BAB 31 / BERGABUNG

156 27 12
                                    


hanya disebabkan dia , aku hilang diri aku yang dulu .

❤️☕️

- thequotes 🌷 -
━ @Deepke

⋆ ˚。⋆୨୧˚ ˚୨୧⋆。˚ ⋆⋆ ˚。⋆୨୧˚ ˚୨୧⋆。˚ ⋆

"Tasha! Aku balik dulu! " jeritku kerana aku sudah di depan pintu.

"Jap! "

"Kau balik naik apa ni? " tanya Daniel yang berada di tepi ku.

"Motor" jawab ku ringkas sambil memakai peralatan motor seperti helmet dan sarung tangan. Motor besar ni.

"Tangan kau tak okey kan. Biar aku hantar kau " tawarnya

"Hish, takpe aku okey. Aku naik sebab nak tutup luka ni pakai sarung tangan ni. Lagipun perkara biasa ".

Daniel hanya meng'oh'kan sahaja.

Akhirnya Tasha muncul.

" Lya, bilik kau Luqman dengan Zack dah kemas. Nita dengan Daniella dah ganti baru semua yang dah punah dalam bilik tu. Adam dengan Lily akan letakkan baru semula semua senjata yang kau dah musnah kan dan patahkan...." terangnya

"And duit tu guna duit kau " sambungnya. Aku hanya tersengih memandangkan itu memang yang aku buat jadi salah aku.

"Ok kalau macam tu aku balik dulu nanti kat rumah tu cari aku " kataku sambil memeluk Tasha sebagai salam perpisahan dan Daniel aku hanya menumbuk bahunya sebagai salam perpisahan.Tak sakit , dah biasa.

Vroom~

"Thanks Niel belanja makan! " jeritku kuat kerana terganggu dek bunyi motor ini. Dia hanya mengangkat tangan nya.

Di dalam perjalanan pulang ke rumah di lampu isyarat aku terserempak dengan kereta Irfan. Mungkin mahu balik ke rumah mereka.

"Ah, mati lah aku " dengusku

Sambil itu aku meliarkan mata ku mencari si 'dia'untuk melepaskan rindu tapi hampa dia tiada . Lalu aku fokus kan ke hadapan sahaja.

"Weh Fiq, tu bukan Naurah ke? " soal Irfan yang duduk dia kerusi belakang

Afiq yang memandu pusing sekejap dan berkata "Kau gila ke Naurah naik motor ,dia kan wanita muslimah yang pakai kain je" tutur Afiq

Yang lain mengangguk setuju.

Lampu isyarat bertukar hijau, aku terus memecut laju ke hadapan dan terus ke sesuatu tempat lalu pulang.

"Pergh minah sebelah bawak motor ni laju gila. Berdesup! " kata Ryan dengan muka teruja

"Halamak, kau bawak lagi laju sampai nak mati aku rasa " kata Adam sambil mengingati peristiwa pada waktu dia dan Ryan bawak motor besar seperti itu.

"Dah ,diam " Afiq berkata kerana fokus untuk membawa kereta hampir hilang disebabkan bising nya di dalam kereta ini.

"Weh Irfan kau call Naurah tentang plan kita tu! " kata Afiq yang masih membawa kereta.

"Okey " jawab Izz

Selepas itu, masing - masing hanya melakukan aktiviti sendiri.

Girls pov

"Weh Qilah, kau nampak tak si Naurah ni? " tanya Piya yang kalut mencari Naurah

"Tak! Aku tak nampak! " jeritnya dari kejauhan yang berada di luar rumah yang sedang menjemur kain dan Piya di ruang tamu mencari Naurah.

"Kau pergi la ketuk bilik dia. Itu pun tak kan aku nak ajar Piya oi! " kali ini Dinie yang bercakap

KINGS FOR QUEENSWhere stories live. Discover now