BAB 36 / KEHANCURAN

173 8 9
                                    

Tepat pada pukul 10 pagi, semuanya berkumpul di rumah orang tua Piya untuk majlis abangnya. Dengan tema warna ungu cukup membuatkan para jejaka begitu kacak begitu juga para wanita yang sangat cantik dan ayu.

Naurah merasa tidak sedap hati akan sesuatu. Dia asyik termenung sampai ditegur oleh Irfan.

"Ui,asal termenung je ni? " soalnya

"Tak sedap hati " adu ku.

"Buang rasa tak sedap tu , lepastu kita masuk dalam sebab majlis dah nak start ni. Okey? " Lalu dia pergi meninggalkan aku.

Aku hanya menghela nafas lalu mengatur langkah bergerak ke dalam rumah.

.

.

.

Setelah siap acara akad nikah, maka mulalah acara makan makan . Rasa tidak sedap hati kian menghambat. Satu perkataan yang membuatkan dia rasa tak sedap hati.

Orang tua nya.

Mesej yang diterima semalam membuatkan dia kembali risau lalu mengeluarkan phone dari beg nya lalu mendail nombor mak nya.

Tut.

Tut.

Nombor yang and-

"Aku bukan nak dengar minah ni membebel. Angkat lah " rungutnya di dalam hati. Nombor ayah nya di dail pula.

Tak dapat juga.

Air mata kian jatuh memikirkan keadaan diorang.

Harapan terakhir . Abangnya.

Bunyi deringan membuatkan Naurah menarik nafas lega. Namun selepas itu terdengar bunyi orang memanggil dalam keadaan yang sangat lemah.

"Abang? " aku berharap ini bukan abangku.

"K-kyla, a-bang "

"Abang jangan cakap. Tunggu Kyla datang. " Katanya sambil mengelap air mata yang berjujuran jatuh.

Melihat sekeliling baru dia sedar ramai orang sudah beratur untuk mengambil makanan. Tiada yang memperhatikannya. Dia bergerak ke arah bangsal rumah Piya yang direka khas oleh DH tanpa diketahui tuan rumah.

Kain yang dipakai dicabut lalu seluar hitam yang sudah tersedia di dalam kain tadi memudahkan kerjanya kalau terjadi apa apa kecemasan .

Topi keledar dan sarung tangan di pakai lalu membonceng motor keluar dari bangsal lalu pergi jauh dari rumah Piya.

Vroommm!!

"Fuhhh, berdesup bunyi motor. Dia ingat highway ke apa?! " kata Ryan.

" Biarlah dia , tak mati pun kau kalau dia bawak laju kan? " dengan sinis Naufal menjawab.

"Korang ni dahla . Lapar kau tahu. Lauk dahla mengancam semua. Dari kita datang tadi ,aku tahan lapar sebab taknak malu kan korang. " sampuk Adam dengan tak malu

"Jom"

Dinie yang dari tadi melihat mereka berbual mula mencari Aqilah dan yang lain.

"Weyh, mana Naurah? " tanya Dinie kepada Aqilah yang khusyuk mengambil lauk yang banyak lalu dibubuh di dalam pinggan nya.

"Tak tahu"

Jawapan simple tapi cukup membuatkan hati Dinie sakit.Dia yang sakit hati lalu mengambil pinggan dan lauk seterusnya makan.

.

.

.

Kejap abang, tunggu Kyla. Telinga motor dipulas sekuat hati, melanggar lampu isyarat dan bunyi hon kereta yang kuat tidak meluluhkan hati Kyla untuk sampai ke tujuan nya.

Vroom!!

Keadaan ditepi jalan kereta dilihat. Kemik dan terbalik. Hati kian berdebar ingin melihat isi kereta itu.

"Astaghfirullah,abang! "

Kyla berusaha sekuat hati ingin menarik pintu itu bagi memudahkan abangnya keluar tapi tidak boleh.

"T-takpelah Kyla. Uhukk -mungkin s-sampai sin-ni je. C-cukup temankan a-abang sebelum ab-bang pergi. Uhukk-" Darah dari mulut abangnya kian banyak yang keluar.

"Tak! Abang jangan nak merepek. Walaupun abang bukan abang kandung Kyla. Tapi masih Kyla anggap abang, abang Kyla ".

Dia mati akal memikirkan caranya.  Argh. Fikir Naurah, fikir.

" Abang tunggu kejap, Kyla ambil barang kat motor. Tunggu, jangan pergi " setelah melihat anggukan lemah abangnya baru dia pergi.

Sedang dia mencari barang dan berpaling untuk ke arah kereta.

BOOM!!

Kereta itu meletup sampaikan cebisan kereta itu tidak kelihatan. Kyla terduduk di atas tanah.

"Tak.TAK!! "

"BODOH, KAU KELUAR. TAK PAYAH SOROK. KAU DAH HANCURKAN HATI AKU, KAU DAH MATIKAN KELUARGA AKU. KAU INGAT KAU BOLEH HIDUP TENANG LEPAS NI? HMM? HAHAHAHHAHAHHA. "

Seorang lelaki tua yang masih kelihatan muda keluar disebalik semak.

"Seperti yang dirancang, semua harta kau akan aku ambil dengan senang selepas kau aku lenyapkan lepas ni. " kata orang tua tu

"Kau? Nak bunuh aku? HAHHAHAH.MIMPI? " tanpa lelaki itu sedar, pistol sudah dikeluarkan dan dituju ke arahnya.

BANG!

BANG!

BANG!

Lelaki itu kelihatan terkejut lalu tangannya ditekap ke dadanya bagi mengurangkan darah keluar dengan banyak.

"Kau ingat. K-kau berjaya bunuh aku? "

"Semestinya"

BANG!

satu tembakan lagi dilepaskan ke kepala orang tua itu.

"Uhuk" mulutnya mengeluarkan darah yang kian banyak.

"code 1.c-code 1."

"tak guna kau panggil. Semua ahli kau dah ada kat bawah " matanya membulat tidak percaya

BANG!

"1 masalah gone"

Kereta yang masih jelas terbakar dan mengeluarkan api dilihat. Telefon dikeluarkan. Nombor seseorang didail.

"Hello.Nanti aku share location ,kau datang. Aku nak kau kemaskan semua ni. Mayat tiga orang dalam kereta kau bawak pergi masjid kita. Mayat orang tua ni kau hantar dekat rumah dia. Aku nak semua bersih tanpa bukti yang tinggal. " Telefon ditutup begitu saja. Air mata yang berjujuran disapu kesat.

"Now, semua orang yang aku sayang dah pergi dari aku. Tak guna juga aku nangis. Bukan diorang datang kembali.Haha, pergi mampus la kau! " mayat orang tua didepan disepak sekuat hati untuk menghilangkan rasa sakit dan sedih di hati.

.

.

.

Maaf lambat update.

Nah duit raya.

RM 200.00

Kira halal lah ek.

KINGS FOR QUEENSWhere stories live. Discover now