BAB 27 / DENDA

148 25 22
                                    

@theinfiru

"Kau asyik main hp je, solat taknak."

Jangan menghukum,
Tapi mengajak.

Manusia, suka kemanisan.
Maka ajak lah dia solat sama. Kan manis?

♛┈⛧┈┈•༶༶•┈┈⛧┈♛♛┈⛧┈┈•༶༶•┈

"MENGHADAP KE KANAN KE KIRI PUSING! " dengan lantang pengetua memberi arahan seperti komander pencen.

Hmm. Aku dah agak.

Nak tahu tak pengetua hukum kitorang apa?

Berkawad dalam kantin sambil bersihkan kantin yang paling teruk Ryan. Ish Ish ish. Tulah pergi baling kat pengetua tu lah padahnya . Tapi sekejap je lepas tu pengetua blah sebab nak angkat call. Tak sampai sejam.

Yang aku takleh bla nya , diorang buat sambil main . Yang mop tu acah - acah jadi romeo sambil pegang batang mop nampak sangat ke'singel'lan nya. Yang duk bersih air kat lantai tu buat lantai tu macam konsert. Yang tolong jirus air pergi jirus kat orang. Aku sebagai yang terkena sekali hanya bisa sabar.

Eva yang disebelah ku berkata "salah kau la ni perempuan, kita semua kena "

Aku mendiamkan diri buat seketika sambil mengelap meja. Lalu berkata "Salah kau laa betina, cari pasal ngan aku dulu kan"Aku tersenyum mengejek.

Dia berasa geram lalu mengehempas kan batang mop ke lantai lalu pergi dari kantin bersama rakan - rakannya. Aku hanya gelak perlahan melihat perangai tak semenggah dia tu. Mentang-mentang ketua dia takde sedap- sedap dia je buli aku.

Aku mencari kelibat Yana, Piya, Qilah dan Dinie dan aku melihat mereka sedang mengelap meja seperti aku yang berada jauh sedikit dari aku. Mataku teralih sedikit lalu terlihat Irfan yang sedang ketawa sakan bersama rakannya. Hmm. Lama tak nampak dia senyum macam tu. Haish bertobatlah.

Irfan yang perasan dia ditenung lalu pusing melihat siapakah 'gerangan ' itu.

Zup!

Mata bertembung mata. Hati bertembung hati ~ Cewahh

Mereka berdua saling berpandangan selepas beberapa saat muka mereka berubah merah. Lagi ketara Irfan sebab telinga dia merah dahla muka putih. Naurah yang malu apabila mendengar isi hati Irfan terus melakukan kerja sambil mengutuk diri dia yang berani membuat hal.

" Irfan! Kau asal do? Aku panggil tak dengar lepas tu telinga kau merah, asal? " Tanya Ryan bagaikan meriam buluh tak berhenti keluar.

Melihat Irfan yang masih termenung, Ryan mengikut arah mata Irfan.

Bum!

Dia terlihat pujaan hati dia. Argh perasan betul kau ni Ryan . Parah . Orang yang di sana pun dia tak pernah tegur tapi nak buat macam mana aku tercrush lah pulak.

Dinie yang terasa diperhatikan memusing kepala nya ke arah orang itu.

Deng!

Dinie tanpa memandang lama lama terus memusingkan kepala sambil menyumpah orang itu. Dua manusia itu terus memandang gadis yang tidak jauh dari mereka.

Naufal yang melihat mereka pelik. Lalu mengikut arah mata mereka. Lah, crush rupanya padan pun tak lari mata.

"RYAN! IRFAN! "

"Opocot crush aku cantik " latah mereka berdua.

Percaya atau tidak Adam pun melakukan perkara yang sama iaitu memandang rakannya yang lama. Terus terkejut dengan sergahan Naufal. Nasib baik tak melatah.

KINGS FOR QUEENSWhere stories live. Discover now