BAB 37 / RAHSIA ||

41 0 0
                                    


"Kau pergi mana? "

"Oh, aku pergi markas tadi. Ada hal. "

Dinie melihat dengan pelik. Muka Naurah kelihat penat dan ada kesan darah yang kalau dilihat dengan teliti akan kelihatan.

"Aku penat. " katanya lalu naik ke bilik.

Dinie pusing ke kiri lalu melihat Aqilah dan Piya. Mereka hanya mengangkat bahu menandakan mereka tidak tahu.

"ARGHHHH! " bunyi teriakan dan bunyi barang pecah dari atas menarik perhatian kami yang berada di bawah.

"Naurah! Bukak pintu! " pintu diketuk sekuat mungkin macam nak pecah , sapa lagi kalau bukan Piya

"Nau-"

Krekkk!

Yang lain terus serbu Naurah lepas tu peluk.

"Kau asal? "

"Stress"

"Sebab? "

"Addmath ni susah"

Mereka meleraikan pelukan sambil menghela nafas.

"Aku ingat apalah tadi. Ni, Yana ada. Aku ada. "

"aku tahu kau tipu Nau, kau baru je beli buku tu semalam"

"takdelah, gurau je. Aku lapa. Jom aku masak ayam buttermilk ulala. Siapa nak? "

"Saya!!! " semua menyahut

.

.

.

Bau mentega campur susu cair mula merebak dalam rumah. Pinggan ku atur seperti biasa.

"YANA, QILAH, PIYA, DINIE. MAKAN"

Terkejar-kejar mereka ke ruang dapur diikuti dengan pergaduhan yang tak pernah putus.

"Aku dulu "

"Ah takde takde, aku"

"Eh, aku dulu"

"Heh, kalau korang gaduh dekat muka pintu dapur ni,sampai bila-bila la tak dapat masuk. Pintu ni dahlah kecil, nak gaduh pulak. Ada karang aku tak bagi makan. Tahu pun lapar, bila aku kat dapur, bukannya ada yang datang menolong. Bila panggil makan, baru nampak muka, heh macam mana lah nak jadi isteri orang" bebel Naurah panjang sambil tangannya memegang sudip.

Semua menunduk kalau Naurah dah mula membebel. Maksudnya, dia betul-betul marah.

"Lek lek la, aku basuh pinggan. Okey? " kata Piya untuk memujuk hati ku

"Ha bagus- bagus. Ini aku suka. Dinie sapu lantai lepas siap makan, Qilah susun pinggan cawan lepas kering and you, Yana, jemur kain"

"tapi ka-"

"up up up, kita punya tempat jemuran di dalam rumah ye. Kau punya mengelat macam lah kitorang tak kenal" sampuk Qilah yang geram dengan perangai Yana yang sudah lama mengelak daripada buat kerja.

"Tapi kan, bukan ke kita baru lepas kenduri? "

"Haah, tapi aku tahu korang semua perut macam mem" bela".Sebabtu aku masak. Baik kan aku? " katanya dengan muka yang dibuat comel.

"Werk" mereka semua membuat gaya ingin muntah mendengar penyataan itu.

"Ish, sampai hati korang"

"Dahla, makan cepat. Lepastu belajar. Ingat kita ni masih pelajar " bebelnya yang dari tadi tak henti-henti.

.

.

.

Boys pov

"Weh, kau ingat tak apa Naurah cakap beberapa bulan lepas? " tanya Irfan yang sedang baring di atas sofa.

"Ye aku ingat. " korang jangan menyesal kalau diorang dah bertunang lepas SPM".Aku ni tak pergi jumpa lagi parents Qilah. "

"arghhh, aku stress. aku stress"

pak!

Bantal dibaling lembut oleh Adam.

"sakit la"

"kau tu lelaki. kena kuat, macam ni" Adam lebarkan tangannya ke atas membuat gaya seperti gagah perkasa dan menciumnnya

"geli bodo" Naufal membuat gaya geli.

Yang lain hanya melihat dan tersenyum kerana inilah drama yang berlaku setiap hari dirumah ini.

"Lari topik dah ni. Bila korang nak gi jumpa parents diorang ?" soal Afiq

"Haish, kene pergi jumpa kalau tak melepas. Pishang mat, pishang" kata Ryan sambil mengurut dahi.

"Aku bercadang lepas exam bulanan nanti"

"Aku pun"

"Bagus do cadangan kau"

"Aku setuju"

"Hebatkan aku, semua nak ikut aku " angkat bakul sendiri sungguh si Irfan

"luga heh" (nak muntah )

"mana kau belajar loghat ni? " dengan muka terkejut sekali dengan tangan dimulut. wak lok lok kejut

"ini Ryan la " katanya sambil acah acah membela rambutnya. nasib rambut hensem. tengok, rambut pun hensem.

"aku penat, aku penat. tido dulu"

"aku pun"

"kalau gitu, aku pun"

"masuk dapur dulu" tak pernah tak lapar budak ni

tinggal lah Ryan keseorangan di ruang tamu.

"aku ni, nak kemana? " soal dirinya sendiri

"hmm apalagi ,healing lah" Ryan mengambil kunci motor dan bergerak ke arah pantai

vroom~~

.

.

.

Angin sepoi sepoi bahasa menampar lembut muka Ryan yang sedang termenung jauh memandang ciptaan Tuhan yang indah.

"aku ni, lepas satu masalah datang lagi satu masalah. Tak pernah lepas. Aduhla" kata Ryan lalu menyepak batu kerikil yang ada di kakinya.

"Hidup takkan pernah tenang kalau kau cari ketenangan dari manusia yang selalu membuat kerosakan. Bersejudulah kepada yang Maha Esa "
satu suara menyampuk membuatkan Ryan memusingkan badannya kebelakang.

"Aku pendosa. Nak ke Allah maafkan aku yang hina ni?. "

"Allah bukan manusia yang selalu memandang dosa dan kesilapan yang dibuat. Tapi Allah selalu menunggu hambanya meminta maaf dan merintih kepada-Nya. Allah Maha  Mengampun ,Ryan" kata jejaka berbaju biru laut.

"Kau kata nak jumpa parents dia kan lepas exam. Jadi kau kena berubah dulu sebelum menjadi suami orang biarpun lambat lagi. Berubah dari sekarang biar dia nampak kau punya effort. " tambahnya lagi

"Thanks Naufal ,nasihat aku "

"Apa apa sahaja demi dia Ryan" gumamnya di dalam hati

"Ye, sama sama"

.


.


.

to be continued

maafkan saya kerana baru publish disebabkan kekangan yang ada.

saya akan cuba untuk update selalu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 12, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KINGS FOR QUEENSWhere stories live. Discover now