3. The Reason

273 34 6
                                    

Pagi selepas sarapan, Beomgyu dan DaHee membuat keputusan untuk ke rumah grandma DaHee.

Dan di sini lah, mereka berdua duduk bersebelahan menatap pelik grandma yang sedang bermain ria dengan baby di pangkuan.

Mereka berdua memandang satu sama lain dan bergedik bahu.

"grandma, listen! Kita orang datang sini bukan nak senang-senang. Kita orang nak tanya, kalau rumah tu guna access card untuk masuk, kenapa budak ni boleh ada kat dalam? Kita orang salah rumah, ke?" ucap DaHee.

Grandma berhenti bermain dengan bayi.

"betul lah tu rumah korang."

"habis tu? Budak tu datang dari mana?" Beomgyu turut buka suara.

"dari Tuhan. Korang jaga jelah, budak comel macam ni, takkan tak nak?"

DaHee terdiam sejenak, "bukan kitorang tak nak, tapi dia kan bukan anak kita orang, rasa bersalah pulak dekat mak ayah budak tu, mana tahu dia orang tengah cari budak tu?"

"haah, kita orang nak serahkan budak tu kat polis," -beomgyu.

"budak ni ada kat rumah korang, maksud nya mak ayah budak ni percayakan korang, jadi jaga je lah,"
-grandma.

"DaHee!" panggil grandma.

"ha?"

"betul nak berpisah dengan budak ni? Tengok mata dia betul-betul,"

Dengan itu, DaHee memandang lurus kedalam mata polos bayi perempuan yang juga sedang menatapnya.

"DaHee suka dengan baby, kan? DaHee pun dulu cuma sempat jumpa anak Seulgi 3 hari sebelum Seulgi dengan suami dia pindah ke Canada. Tak kan DaHee sanggup berpisah lagi?"

Mendengar kata-kata grandma nya, DaHee berubah fikiran.

"D-daHee tak nak," DaHee terus bangkit dari duduknya dan mendukung bayi yang berada di pangkuan grandma nya tadi.

DaHee mengusap rambut bayi itu dengan lembut, "mama minta maaf, sanggup mama cakap macam tu dekat anak mama sendiri,"

Beomgyu menatap bingung DaHee.

"Weyh kau kenapa? Tiba-tiba je?" -beomgyu

"kita jaga budak ni, kau tak suka baby, ke?"

"eh mestilah suka,"

"so kita besarkan dia sama-sama" DaHee kembali duduk disebelah Beomgyu.

Beomgyu mengukir satu senyuman, "up to you, you're my wife. Everything for you," apa pun yang membuatkan gadis yang dia cinta itu gembira.

Mereka saling bersandar kepala dan tersenyum melihat bayi perempuan dia di depan mereka.

"jaga, jaga jugak tapi jangan lupa bagi halmeoni cicit. Lusa korang pergi honeymoon, kan?"

Mendengar itu Beomgyu dan DaHee tersentak. "haah lah!" ucap mereka serentak.

"kembar tiga." kata Grandma.

"DaHee yang boleh tu kan?" -dahee.

"siapa cakap dengan kamu, halmeoni cakap dengan Beomgyu, boleh kan gyu?"

"tengok lah, macam mana jadinya nanti," -beomgyu.

"kena jadi, korang anak muda zaman sekarang, halmeoni tau korang mesti boleh!"

DaHee menghela nafas, "iya, nanti kita orang cuba," gadis itu mengalah.

"kenapa nanti? Sekarang!"

"halmeoni, relax sudah lah," rasanya DaHee ingin menangis disini sekarang juga.

Beomgyu tiba-tiba ketawa, "kembar 5 pun tak apa, halmeoni."

Beomgyu mengalihkan pandangan ke DaHee yang sedang memandangnya kesal. Dia mengambil alih bayi yang berada di pangkuan isterinya dan meletakkan di pangkuan-nya pula.

DaHee memandang grandma nya pula, "DaHee nak minta tolong halmeoni jagakan baby, selama DaHee dengan Beomgyu pergi kerja,"

"siapa suruh kamu kerja? Kamu duduk rumah jaga baby. Beomgyu akan jadi CEO, menggantikan kamu,"

"tapi DaHee masih nak kerja?-"

"DaHee duduk rumah dan jadi isteri dan ibu yang baik, okay?"

DaHee sedikit kecewa tetapi dia hanya ikut sahaja apa yang grandma nya arahkan.

Grandma mengehela kan nafas, mengeluh. "halmeoni rindu suasana rumah yang ada suara gelak tawa bayi, sebab tu halmeoni nak sangat cicit dari DaHee, DaHee faham kan?"

DaHee berdehem.

"halmeoni ada minta cucu lagi dari mama kamu, tapi dia trauma dengan sakitnya lahirkan anak, sampai kamu besar."

Suasana tiba-tiba menjadi tegang, Grandma yang terdiam dan DaHee yang tunduk memainkan jarinya.

Beomgyu menolak lembut DaHee menggunakan bahunya.

"eung?"

"jom lah, naik atas" ajak Beomgyu.

"for what?"

Beomgyu hanya mengangkat keningnya.

DaHee yang faham apa maksud Beomgyu pun, mengangkat tangannya untuk memukul Beomgyu tapi tertahan tatkala grandma buka suara.

"tak apa lah, korang semua memang tak sayang halmeoni lagi." ucap dengan nada merajuk.

DaHee bangun dari duduknya dan berjalan untuk mendudukkan dirinya di sebelah grandma dan memeluknya dari samping.

"halmeoni jangan lah macam ni. DaHee janji akan bagi halmeoni cicit, tapi kalau cepat atau lambat tu DaHee tak boleh lah pastikan,"

"rasa-rasa bila?" -grandma.

DaHee melepaskan pelukannya, "e-er tengoklah honeymoon nanti macam mana hehe,"

"sekarang?"

DaHee mula rasa gelisah dan cuba cari alasan, "urm,; tak boleh kot, DaHee nak bawak baby jumpa Minjeong kat rumah dia,"

Kim Minjeong, satu-satunya kawan DaHee.

"hm iya lah, pergi lah, apa-apa pun halmeoni tahu korang kena secepat mungkin ada anak," grandma bangkit dari duduknya dan berlalu pergi menaiki tangga menuju ke bilik.

DaHee menghela nafas lega dan beralih pada Beomgyu.

"Kau tak nak ikut jumpa ex?"

To Be Continued...

Baby!!! • Choi BeomgyuWhere stories live. Discover now