BAB 12 / MISI

207 33 1
                                    

Jangan malu jika wajah mu tidak Seglowing wanita lain,
Malulah jika wajahmu tidak pernah mencium sejadah lengkap 5 waktu sehari .

❤️☕️

⨾ @thedakwah 📿
@Deepke

****************

Naurah pov

Group Bestie Forever🌻

You
Assalamualaikum , korang

Yana
Waalaikumussalam

Dinie
Waalaikumussalam

Qilah
Waalaikumussalam
Nape Nau?

You
Esok kita jumpa kat kafe tempat biasa tau. Nak bincang pasal kes Niena tu.

Dinie
InsyaAllah , ok

Yana
InsyaAllah ok

Qilah
Ok , InsyaAllah

Piya
Waalaikumussalam
InsyaAllah , oke

You
Weyh , asal kau lambat?

Piya
Aku masuk dapur tadi cari makanan dlm peti , tapi takde
Pastu bukak kabinet jumpa maggi
Pastu aku pun masaklah , tu lambat sikit.
Aku masak satu tak cukup , masak satu lagi terlebih pulak. Masalah betul maggi ni.
Pastu panggil abang aku , aku mintak tolong dia habiskan , tgk ii dia masak lagi satu sbb tak cukup katanya.

Yana
Patutlah..

Qilah
Banyak betul pastu kau

Piya
Hehehe..

You
Btw , nama kes kita ni 'Myzsterry'
Cara sebutan dia 'mizterri'

Piya
Oke

Qilah
Okay

Dinie
Otay

Yana
Okey

You
Good

Maka selepas itu , grup itu bising dgn soalan dan perbincangan oleh mereka berlima..

Skip to hari esok di kafe>

Naurah pov

"Okay , aku rasa kita dah boleh mula bincang memandangkan semua orang dah datang" aku yang berwibawa mulakan perbincangan.
Semua ahli mengangguk.

"Okeh , mula-mula sekali aku nak bahagi tugasan. Dinie kau akan jadi perisik utama,memandangkan kau dh lama dlm bidang ni.." Dinie mengangguk. "Piya kau dalam bahagian penyamaran"

"Oke" Piya membalas tanpa memandang Naurah kerana dia sedang fokus main game Subway Surf

"Yana , kau bahagian IT, tapi bab hacking kau serahkan pada Qilah" Yana dan Qilah mengangguk dengan penuuhh keyakinan..

"Piya" aku panggil Piya , tapi tak menyahut.Gila nak menyahut dia tengah fokus kat Subway Surf dia tu..

"Piya" aku panggil lagi. Dia tak menyahut. Tiba-tiba, Piya mendongak dengan mata yg berair. Kami semua terkejut.

"Kau nape Piya? " Qilah bertanya. Tiba-tiba , air mata Piya mengalir. Dengan suara yang serak Piya berkata "Aku dah kalah main game Subway Surf tadi".

"Haiiiihhhh" kami berempat mengeluh serentak.

"Dah dah dah , takpe... Jom aku belanja kau aiskrim , nak" Qilah memujuk.. payah jugak kadang-kadang kalau dapat kawan manja ni.Mata Piya tiba-tiba bersinar dan dia mengangguk keriangan.

"Haiihh" Yana, Dinie dan aku mengeluh sekali lagi.namun Qilah hanya tersenyum manis..

"Jap jap, Piya kau ada baju warna apa eh dalam almari" aku menyoal..

"Ouh.. aku ada dua baju hijau , tiga baju biru , tiga baju ungu dan selebihnya warna hitam dan putih , seluar aku ada 13. Jumlah baju yg aku ada... semua ada 24. Mula ada 18 pasang je baju aku , pastu abang aku bagi baju dia yang dah singkat tapi besar. Asal? " penjelasan Piya diakhiri dengan soalan.

"Biar betul! Sikitnya baju kau" Dinie terkejut.

"Haahlah , baju yang aku ada pun sampai nak penuh almari aku yang besar tu" Yana menyampuk.

