BAB 25 / SHAH

153 30 7
                                    

Harini hari apa ek?

Aku pun dah tak ingat.

Em. Lantak. Yang aku tahu harini sekolah. Jadi jom pergi sekolah.

Pagi -pagi lagi aku dah keluar tumpang naik grab. Ish Ish Ish kesian member kena tinggal. Lambat sangat.

Sesampai di sekolah aku terus mengambil tempat ku di sebelah Balqis.

"Nau, kau nak tahu tak harini ada cikgu baru! " katanya dengan nada teruja

"Oh ye, lelaki ke perempuan? " soalku dengan soalan yang selalu murid-murid akan bertanya jika ada guru yang baru masuk ke sekolah

"Dengar kata lelaki, btw dengar cerita bahu kau luka jadi sekarang kau punya bahu elok dah ke? "

"Oh.Elok dah sikit " balasku lalu melihat ke arah tempat di mana Irfan dan kumpulannya duduk. Perempuan lain sibuk duk kerling mereka . Hensem sangat ke diorang ni. Ish Ish Ish, zina mata.

"Nau, aku nak pergi tandas ni, kau nak ikut tak? " soalnya

"Tak nak , kau pergi la" jawab ku dan dia terus pergi keluar dan menuju ke arah tandas.

Tidak lama selepas itu datanglah puteri - puteri yang tertinggal tadi. Dengan muka masamnya melangkah masuk ke kelas. Yang lain hanya melihat.

"Naurahhh, asal kalau tinggal kan kami " kata Yana dengan nada sedih yang dibuat -buatnya.

"Entah kau ni, kau bayar sendiri bil elektrik dengan air bulan ni " kata Dinie

"Bila di ingat-ingatkan kan, kita ni dah lama tak balik rumah mak ayah kita. Betul tak? "Kata aku bagi tak nak mengelat soalan tadi

" Kan kan kan "

"Hmmm , pertandingan lagi seminggu kan. Jadi lepas seminggu tu kita cuti seminggu kan. Ha di situ kita akan balik rumah parents. " kata Piya dengan bijaksana nya

"Aku setuju" balas Yana

"Aku pun"

"Aku pun"

"Aku pun "

"Ok cun " balasku dan tiba - tiba kelas ini dimasuki oleh cikgu yang tak pernah kulihat sebelum ni.Semua murid - murid berlari ke tempat masing - masing.Firasat aku mengatakan nilah cikgu baru. Nah waktu ni PSV.

"Assalamualaikum semua, seperti yang dimaklumkan harini ada cikgu baru dan saya Cikgu Shah yang akan mengajarkan PSV. " lalu dia tersenyum gatal. Yang lain hanya menganggukkan kepala

Aku syak kan dia ni gatal laa. Senyuman dia menyeramkan duh. Seketika itu, Bal masuk ke kelas dan terus duduk tanpa banyak cakap. Best student lah katakan.

Semasa cikgu bercakap aku perhati je murid perempuan dalam kelas ni. Gatal jugak rupanya, Cikgu Shah tu boleh tahan tapi not my taste.

Dia menyuruh kami semua mengeluarkan peralatan untuk melukis menggunakan cat air. Aku terkaku apabila mendengarkan isi hati guru itu. Beberapa minit selepas itu aku tersenyum sinis.

"Tengok dari depan lagi cantik rupanya. Before aku bunuh korang semua aku akan buat " sesuatu"."

Tch. Ada hati nak bunuh orang tak sedar diri gamaknya dia tu. Mesti masuk dengan pertolongan pengetua.

Pengetua, pengetua, pengetua.Sadis aku tengok kau mintak tolong dia ni untuk bunuh kami. Aku pun boleh la, sekarang pun boleh.

Aku hanya melihat ke arah guru itu dan seorang murid perempuan tengah melukis. Perempuan tu dah serupa pelacur je dah aku tengok. Jantan tu raba sana sini dia pulak gi senyum. Mata aku balik kena cuci clorox.

Aku masih melihat perlakuan lelaki itu dan tiba masanya dia menghampiri meja ku dahulu sebelum kawan - kawan ku. Dia punya dekat sampai nafas pun boleh terasa. Dia cuba memegang tanganku pantas aku menepis nya dan mengelap tanganku di kain meja.

"Jangan la berlagak sangat, I nak tolong U je. " Eeeee apa kelas pakai 'I-U " ni. Lalu dia cuba lagi memegang tanganku yanng sedang melakar sebuah bangunan yang kosong dan di penuhi mayat yang bergelimpangan.

Aku menepis sekali lagi dan berbisik kepadanya.

Mukanya pantas berubah dan duduk sahaja di meja guru lalu terus menghadap handphone membiarkan anak muridnya membuat kerja masing -masing.

Aku tersenyum sinis.

Irfan pov

"Apa yang dia cakap sampai jantan tu terus duduk kat meja guru. Tadi bukan main gatal. Semua pelajar nak raba. " Dia berpikir sambil menggaru kepala nya yang tidak gatal.

"Lah yang kau kisah kenapa? Tapi aku rasa bersalah la kes hari tu walaupun aku tak terlibat tapi rasanya terlibat. Ah gasaklah"Lalu mengeluh kasar

Aku menulis sesuatu di bawah meja. Maklumlah dia kan suka langgar peraturan , nya bawak lah handpone dan menulis di dalam group nya sendiri. Sebelum itu aku memandang rakan - rakanku yang satu kumpulan denganku dan mataku memandang ke handpone danmenyuruh mereka membukanya . Mereka menurutinya.

The Beruks 🐒

You
Korang, korang tak rasa bersalah ke pasal kes hari tu. Exspecially kau Naufal. Kau tengking dia hari tu. Dengan bahu dia berdarah lagi.

Epal
Aku an.. Sebenarnya adalah jugak rasa bersalah. Tengking - tengking dia. Dahla bahu dia sakit.

Adam untuk Hawa
Kan kan kan

Apek
Kau tu Fan. Kan kita dah siasat tentang kes zaman lama kau dulu and terbukti dia tak bersalah. Kau~taknak mintak maaf ke "

Aku mengangkat kepala dan melihat kepada Afiq yang tersengih macam beruk.
Lalu menunduk semula kerana guru itu masih belum keluar.

Pororo
Kan kan kan *tu je yang aku boleh komen sebab aku terlalu kacak

Semua rakanku memandang Ryan yang sedang mengflip rambut kebelakang. Semua mengulingkan mata ke atas.

"Bangun semua! "

Semua yang terdiam terus bangun apabila mendengar arahan itu.

"Terima kasih semua. Saya harap lukisan tu dikumpul dan di hantar ke meja saya. Oh sebelum itu, siapa ketua kelas? "

"Saya cikgu " Seorang murid mengangkat tangan lalu mataku turun ke nametage nya. Firhad. Emm tula kau tak ambil lagi perhatian nama ketua kelas tak ambil tahu.

"Baik, nanti hantar ke atas meja saya " Lalu dia terus melangkah keluar atau lebih tepat ke arah bilik pengetua

Naurah pov

"Naurah ! Apa yang kau bisik dekat lelaki gatal tu " tanya Yana

"Adalah ~"

"Alaaaaaaaa~"

*******

To be continued

KINGS FOR QUEENSWhere stories live. Discover now