18. Crack (☆)

157 22 12
                                    

Makan malam pada malam ini di penuhi dengan suara gelak tawa dari grandma dan Ivy. Kadang-kadang grandma teasing Beomgyu dengan Ivy. Entah pasal mereka pasangan yang sesuai lah apa lah. Jadi, Dahee hanya diam. Diam. Dari awal tadi, dengan baby di pangkuannya dan dia sibuk menyuap bayi itu makan.

Pastinya Ivy duduk depan Dahee, kalau Dahee duduk depan Beomgyu, grandma mesti suruh Ivy duduk sebelah Beomgyu, jadi nak senang dia duduk sebelah grandma dan depan Dahee.

Tapi cara tu tak ubah apa-apa, grandma masih boleh teasing mereka, like dulu suami dia tak hensem ke? Kenapa macam berpengalaman je nak rosakkan rumah tangga orang.

Macam biadap sikit, tapi tolong buat cara macam pernah berumah tangga sebelum ni walaupun suami tu dah mati, cucu sendiri kot.

Tengah sibuk Dahee dengan fikiran jauhnya, tiba-tiba ada sudu yang datang padanya. Itu dari Beomgyu. Dia hulurkan sudu yang ada dumpling pada Dahee.

Beomgyu menaikkan keningnya. "Belum makan, kan?"

Ya, belum ada satu sudu pun yang masuk mulut Dahee, satu kerana dia lebih penting bayi yang di pangkuannya dan yang kedua kerana fikiran telah melayang.

"Jap, aku tiup. Mana tahu masih panas, kan?"

Beomgyu menadah satu tangannya di bawah sudu takut² tumpah dan meniupnya. Bila sudah pasti cukup sejuk dia halakan kembali pada Dahee dan perempuan itu makan.

Dan tiba-tiba,

"Tengok tu, Ivy. Macam tu lah imejnya kalau Beomgyu jaga isteri dia yang tengah jaga anak. You will be so lucky if it was you in that position." kata grandma pada Ivy dan Ivy tersenyum sambil mengangguk?!

Orang tua ni masih tak habis-habis lagi ke? Cuba cari topik yang lebih menarik. Contohnya, tentang kehidupan kat rumah orang-orang tua ke? Kot kot berminat nak duduk situ.

Dan perempuan tu dah kenapa? Mental rosak?

Dahee meletakkan sudunya dan beri baby minum air.

"Beomgyu, tolong jaga sekejap." Dahee beri baby pada Beomgyu.

Dan alarm yang bayi selalu bunyikan pun terjadi, baby nangis.

"Please, baby. Mama pergi sekejap je, okay?" Dahee mengusap pipi baby dan bangun dari duduk untuk basuh pinggan dan cawan.

Tapi yang terjadi baby menangis semakin kuat. Beomgyu tiada pilihan lain selain turut ikut Dahee ke sinki.

Tangan baby terus dihulur pada Dahee bermaksud dia mahu bersama Dahee.

"Sekejap yee," lembut saja Dahee berkata.

"Selain koyak tak ada benda lain dia boleh buat, sikit-sikit koyak kan? Dia bukannya bagus sangat pun kalau nak di bandingkan dengan kamu, Ivy." ucap grandma bukan main kuat. Dan lagi grandma cuba nak burukkan Dahee.

Ha bandingkan lah lagi bandingkan. Sanjung lah orang luar tu macam tuhan dia. Orang ni makin tua makin macam budak-budak.

Selesai membasuh, Dahee mengelap tangannya pada baju dan cepat-cepat ambil baby dari Beomgyu, supaya bayi berhenti nangis lebih tepatnya.

Beomgyu sempat menahan tangan Dahee sebelum perempuan itu berlalu pergi. Beomgyu menggelengkan kepalanya pada Dahee dan Dahee mengangguk.

Sebagai balas, Beomgyu mencium pipi Dahee. Itu memang normal. Tapi kali ni Beomgyu hasilkan suara yang kuat. Cup!! Dan suara grandma hilang. Magic, kan? Siapa yang koyak sekarang ni?

Beomgyu dan Dahee ketawa dengan suara yang perlahan.

"Aku duduk kat luar nak ambik angin dengan baby," kata Dahee.

Baby!!! • Choi BeomgyuWhere stories live. Discover now