly di belakang. Perut mereka sudah mula memainkan gendang, meminta untuk diisi dengan kadar segera.

Dengan wajah tidak bertenaga mereka duduk di sebuah meja yang kosong, Husna pula sudah meletakkan kepalanya di atas meja sambil memejamkan mata. Menyesal pula dia tidak mahu makan awal tadi kan sudah diserang gastrik.

"Tuan puteri Husna kau nak makan apa? Eh kau oke tak ni? Pucat semacam je aku tengok ni," tegur Lya. hatinya dihurung rasa resah melihat keadaan Husna. 

"Oke... gastrik je ni. Makan kejap lagi hilanglah," jawab Husna sambil mata terpejam. Kedua-dua belah tangan dibawa ke perut. Sakit. Pap! Sepaket ubat gastrik sudah terbentang betul-betul di hadapan matanya bersama dengan sebotol air mineral.

Dagunya mendongak sedikit melihat tuan pemberi. "Thanks Elly." Ellyna hany mengangguk tersenyum. Dia sudah terbiasa membawa ubat-ubatan bersama. Tanpa berlengah sebiji pil berwarna putih ditelan.

"Lain kali sarapan ya Cik Tuan Puteri Husna cantik molek," perli Ellyna seraya paparan hologram menu itu ditolak menggunakan jari agar dipaparkan kepada Husna. Hanya di seorang yang masih belum memesan.

15 minit kemudian, makanan mereka sudah terhidang di atas meja. Kecur liur pabila bau nasi goreng kampung itu memasuki rongga hidung. Usai dibacakan doa mereka semua terus menjamu selera.

"KUIH bakul, kuih bulan, dijadikan sebagai juadah berbuka, Sekuntum mawar salam pengenalan, Sudah saatnya kita bersua muka." Senyum sinis terukir pada wajah disebalik topeng itu. Dinding yang penuh dengan kepingan gambar itu direnung lama. Sebilah pisau dilayang-layangkan pada sekeping gambar. Bilah pisau itu dipacak pada permukaan meja berdekatan dengannya.

Bzzt... Bzzt... Bzzt... Telefon pintar miliknya yang bergetar itu terus diambil. Jarinya menyentuh punat berwarna hijau kemudiannya diseret ke tepi. Skrin kaca itu dilekapkan pada telinga.

By two weeks. Get it ready, there's no excuse for you. Do it or die.” Tegas suara itu bersuara. Tanpa menunggu jawapan daripada pihak sana, dia terus menamatkan panggilan.





Setelah sekian lama menyepi... One short chapter from me. Sorry for the bad writing.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 09, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Secret Police Agent (Hiatus)Where stories live. Discover now