- Bab 6 -

69 30 94
                                    

Di Rumah Ellyna

BANGUN !! BANGUN !! DAH PAGI !! BANGUN !! BANGUN !! DAH PAGI !!

"Allahuakhbar!" Gadis yang nyenyak tidur tadi terus terjaga apabila mendengar ringtone alarmnya. Lyna bingkas bangun daripada tempat tidurnya apabila mendengar bunyi 'ALARM' yang pelik di dalam biliknya. Dia mencari-cari dari mana bunyi itu datang. Matanya terhenti apabila dia ternampak sebuah jam loceng yang berada disebalik tirai biliknya.

"Seriously, pak ngah ingat aku tak boleh bangun sendiri ke apa. Dah lah bukan main pelik bunyi dia tu. Boleh mati terkejut aku." Lyna terus mengambil jam loceng itu. Jam loceng itu menunjukkan sudah pukul 5:30 pagi Bateri yang ada pada jam loceng itu terus dicabut.

"Baik aku mandi dulu. Lepastu boleh jalan-jalan dekat sini. Dah lama aku tak balik sini."

Lyna terus berjalan ke arah almari bajunya. Tuala mandi miliknya diambil, dia terus berjalan pergi ke bilik air. Sunyi sepi keadaan dirumah itu. Maklumlah dia tinggal seorang diri takde sesiapa yang yang nak buat bising dalam rumah.

🌺 🌺 🌺

"Ibu ! Motor Lya hilang !" Jerit Lya

Lya yang baru sahaja bangun dari tidurnya menjerit-jerit diluar rumah apabila motorsikal kesayangannya tiada diperkarangan rumahnya. Kedua-dua belah tangannya diletakkan di kepala. Terpapar jelas riak mukanya yang resah itu.

"Ya Allah, Lya. Kenapa jerit pagi-pagi ni ?" Terkejut Mak cik Fia apabila dia mendengar satu-satunya anak dara dia menjerit di luar rumah.

"Mo...motor Lya hilang bu. Kena curi," Ujar Lya tersekat-sekat. Rasa macam nak nangis sahaja apabila motor pemberian arwah ayahnya hilang.

"Lah, kelmarin kan Lya keluar pergi jumpa kawan naik motor. Macam mana boleh hilang ?"

"Jumpa... kawan ?" Soal Lya kepada Makcik Fia. Dia berfikir seketika, tetapi masih tidak dapat ingat dia keluar naik motor kelmarin.

"Budak nih, yang kelmarin Lya pergi jumpa Una dengan Rine tu apa ?"

"Husna ? Rine ? Alamak !" Lya menepuk dahinya. Dia lupa nak ambil motor dia semula lepas balik daripada ibu pejabat! Aduhh, sebab takut kena marah dengan ibunya. Dia langsung tidak teringat akan motor yang dia tinggalkan di Cafe Pelangi.

"Huh, dah ingat letak mana ?"

"I...Ibu L..Lya keluar kejap." Belum sempat ibunya menjawab Lya sudah pun pergi ke Cafe Pelangi dengan menunggang basikal.

"Ish budak ni. Dengan baju tidurnya, nasib baik pakai tudung. haih." Makcik Fia menggeleng kepala melihat kelakuan anaknya. Dia masuk ke rumah semula apabila hidungnya menangkap bau hangit. Masakannya yang ditinggalkan hampir-hampir hangit sepenuhnya kerana dibiarkan terlalu lama.

Lya mengayuh basikalnya secepat mungkin. Akhirnya dia sampai di Cafe Pelangi, nasib baik tak berapa jauh jarak rumahnya dengan Cafe Pelangi. Lya tersenyum tatkala dia melihat motor kesayangannya masih berada disitu.

"Alhamdulillah," Ucapan syukur tidak berhenti-henti dia ucapkan. Motor inilah satu-satunya pemberian arwah ayahnya. Jika hilang, entah bagaimana dia ingin menjawab kepada ibunya.

Lya terlupa yang dia menunggang basikal untuk ke Cafe Pelangi. Macam mana nak bawak balik dua-dua sekali ?

"Aduh, aku ni pun satu. Macam mana nak bawak balik basikal ni pulak," Lya mencari cara untuk membawa basikalnya ke rumah. 

"Hai, boleh aku tolong ?" Sapa seseorang.

🌺 🌺 🌺

5 Jam sudah berlalu, Lyna mengerling jam tangan berjenama 'Redmi' yang dipakainya. Sudah pukul 10:30 pagi dia mengambil keputusan untuk keluar bersiar-siar. Sudah bosan dia duduk terperap seorang diri didalam rumah. Dinding sahaja menjadi penemannya. Kali ini dia keluar dengan pakaian yang biasa tanpa menutup wajahnya. Shawl berwarna hitam diambil dan dipakai. Kasut sukan disarungkan pada kaki. Pintu rumahnya dikunci sebelum ditinggalkan. Mahunya pencuri masuk habis dia. 

The Secret Police Agent (Hiatus)Where stories live. Discover now