11. Small Talk

194 29 12
                                    

DaHee tersedar dari tidur tengah harinya. Dia meregang otot tangan hingga ke kaki. Kemudian dia duduk mengumpul roh.

Dahinya berkerut melihat beberapa mainan bayi di atas karpet. Tiba-tiba jantungnya terasa seperti berhenti berdetak.

"Mana Baby?!" paniknya. Dia memusingkan badan, berdiri mencari keberadaan. "Baby?!" DaHee naik ke atas pula.

"Baby?!!" panggilnya lagi. Rasa seperti ingin menangis. Tak mungkin Baby boleh merangkak sendiri ke atas, kan?

Dia buka pintu bilik dan tiada sesiapa di dalam bilik. "No way!" DaHee berlari turun ke ruang tamu.

"Mana Baby ni?" DaHee menggigit kuku ibu jari kanannya. Nafasnya tak keruan kerana rasa panik.

Bunyi kereta tidak mengalihkan perhatiannya langsung. Dia masih berdiri memikirkan ke mana Baby pergi.

Pintu di buka. DaHee sama sekali tidak menoleh.

Beomgyu berjalan mendekati DaHee dengan Baby yang masih di dukungannya. "DaHee?"

Mata DaHee perlahan melirik ke tepi. Terkejutnya dia Baby di tangan Beomgyu. DaHee terus mengambil alih. Tidak banyak cakap, DaHee terus naik ke atas.

Semestinya perlahan-lahan Beomgyu mengikuti DaHee dari belakang.

DaHee membaringkan Baby di atas katil dan mencium dahi bayi perempuan itu sekali. Hatinya akhirnya tenang juga melihat Baby di depan mata.

"DaHee," panggil Beomgyu yang berdiri di pintu bilik.

DaHee hanya meresponnya dengan jelingan tanpa menoleh ke belakang. "Aku bawak Baby pergi building tadi. Ada kerja sikit. Aku tak berani nak kacau kau tidur, so.. aku bawak Baby."

DaHee hanya menghela nafas halus dan berdiri untuk berjalan turun ke bawah semula. Tetapi di tengah pintu Beomgyu menahan tangan DaHee.

"DaHee, please talk to me."

DaHee terdiam di tempatnya. Bukannya diam memang diam, tapi diam memikir sama ada nak cakap dengan Beomgyu atau tidak.

Melihat DaHee hanya diam tidak memandangnya, Beomgyu menarik tangan DaHee dan membawanya ke dalam pelukannya.

Beomgyu melihat ke bawah. Tangan DaHee masih di sisi, DaHee tidak membalas pelukannya. Beomgyu menghela nafas.

Baru saja Beomgyu mahu melepaskan pelukan tetapi tak jadi.

"Dah makan?" tanya DaHee.

"DaHee?"

"Hm?"

Beomgyu melepaskan pelukannya tetapi kedua tangannya di kedua bahu DaHee. Dia tersenyum lebar.

Beomgyu memeluk DaHee sekali lagi dengan kuat tidak memberi sedikit kelonggaran dalam pelukan mereka.

"Kau cakap dengan aku?" tanya nya terharu.

Sekali lagi Beomgyu melepaskan pelukan dan tersenyum memandang DaHee.

Dahi perempuan itu berkerut. "Kau nangis?"

Beomgyu tak jawab melainkan mengamati muka cantik isterinya itu.

DaHee berpusing dan berjalan meninggalkan Beomgyu di belakang. "Macam budak-budak."

"DaHee tunggu!♡" Beomgyu dengan nada gembira berlari kecil mengejar DaHee.


•••••

"Jjapaguri, jangan mengada, makan je." DaHee meletakkan semangkuk jjapaguri di depan Beomgyu. Kemudian itu dia duduk di kerusi depan Beomgyu.

Baby!!! • Choi BeomgyuWhere stories live. Discover now