- Bab 2 -

96 35 154
                                    

Kringgg 

Selesai sahaja pembelajaran loceng rehat pun berbunyi. Aku mengemas barang di atas meja aku dan menyediakan buku untuk subjek seterusnya. Tiba-tiba geng Mr. Hot berdiri mengelilingi meja aku. Kawan-kawan aku sudah keluar dari kelas tinggal aku seorang sahaja di dalam kelas. Selalunya Lya dan Rine yang pergi beli makanan, aku pulak tunggu di pondok belakang kelas. Kami bertiga selalu rehat di pondok. Nak rehat dekat kantin... lambat lagi, aku tak suka duduk ditempat yang ramai orang.

"Hai, kau tak rehat ke?" Tanya Hakim kepada aku.

"Tunggu kawan aku," balas aku

"Kau nak rehat sekali dengan kami tak?" Aiman mengajak aku untuk rehat sekali diorang.

"Aku rehat dengan kawan aku. Dah aku nak pergi rehat, jangan kacau aku," balas aku dengan kasar kemudian meninggalkan mereka begitu sahaja. Lantaklah diorang nak cakap aku sombong pun aku tak kisah.

"Garang gila dia," ucap Hakim. Jelas terpapar raut wajahnya yang terkejut. Begitu juga dengan Aiman.

"Tu la, aku tak pernah nampak perempuan macam dia," ujar Aiman menyokong apa yang Hakim katakan.

"Dah la tu, biar je dia. Jom pergi rehat." Haziq mengajak mereka keluar dari kelas namun ajakannya tidak diendahkan. Kedua manusia itu sambung bercakap.

"Selalunya semua perempuan nak dekat dengan kita tapi dia lain pulak. Nama dia apa ehh? Aku nak try dia lah." Gatalnya Hakim ni.

"Beraninya kau. Tak takut ke? Tengok dia pandang kita pun macam nak terkam je... tapi cantik jugak dia kan." Haziq menggeleng kepala mendengar kata-kata Aiman. Sama je dua-dua.

"Nama dia Husna. Jom lah pergi makan." Haziq meninggalkan mereka didalam kelas.

"Weh... weh... Ziq tunggu kami," kata mereka berdua serentak dan mula berlari menyamakan kedudukan dengan Haziq. Nasib baik Ziq bukan Zip.

Rine dan Lya yang baru sahaja selesai membeli makanan dikantin terus mengorak langkah ke pondok belakang kelas. Di pondok, kelihatan Husna yang sedang menghayati pemandangan kehijauan pokok-pokok disitu. Husna ternampak kelibat dua kawannya.

"Lamanya korang beli makanan." Rine dan Lya yang tercungap-cungap kerana berlari duduk berehat seketika.

"Sorry wei... tadi jalan sesak kat kantin," ujar Rine sambil menghirup air milo yang dibelinya.

"Kenapa?" Tanya Una.

"Ramai budak perempuan berkumpul nak tengok geng Mr. Hot tu," ucap Lya. Lya teringat akan kejadian yang berlaku di kantin tadi. Punyalah bertolak-tolak bukan untuk membeli makanan tapi untuk melihat geng Mr. Hot je. Kacau betul, orang tengah lapar nak beli makanan diorang sibuk nak tengok muka Haziq bukannya kenyang pun.

"Ooo, makanan aku ada?"

"Nah roti strawberi." Lya menghulurkan roti strawberi itu kepada Husna

"Thank you my friends," ujar Husna seraya membuka bungkusan plastik rotinya.

"Welcome," balas Rine dan Lya serentak. Mereka berdua saling berpandangan kemudian mata mereka memandang Husna yang sedang menikmati makanannya.

"Kau... ada berkenalan tak dengan Haziq ?" Ujar mereka berdua serentak sekali lagi.

"Tak, aku tak berminat nak kenal-kenal."

"Dia duduk sebelah kau kut... tolonglah kenalkan dengan kami lagipun kita tak pernah ada kawan lelaki. Aku tengok diorang tu macam baik je. Rine pun nak berkenalan dengan Hakim tu." Tersedak Rine apabila namanya disebut.

