BAB 35 / HARUAN

147 15 16
                                    


Mimpi yang seolah - olah mimpi membuatkan aku tersedar dari pembaringan. Dengan pantas aku terduduk lalu memikirkan mimpi tadi.

"Ehem! "

Terdengar suatu suara dari sisi. Suara Piya. Dan empat sekawan itu duduk di atas kerusi di sebelah katil ku. Semua nya memandang ku dengan pandangan tajam.

"A-asal pandang aku macam tu? "tanya ku dengan suara takut.

" Irfan panggil kami dari bawah and aku nampak kau pengsan DALAM pelukan dia . " kata Dinie sambil menekankan perkataan dalam. Yang lain tersenyum nakal ke arah aku.

Aku tergamam sebentar dan blur . Bukan mimpi. M-maksudnya tadi betul.

"Ah , gila! " kataku sambil menumbuk bantal dan katil.

"Ha, kau borak apa dengan dia? Aku tengah shok layan cerita tiba-tiba ada suara lelaki panggil. Aku ingatkan perompak mana tadi. Rupanya boyfriend dia. " kata Aqilah makin menambahkan malu ku yang sudah malu.

Dengan cepat aku bangun dan menuju pintu. Membuka pintu.

"Keluar ." kata ku sepatah

Yang lain tanpa bantah keluar setelah melihat ketua mereka yang seakan marah tapi malu.

BAM!

Aku hampiri ke arah keberadaan phone lalu pergi ke arah kenalan. Walaupun masih malu dia kena setel kan perkara ini.

"Jumpa dekat Cafe biasa. Bawak semua kawan kau. Pukul 9.00 tepat "

Send.

Lalu aku menutup phone dan bergerak ke arah bilik air untuk membersihkan diri.

.

.

.

Seperti dijanjikan, pukul 9 tepat aku sudah berada di Cafe Flamingo. Segala kenangan yang dulu bersama Irfan bermain di fikiran.

Bunyi tarikan kerusi mematikan lamunan aku . Terlihat lah lima sekawan yang selalu bersama. Hanya satu menjadi tarikan aku yang penting bukan Irfan Rayhan.

Aku menarik nafas dalam lalu menghadap ke arah Irfan.

"Aku boleh terima dengan syarat - " berhenti ku sejenak dan dapat dilihat muka nya tidak puas hati.

Kepala ku menghadap ke arah Ryan, Adam, Naufal dan Afiq.

"Aku nak kau semua bertunang juga dengan kawan aku " kata ku dengan nafas terketar. Mereka semua terkejut melihat kawan suruh masuk meminang kawan sendiri.

"Kau gila ke? Kau ingat kami takde hidup sendiri? " bantah Ryan sambil terbangun dari kerusi. Semua mata sudah memandang ke arah meja ini.

"A-apa ni Naurah? " Irfan bertanya.

"TENGKU RYAN ADRIAN BIN TENGKU AIDIL. BEHAVE! " Kata ku dengan nada perlahan tetapi tegas untuk menyuruh dia duduk. Dengan pasrah dia duduk apabila melihat mata Naurah yang ingin memakan orang. Orang yang memasang mata tadi kembali melakukan kerja masing- masing.

Seketika aku terdiam.Selepas beberapa minit terdiam,aku tersenyum sinis mendengar suara hati mereka.

"Tak suka, huh? Please, jujur dengan aku. Ini juga merupakan peluang korang untuk dekat dengan diorang.Aku tahu korang semua suka kawan - kawan aku. Sejak 1 bulan selepas kami datang, right? Kalau korang tak nak jangan salahkan aku kalau lepas SPM diorang dah bertunang. "

Senyap.

"Diam tanda setuju, kan? "

Aku melihat Ryan yang tadi nya membantah tindakan aku, tersenyum menunduk.Begitu juga yang lain. Aku melihat Irfan menghela nafas tanda bersyukur.

Melihat yang lain diam sambil tersenyum juga,aku mengambil lima keping kertas di dalam beg ku lalu membahagikan kepada mereka.

"Irfan, kau pergi hari Isnin. Alamat dah ada kat situ. Semua dah lengkap aku tulis . Tinggal baca dan teliti. " lalu aku tolak kertas berwarna kuning ke arahnya.

"Adam, kau pergi hari Selasa sebab hari lain mak ayah dia busy buat majlis resepsi. Kau faham kan? " lalu dia mengangguk dan mengambil kertas itu.

"Afiq, kau pergi hari Khamis sebab parents Yana outstation. Parents Yana yang paling kau kena kaji banyak dan bersabar, okey? " Afiq menelan air liur payah apabila imaginasi tentang orang tua Ariana Felisya yang bagaimana.

"Ryan, hmm - kau baca jelah. Malas aku nak bercakap " lalu menyerahkan kertas kepadanya.

"Ad- maksud aku Naufal , kau pergi hari Sabtu pada pukul 11.00 pagi tepat dan tak lambat. Sebab orang tua Qilah sangat menitikberatkan tentang masa ni. Kau lambat takde . " Dia mengangguk faham. Kata ku laju. Fuh, nasib baik diorang tak tanya.

"Ok, aku serahkan tugas kepada korang untuk lakukan semua tu. Lebih baik sebelum pergi tu beli lah buah tangan. Korang kan kaya. And jangan lupa esok majlis tu. Bolehlah memikat ye. Okey, bersurai " semua bangun dan beransur pulang.

Aku menatap pintu itu lama - lama. Selepas itu terjengul kepala Irfan. Reaksi terkejut aku membuatkan dia sedikit tergelak. Argh, aku rindu gelak tawa dia. Dia kemudian melangkah kaki ke meja aku semula.

"Thanks sebab bahagiakan kawan - kawan aku dan aku. " kata - kata nya membuatkan aku sedikit malu lalu memusingkan kepala ke sisi .

Dia bergerak ke arah pintu semula.

"And... Bye Haruan " lalu dia pergi meninggalkan Cafe Flamingo itu.

Aku tergamam sebentar .Segala memori sekolah rendah kembali menyapa ingatan.

Nickname yang diberi oleh dia pada aku . Walaupun ikan. Haish.

Sedang dia tersenyum sendirian, ada seseorang yang memerhati nya dari jauh.

"Bergembiralah selagi boleh Tengku Naurah Mikayla Alexander. Esok kau akan merana. " katanya yang sedang membaca surat khabar dan tersenyum nipis lalu meminum perlahan air yang ada di depan nya.

.

.

.

Sorry lambat update.

Maaf.

KINGS FOR QUEENSWhere stories live. Discover now