BAB 28 / RAHSIA

153 27 19
                                    

hiduplah seperti lilin yang menerangi orang lain , jangan menjadi duri yang melukakan diri sendiri dan orang lain

❤️☕

✧・゚: *✧・゚:*✧・゚: *✧・゚:*✧・゚: *✧・゚:*✧・゚:

Akhirnya sampai jua di rumah ibu bapa ku.Plastik di sebelah ku capai lalu menutup pintu kereta dan melangkah masuk ke rumah agam yang tersergam indah.

Sejak kecil lagi aku di besarkan di rumah ini. Banyak kenangan yang indah di rumah ini.

"Assalamualaikum! "

"Waalaikumussalam ye, kejap - kejap "

"Lah, Kyla. Meh masuk umi ingatkan siapa tadi. Kenapa datang tak bagitahu " bebel umi ku.

"Saja buat suprise " kataku lalu menyalam tangan tua itu.

Lalu aku dan umi ku melangkah masuk dan menuju ke arah dapur.

"Umi, ni Kyla ada beli kek favorite umi "

"Thanks Kyla, letak je ha dekat atas meja tu nanti umi makan" lalu aku meletakkan plastik yang berisi kek itu di atas meja.

Umi ku seorang guru di sebuah sekolah menengah sebagai guru matematik. Thanks to my umi aku pandai matematik. Hohoho.

"Kyla, tolong umi kejap! "

"Ye, nak tolong apa? "

"Ambil file pink dekat tepi rak baju umi dekat bilik. Ambil tu je jangan sentuh barang lain " tegas umi ku.

Aku tak bercakap banyak terus naik. Sedang mencari file pink terjumpa satu file yang berwarna biru dan di dalam tu ada sijil kelahiran aku. Yang aku pelik nama ayah aku bukan nama ayah aku. Paham tak?

Lalu aku ada melihat surat yang sedikit lama.

"Kyla! Lama lagi ke? Jumpa tak? " tanya umi ku dari bawah separa menjerit.

"Ha! Jap - jap"

Aku terus menyimpan fail itu dengan baik bagi mengelakkan kecurigaan umi ku tetapi surat itu aku simpan di dalam poket seluar ku kerana tak sempat membaca.

Fail pink aku capai lalu keluar dari bilik itu dan menuju ke bawah. Fail pink aku hulurkan kepada umi.

"Umi, Kyla balik dulu ya" pamitku

"Lah kan baru sampai kenapa cepat sangat nak balik " dapat ku lihat raut muka umi aku sedikit kecewa.

"Ada kerja lah umi. Sorry eh. Nanti Kyla datang lain kali " pujuk ku.

"Entah - entah balik sini jumpa mayat umi je " gurau umi ku.

"Umi ni selalu macam tu. Tak suka lah "

"Ha yelah. " faham sangat perangai anak bongsu dia ni tak suka pasal benda ni.

"Kyla pergi dulu ya nanti kirim salam dekat ayah dengan abang" kata ku lalu menyalam tangan tua itu sekali lagi mungkin untuk kali terakhir. Kita tak tahu kan.

"Hmm, bawak kereta elok -elok " pesan umi ku di depan pintu dan aku sudah di pintu kereta.

"Baik umi. Makan tau kek tu. Assalamualaikum" pamitku dan pergi.

Puan Sharifah hanya melihat aku semakin jauh.

"Umi harap suatu hari nanti Kyla jangan sedih kalau kebenaran dah terbongkar. Maafkan umi, umi terpaksa. " Lalu menutup pintu.

KINGS FOR QUEENSWhere stories live. Discover now