BAB 23 / MEL × NAU

126 28 3
                                    

Cuba teka aku kat mana?

Dekat dalam hati korang. Cia cia cia.

Ada dekat tandas teman tiga manusia ni pergi muntah. Ish Ish Ish, sian diorang. Sah kena bantai kau Dinie bila diorang sihat. Nasib baik waktu rehat kalau tak kena denda.

"Weh, cepat la sikit! " jeritku

"Jap - jap , nak keluar lagi n- " nyahut Yana dengan suara yang lemah. Kesian dia.

"Bwuerk"

Astaghfirullah, aku pulak rasa nak muntah. Aku lapar la pulak.

"Weh, aku pergi kat loker dulu, nak ambil burger aku tertinggal "

"Ha ha, pergilah, takyah tunggu nanti naik kelas balik " kalini Piya menyahut

Aku melangkah keluar dari tandas dan pergi ke arah loker. Aduh bahu aku ni bukannya sihat lagi, aku harap tak berdarah la.

Aku membuka loker dan melihat burger ku terletak elok di samping buku - buku yang ada di dalam loker ku. Aku mengambil nya dan belum sempat aku membuka plastik burger itu ada seseorang menolak aku ke belakang. Habis jatuh burger aku, pantang keturunan aku kalau membazir makanan. Aku memandang nya dengan tatapan tajam.

Tch. Mel. Dahla Dahlia ada kat kantin.

"Kau nak apa? " tanya ku dengan nada kasar. Sapa je yang nak berlembut dengan dia.

"Aku nak kau jauh dari Irfan and the gang" balasnya

"Astaghfirullah, aku dah lama tak nampak batang hidung dia, kau kenapa? "

"Setiap kali aku bersama dengan dia, dia asyik sebut nama kau, kau bomoh dia eh? "

"Tak baik menuduh, fitnah namanya, dosa besar lagi lagi kau tak pakai tudung bertambah dosa kau . Ops terasa ke? " aku menggunakan nada gedik untuk menyakitkan hati dia dan yes dia memandang ku dengan perasaan sakit hati. Aku dengar dia duk mengata aku dalam hati. Tch. Tch. Tch.

"Argh, aku tak puas hati dengan kau " selepas dia mengatakan itu dia terus menarik rambut di dalam tudung ku. Auch sakit do , aku apa lagi lawan la .

Aku menarik rambutnya dengan lebih kuat dan meng'block' tangannya daripada menarik rambutku. Dia menendang ku dan automatik bahu kiriku terkena bucu loker. Mata aku membulat, sakit.

Dia masih belum puas lalu menarik badan ku kearah lantai. Tersembam aku di lantai.

"Ini tak boleh jadi " kata ku di dalam hati

Aku bangun sambil menekan kuat luka ku di bahu. Aku merasa ada air yang mengalir di tanganku. Darah.

Aku merasa sakit hati dan aku menendang dia sekuat hati dan dia terkena cermin di dalam belakangnya. Pakai seluar okey kat dalam kain bersama 'benda '.Muka dia yang cantik telah di penuhi serpihan kaca dan darah .

Aku meluru ke arahnya dan menarik rambutnya seperti orang gila tanpa aku sedar iris mata ku sudah berubah.

Aku memusing tangannya dan aku memusing nya ke belakang. Lupa pakai contact lense.

Prak!

Tangan dia patah. Padan muka. Aku berhenti daripada membelasah nya dan pada masa itu Naufal a. k. a. ketua pengawas sekolah datang. Waktu ni jugalah kau datang.

"TENGKU NAURAH MIKAYLA! PERGI KE BILIK DISIPLIN. SEKARANG! "

Aku memandangnya dengan perasaan marah. Takdi tak nak datang. Dia pergi ke arah Mel dan mengeluarkan telefon dan call ambulans. Dengan terpaksa aku pergi ke arah bilik disiplin sambil tanganku memgang bahu ku yang sudah berdarah. Mati kalau 'dia' tahu.

KINGS FOR QUEENSWhere stories live. Discover now