"Wehh... apasal petik nama kamu ni."

"Nama mana boleh dipetik." Husna dan Rine hanya menepuk dahi mendengar balasan Lya. Lurus bendul betul kawan mereka seorang ini sebab itulah kena jaga elok-elok. Sedang mereka seronok berborak, seseorang datang menyapa.

"Hai, boleh kami tumpang duduk makan sekali."

Lya dan Rine memandang lagi dua susuk tubuh yang sedang bergaduh di belakang Haziq. Husna hanya memandang tajam wajah Haziq. Kacau je dia nak makan.

"Kenapa tak makan kat kantin ?"

"Rimas, ramai perempuan gedik," ujar Aiman tanpa rasa bersalah, Rine dan Lya hanya menahan ketawa. Kesian diorang kena cop gedik dengan Aiman.

"Banyak lagi tempat kosong kan... pergi lah duduk dekat tempat lain."

"Alah Una, biar jelah diorang nak rehat sekali. Lagipun tempat ni luas," ujar Lya

"Banyak lagi kan tempat la" Belum sempat Husna menghabiskan ayatnya Rine memotong. "Alah Una... bolehlah." Rine dan Lya cuba memujuk Husna untuk membiarkan geng Mr. Hot berehat bersama mereka. Bukan senang nak rehat ramai-ramau ni.

"Betul tu, tempat ni luas. Lagipun bolehlah kita berkenal-kenalan," ujar Hakim

"Suka hati koranglah. Aku nak masuk kelas dulu." Baru sahaja aku bangun daripada tempat duduk aku. Tiba-tiba tangan aku ditarik oleh Rine dan Lya. Mahu jatuh kebelakang aku dibuatnya, sudahlah kuat mereka tarik kalau jatuh buat malu je.

"Una, rehatlah sekali... duduklah." Ucap Rine dan Lya dengan nada manja seraya membuat jurus comel yang mampu mencairkan sesiapa sahaja.

"Yelah, tak payah buat muka macam tu buruk aku tengok." Terpaksa aku duduk semula. Geng Mr. Hot yang tengok drama tak berbayar aku dengan geng aku menahan ketawa. Rasa macam nak lempang je diorang ni tak pun baling kasut ni pun ok, boleh nak gelakkan aku. Apa yang kelakarnya pun aku tak tahu.

"Apa gelak-gelak!" Marah aku dengan perasaan malu bercampur geram. Akhirnya terlepas jua ketawa mereka kecuali Haziq.

"Diamlah!" Haziq memarahi kedua kawannya yang tidak berhenti gelak dari tadi. Namun, hampa... mereka tidak menghiraukannya malah makin kuat ketawa mereka. Kesian Haziq asyik kena palau je.

"Korang gelak lagi, aku sumbat botol ni dalam mulut!" Terus berhenti tawa mereka. Tahu takut, tu baru jerkah sikit kalau aku naik hantu nahas mereka aku kerjakan.

"Garang sangatlah kau ni. Cuba lah lembut sikit baru nampak ayu gitu." Ujar Aiman sambil melentokkan tangannya.

"Dah... dah... makan. Nanti habis rehat." Lya juga sudah penat ketawa. Aiman dengan Hakim katawa dia pun terikut sama. Katanya muka diorang lawak sangat.

Sambil makan geng Mr. Hot membuat lawak hambar kecuali Haziq. Aku tengok dia tak lah macam lagi dua orang kawan dia ni, masuk air. Aku tengok dia teringat pulak dekat sepupu aku. Dah 3 tahun aku tak pernah jumpa dia. Macam manalah dia sekarang ni.

"Aku harap sangat boleh jumpa kau lagi... My Lovely cousin,"ujar aku dalam hati. Tanpa aku sedar, aku tersenyum mengenangkan memori yang indah bersamanya.

- To Be Continued -

______________________________________________________________

"Kenangan manis akan sentiasa bersama "

Macam mana ok tak Bab 2 ni ?

Maaf kalau hambar

- Assalamualaikum -

                                                                                                             
- 984 Words -

______________________________________________________________

The Secret Police Agent (Hiatus)Where stories live. Discover now