- Bab 5 -

68 30 107
                                    

Hai assalamualaikum, sebelum mula Iqa nak minta maaf sebab baru update hari ni. Sepatutnya minggu lepas. Iqa tak berapa sihat, hari ni dah ok sikit. Alhamdulillah.

Happy reading 💞

------------------------------------

"Baik Tuan !" Ucap mereka berenam serentak. Mereka pun keluar pergi ke kereta masing-masing.

Mereka semua berpecah pergi ke arah tuju masing-masing. Husna menghidupkan enjin kereta dan bergerak pergi daripada Ibu pejabat.

"Wehh dah pukul 5:45 dah ni. Cepat sikit. Ibu aku mengamuk nanti." Lya yang sudah resah apabila melihat jam tangannya mula berfikiran macam-macam. 

"Kau ni Lya, sabarlah sikit. Kalau kita accident macam mana ?" Marah Rine. Duduk tak diam betullah Lya ni. Kalau terlanggar kereta dekat depan tu kang, tak pasal-pasal kena bayar.

Lya mencebik apabila mendengar kata-kata Rine. Husna yang sedang memandu kereta menggeleng kepala melihat Lya mencebik. "Sudah-sudahlah tu korang ni. Asyik bertekak je kerja. Tak penat ke ? Lya kita dah nak sampai dah ni."

Serentak Rine dan Lya menolehkan kepala keluar tingkap. Kelihatan rumah Lya diluar. Rine dengan Lya selalu buat sesuatu serentak kan.

"Berhenti dekat sini sudahlah." Tutur Lya.

Husna berhentikan kereta dihadapan rumah Lya. Lya membuka pintu kereta, dia melambai-lambai kearah Husna dan Rine. Makcik Fia yang melihat anak perempuannya keluar daripada kereta Husna memandang Lya pelik. 

"Assalamualaikum ibu," Lya menyalam tangan ibunya sebelum masuk

"Waalakumussalam, ehh Lya nanti" Lya yang tidak dengar ibunya memanggil terus bergerak masuk ke dalam biliknya.

"Bertuah punya budak, orang panggil buat tak tahu je," Makcik Fia melangkah masuk ke dalam rumahnya. Pintu rumah ditutup. Dia terus berjalan pergi ke dapur.

Lya yang didalam bilik seronok berbaring teringat akan sesuatu. "Aku rasa macam lupa sesuatulah. Apa dia ehh ? Ahh lantak ahh. Tak penting kut sebab tu aku lupa," Lya terus mengambil telefonnya dan bermain game 'The Great Hacker'. 

🌺 🌺 🌺

"Mana budak-budak tu ? Kata nak nak datang ambik motor ni. Aku dah lah nak kena balik awal," 

Abang kaunter Cafe Pelangi itu terus mengorak langkah pulang ke rumahnya apabila dia melihat jam tangannya, Pukul 6.30 petang tetapi kelibat budak perempuan itu masih tidak kelihatan. Motosikal kepunyaan Lya ditinggalkan begitu sahaja. 

🌺 🌺 🌺

"Rine, kau nak aku hantar dekat mana ni ?" Soal Husna

"Kau hantar je dekat kedai runcit depan tu. Aku nak beli barang sikit. Nanti aku balik sendiri lah, lagipun motor aku ada dekat situ," jawab Rine.

Setelah selesai menghantar kawan-kawannya, Husna pun pulang ke rumah. 

🌺 🌺 🌺

STESEN KERETA API CYBERTECH

Tuan-tuan dan puan-puan, dalam beberapa minit kita akan tiba di CyberTech. Diminta semua penumpang bersedia dengan barang masing-masing. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Seorang gadis berpakaian hoodie berwarna kelabu dan lengkap dengan penutup muka keluar dari kereta api. Tiba-tiba telefon milik gadis itu berdering nyaring. Dia meraba-raba poketnya mencari telefon. Terpapar di screen telefon nama pemanggil

The Secret Police Agent (Hiatus)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang