- Bab 10 -

37 5 43
                                    


==========================
| | THE SECRET POLICE AGENT | |
==========================

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


"Rine? Kau ke tu?" Rine beralih je arah suara yang memanggil namanya. Terkejut dia apabila melihat seseorang yang sudah lama tidak berjumpa berada di hadapan mata.

"Zaim?" Pelbagai soalan bermain dikepala Rine.

'Macam mana dia boleh ada dekat sini?' fikir Rine

"Ya Allah Rine! Lamanya aku tak nampak kau!" Zaim terus pergi ke arah Rine yang terpinga-pinga. Tubuh gadis itu terus dipeluk olehnya. Excited!

"Weh-weh! Apa main peluk-peluk ni. Harom mu tau dok, haromm." Separa jerit Husna berkata. Tak tau ke dosa peluk kaum hawa, fikirnya.

"Apa pulak haram? Salah ke aku nak peluk adik kembar aku sendiri?" Terjongket kening Zaim.

"Kembar?" Husna pula terkejut. Sejak bila kawan baik dia ada kembar? Kalau ada pun... takkan lah dia lupa kan. Siblings kawan baik sendiri kut. Matanya melirik ke arah Lya yang berdiam diri daripada tadi.

Blur...

Ya... Maknanya Lya pun tak tahu yang Rine ada abang kembar.

"Eh, abang Zaim. Bukan ke abang duduk dekat HQ lain, kenapa ada dekat sini?" tegur Ellyna yang baru menonjolkan diri.

"Kau... kenal dia?" soal Husna.

"Of course... Peliklah kalau aku anak saudara Tuan Syarid tak tahu tentang pasukan aku, lagi-lagi aku sendiri yang jemput masuk jadi perisik," ujarnya bangga. Ellyna pandang pula ke arah Rine yang menjadi mangsa 'pelukan' abangnya sendiri. Kaku. Macam patung saja lagaknya Rine saat ini. Terkejut sangat ni.

"Dah... lepas-lepas. Rimas tau tak! Apa ni main peluk-peluk ingat best ke?" Rine melepaskan diri daripada pelukan abangnya. Nafas segar disedut.

"Kenapa kau ada dekat sini?" Zaim hanya senyum. Tidak membalas malah ditarik pula tangan Rine.

"Jom makan dengan aku, lama tak makan sekali," ajak Zaim. Sungguh dia rindu sangat dengan adik kembar dia. Ellyna pula tengah bercerita pasal Zaim dekat Lya dan Husna. Terangguk-angguk mereka berdua. Rine yang minta bantuan pun tidak dihiraukan.

Akhirnya, mereka juga menyertai Zaim dan Rine. Wajah cemberut ditayang kepada Rine. Rine hanya buat-buat tak nampak Lya dan Husna. Adeh, terbongkar dah rahsia dia.

"Sampai hati..."

"Sampai hati apa, Che Peah... pfft-" balas Rine

"Sampai hati kau pecahkan hati kitorang ni," ujar Lya berdrama.

"Sampai hati kau rahsiakan daripada kitorang kau ada abang!" Husna pula.

"Alah... tak penting pun dia ni," ucapnya sambil jari ditunjuk sikit ke arah Zaim. Terjatuh cawan minuman Zaim dibuatnya. Dia pulak terasa dengan Rine. Helo-helo ada sesiapa nak adik pandai tembak, pandai lawan, pandai kemas rumah tapi tak pandai masak. Boleh roger-roger limited edition ni! Confirm akan refund lepas beli.

"Eleh kau... Tak penting konon. Abang kau yang ni jugaklah jadi posmen bagi surat dekat nenek tau!" tegur Zaim. Tersentap Rine dibuatnya. Aduhh...

"Okey, berbalik daripada soalan kau tadi. Aku datang sini cari kau lah! Dah lah pandai bawak barang lepas tu tak reti bawak balik. Tahu tinggal je kerja dia. Nah, beg kau!" Dompet kecil dibaling ke arah Rine. Mujur Ellyna sempat sambut sebelum dompet tu selamat mendarat dalam chicken chop Rine.

"Bagi elok-elok tak boleh ke? Aku depan kau je, bukannya jauh dekat kaunter," sindir Rine. Kalau tidak terbang chicken chop dia.

"Tak boleh."



Ada yang masih tunggu ke? Kalau takde aye nak unpublish~

Pendapat untuk bab ni?

The Secret Police Agent (Hiatus)Where stories live. Discover now