- Bab 8 -

76 25 146
                                    

=========================
| | THE SECRET POLICE AGENT | |
=========================

"Pak ngah buka semula kes ni sebab pembunuhan yang sama berlaku lagi. Cara yang sama, pembunuh kali ini juga turut meninggalkan sekuntum bunga mawar merah ditepi mangsa yang sudah mereka bunuh. Ianya, sama seperti dulu."

Mereka bertiga terlopong. Mengapa pembunuh itu perlu kembali? Bukan sahaja kes pembunuhan meningkat di kawasan CyberTech malah kes penculikan budak-budak dan remaja-remaja juga turut meningkat. Seolah-olah kedua-dua jenayah ini ada kaitan dengan satu sama lain.

"Tapi bukankah siasatan sebelum ini diberhentikan atas sebab tidak ada sebarang klu yang boleh kita teruskan siasatan?" Soal Ellyna. Soalan yang bermain-main dikepalanya sebentar itu dihamburkan jua.

Tuan Syarid hanya tersenyum. Dia tahu soalan itu akan ditanya kerana sebelum ini Ellyna sendiri yang sertai siasatan kes 'The Red Rose'. Ellyna tekad untuk mencari pembunuh ibubapanya walaupun ketika itu dia masih berumur 15 tahun. Namun, kita hanya mampu merancang. 'Dia'lah yang menentukannya, siasatan itu terpaksa diberhentikan atas sebab tidak ada sebarang bukti ataupun klu untuk teruskan siasatan.

"Kali ini kita dapat sesuatu yang boleh teruskan siasatan."

"Baiklah, kami bertiga akan bawa yang lain pergi ke pusat latihan. Kami minta diri dulu." Ujar Ellyna.

Ellyna memandang ke arah Haiz dan Nadz. Mereka berdua menganggukan kepala tanda bersetuju. Langkah mereka bertiga diatur keluar daripada pejabat Tuan Syarid. Seperti ada sinar baharu untuk Ellyna. Akhirnya, dia dapat mencari pembunuh ibubapanya semula. Husna, Rine dan Lya telah menunggu mereka di luar Ibu Pejabat. Cepatnya diorang ni kemas barang.

"Semua dah cukup? Ada apa-apa tertinggal?" Tanya Husna kepada dua rakannya.

"Dah, semua dah cukup. Tapi kenapa tiba-tiba kita kena tinggal asing daripada keluarga kita?" Soal Lya.

"Kenapa Rose balik sini? Selepas 3 tahun kita cari dia merata tempat sekarang baru dia nak tunjuk muka." Ucap Rine.

"Dia adalah sebab dia hilangkan diri. Nanti kita tanya dia elok-elok." Pujuk Lya.

Rine hanya membiarkan sahaja. Ellyna dan yang lain keluar berjumpa dengan mereka bertiga.

"Una, Haiz dengan Nadz naik dengan kau. Nanti kau orang ikut aku daripada belakang," Tiada balasan daripada mereka. Mereka hanya menganggukkan kepala.

Ellyna melepaskan keluhan kecil. Dia tahu mengapa mereka layan dia seperti itu. Haiz mendengar keluhan yang dilepaskan Ellyna, dia hanya mampu memberi semangat. Mereka semua bergerak pergi ke rumah Ellyna. Rine, Lya dan Ellyna menunggang motorsikal manakala Husna memandu kereta. Seusai sampai di rumah Ellyna mereka memakirkan kenderaan masing-masing. Rine, Lya, Nadz dan Haiz melopong melihat rumah banglo dihadapan rumah mereka.

Dikawasan itu hanya ada beberapa buah rumah sahaja. Macam manalah Ellyna boleh tinggal seorang diri dalam rumah yang besar macam tu. Tak ngeri ke?

"Jemputlah masuk," Ucap Ellyna dengan ramah.

Mereka melangkah masuk kedalam rumah diawali dengan memberi salam.

"Dalam rumah ni ada 7 bilik, 6 bilik tidur 1 lagi... nanti korang tahu. Kita ada 6 orang cukup-cukup untuk semua. Korang pilihlah bilik mana yang korang suka. Tingkat bawah ada 3 bilik atas ada 3. Bilik aku ada dekat tingkat atas mula-mula sekali."

"Haiz nak atas" Ujar Haiz seraya mengangkat beg bajunya naik ke tingkat atas.

"Kalau macam tu kami bertiga tingkat bawah. Nadz tingkat atas." Ucap Husna.

The Secret Police Agent (Hiatus)Where stories live. Discover now