14. Baby?!!

181 21 11
                                    

"Nak air? Aku pergi belikan." tanya DaHee menyedari mereka tak berhenti membeli belah tanpa mengambil rehat.

"Heum! Aku jaga baby kat sini."

Mereka berhenti untuk duduk di satu kerusi yang di sediakan di mall tersebut.

DaHee berlalu pergi membeli air mereka. Sedangkan Beomgyu duduk menemani baby yang sudah tidur di dalam stroller.

Telefonnya berdering. Beomgyu berjalan jauh sedikit mengangkat panggilan agar tidak menganggu anaknya sedang tidur. Dia berdiri memandang tingkat bawah.

Rupanya Beomgyu dapat panggilan dari kawan lamanya, Kang Taehyun. Mengingat mereka sudah lama tidak berjumpa selama 7 tahun.

Mereka berborak panjang, ketawa yang tidak terputus dari tadi, suasana hati Beomgyu menjadi hangat.

DaHee membawa dua minuman di tangannya. Dia meletakkannya di atas kerusi dan melihat stroller untuk memastikan baby tidur dengan baik.

"Baby?" DaHee lihat dalam stroller tiada sesiapa. DaHee memandang Beomgyu pula. Dia mendekat dan menarik bahu suaminya itu.

"Mana baby?" tanya-nya.

"Dalam stroller."

"Tak ada!"

Beomgyu terkedu. "Taehyun, nanti aku call balik." dia mematikan panggilan.

Mereka berjalan mendekati stroller dan betul baby tiada di sana.

"Beomgyu macam mana kau jaga anak?!" DaHee menggoncang tangan Beomgyu.

"Tadi dia masih ada!"

"Sekarang dah tak ada!"

Mereka terdiam buntu. DaHee sudah bersedia untuk menangis di tempatnya berdiri. Nak tanya orang tetapi mereka yang ramai tadi tiba-tiba menjadi sunyi, orang-orang sudah bersurai.

"Macam mana ni, Beomgyu?" rengek DaHee.

Beomgyu memandang bawah memikir. "Uhm, kita tunjuk gambar kat orang-orang tanya diorang ada nampak baby tak. Jom."

DaHee mengangguk. Dia menolak stroller dan troli.

Cukup ramai orang yang mereka tanya dan tunjuk gambar, tetapi tiada sesiapa pun yang melihat bayi itu.

Ia membuatkan DaHee lebih bimbang, dia menyesal pergi beli minuman meninggalkan baby seorang.

"Macam mana ni?"

Dah tiada cara lagi.

Telefonnya di dalam poket berdering. Dia mengambil telefonnya dan melihat nama grandma tertera di skrin telefon.

"Grandma call. Mesti dia suruh kita cepat datang sana bawak baby. Kita nak jawab apaaaa?" ucap DaHee.

Beomgyu terdiam. Dia menyesal kerana cuai.

DaHee mengangkat panggilan.

"Grandma?"

"DaHee, datang sini sekarang."

"Uhm, sekejap lagi kami datang."

"Sekarang."

Grandma terus mematikan call.

"Grandma terus matikan call. Mesti dia tengah merajuk tu. Macam mana ni, gyuu?"














•••••

Beomgyu mematikan enjin kereta dan tiada sesiapa pun yang berani turun dari kereta.

"Aku menyesal tinggalkan baby tadi." kata DaHee.

"Aku menyesal tak jaga baby elok-elok." sahut Beomgyu.

Mereka masing-masing merenung salah sendiri.

DaHee mula menangis. Makin esak tangisannya. Beomgyu terus membawa isterinya itu di pelukannya. Beomgyu mengusap perlahan rambut DaHee. Dia mengeluh.

"Jom masuk, nanti grandma tertunggu." ucap Beomgyu dengan suara yang lembut.

DaHee mengusap air matanya. Mereka turun dari kereta tanpa membawa barang yang mereka beli tadi.

Mereka terdiam sebentar di depan pintu. Sampai satu suara tangisan membuatkan mereka memandang satu sama lain.

Cepat-cepat mereka menanggalkan kasut dan buka pintu.

Alangkah terkejutnya mereka melihat baby menggeliat dalam pelukan Ivy dan grandma yang sudah memandang mereka dengan tatapan yang tajam.

To Be Continued...

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Baby!!! • Choi BeomgyuWhere stories live. Discover now