"Kenapa kau tanya Piya pasal benda tu Nau? " Qilah menyoal aku

"Yelah.. kan dia bahagian penyamaran. Aku takut takde baju yang sesuai je" aku menjawab soalan tadi..

"Kau tanya aku soalan tu macam tak kenal aku , aku pandai tau bab ni , tapi Dinie lagi pandai"Piya cakap sambil hirup dia punya coconut shake..

Dinie yang mendengar pulak aku lihat dia dh kembang... Hahahah..

Skip to malam di rumah Piya>

Piya pov

"Semua dah ada , yeay" aku membebel sorang² dalam bilik.

Aku bertepuk tangan seketika.. , "Fuh.. alhamdulillah, selesai pun kemas buku" aku berkata sambil menghempaskan tubuh aku ke atas katil..

"Adiik!!!" Mama aku panggil dari tingkat bawah..

"Ye mama" aku , selaku anak mama paling comel menyahut..

"Turun , mari makan" ajak mama..

"Oke mama, sekejap" aku turun dari katil dan menuju ke pintu untuk keluar bilik dan turun ke bawah untuk makan malam..

"Waahh!!! Sedap nya bau!" aku mulakan perbualan di meja makan.."Sape masak ni ma" aku bertanya..

"Abang-abang kamu lah , mama tolong tengok jerr..." jelas mama...

"Habistu mana diorang" aku bertanya..

"Abang Ar masuk tandas , abang Kal pergi jawab call"

"Ouh"

"Adik" abang Ar menyapa ku.. nama penuh dia Tengku Ahmad Aryan Hafidz bin Tengku Mohd Yusof. Dia 21 tahun , baik hati dan kacak. Pandai masak dan seorang yg caring. Pandai mengayat. Dalam erti kata lain dia merupakan jejaka cukup pakej. Tapi agak pendiam. Dia anak sulung dalam keluarga kami..

"Weyh , kau membebel apa sorang-sorang dalam bilik kat atas tadi" secara tiba-tiba abang Kal menyampuk. Ni pulak abang Kal. Nama penuh dia Tengku Ariff Haikal bin Tengku Mohd Yusof. Dia abang aku yang kedua. Umur dia 20 tahun , seorang yg bergaya dan kacak. Dia yg selalu usik aku. Dia pun baik hati dan caring. Dia pun jejaka Malaya yang cukup pakej. Tapi penakut.

"Aku baru sudah kemas buku lah" aku membalas

"Dah dah , tak payah nak mula gaduh" fuuuhhh nasib ada papa..

"Dah mari makan" panggil mama

Kami sekeluarga makan dgn kenyang sambil kami tiga beradik bersoal jawab dengan mama dan papa..

"Adik , kamu dah simpan buku utk sekolah esok" papa bertanya..

Aku dengan ke'confident'an menjawab , "Dah, pa"

Skip sampai sudah basuh tangan>

Aku meluru ke arah abang-abang ku di ruang tamu. Lalu aku duduk di sebelah abang Ar dan berkata..

"Ermmm... Abang Ar , esok gi shopping boleh?"

"Tak boleh , esok abang nak gi jumpa kawan lama. Nak buat apa gi shopping?" Abang Ar membalas

"Adik nak gi beli coklat , coklat adik yang dalam balang tu dah nak habis , boleh tak abang kita gi?" balas aku

"Alah.. adik pergilah dgn abang Kal" abang Ar menjawab sambil menuding ke arah abang Kal yang terkejut apabila namanya dipetik. Dia dgr apa yang kami bualkan tadi..

"Napa aku nak kena teman budak ni pulak" abang Kal membantah

"Bolehlah abang Kal" aku merayu dengan mata yang bersinar

"Yelah yelah , okay okay... boleh tak berhenti buat macam tu" Abang Kal bersetuju..

"Yes yes yes , thank you abang. Esok kita pergi pukul 2 eh." aku berkata dengan gembira sambil melompat-lompat kerana terlalu gembira.

*******

To be continued

KINGS FOR QUEENSWhere stories live. Discover now