7. To Compare

210 29 0
                                    

Beomgyu dengan duduk bersilang kaki sambil menyelak dokumen yang berada di tangannya.

Pintu ruangannya di ketuk.

"Masuk!" seru Beomgyu dari dalam.

Dan pintu itu terbuka, menampakkan seorang perempuan berpakaian formal seperti seorang pekerja.

"Hai, Saya setiausaha baru kat sini." kata perempuan itu.

Pada awalnya, Beomgyu tidak memberi perhatian langsung pada orang itu, tetapi suara itu membuatkan dia mengangkat dagu.

Tangan Beomgyu yang menyelak-nyelak kertas tadi berhenti. "Ivy?" katanya.

"Ehem." perempuan itu mengangguk dan tersenyum dengan sangat manis.

"Saya lah, setiausaha baru kat sini. Awak kan? Bos saya?"

Beomgyu tersenyum ramah dan mengangguk.

Beomgyu bingung, apa yang perlu dia panggil perempuan di depannya itu, kau? aku? saya? awak?

Beomgyu kenal betul perempuan yang berdiri di depannya itu.

Bekas kekasih- no too cringe, kita tukar, ex-girlfriend.

Ivy yang Beomgyu kenal selalu menggunakan bahasa yang kasar, sama macam dia dan DaHee. Tapi tak sangka pula perempuan ini akan menggunakan 'saya, awak'.

Beomgyu sedikit ragu, "Awak dah tahu kan? Tempat awak?"

"Ehem." sekali lagi perempuan itu menganggukkan kepala dan tersenyum manis. "Saya dah tengok tempat tu, masa saya sampai tadi."

"Okay, bagus." Beomgyu terdiam sebentar menghadapi suasana tegang ini. "Kalau macam tu, boleh mula kerja hari ni?"

"Ah! Yes! Tak ada masalah!"

Lembut saja perempuan di hadapan nya ini. Mungkin setelah sekian tahun ini, mereka memutuskan hubungan, Ivy menjadi lebih baik?

"Ouh! Okay! Kalau macam tu nanti saya hantar email, apa je yang perlu di lakukan." kata Beomgyu.

Perempuan itu mengangguk dan berjalan keluar dari ruangan Beomgyu.

Beomgyu menyandarkan kepala di kerusi yang di duduknya dan menghela nafas lega.

"Hah~ lega sikit. Lain macam rasa dia. Sejak bila Ivy jadi macam tu? Berubah total. Mesti ada ni, siapa-siapa." Beomgyu mengendahkan fikirannya dan kembali fokus pada kerjanya.



























•••••

"Baby, sekejap okay? Sampai nanti mama bagi susu." ucap DaHee pada Baby, Baby menangis sangat kuat. DaHee tahu Baby sedang lapar.

Akhirnya kereta yang di pandu oleh DaHee memasuki perkarangan building Beomgyu.

DaHee berhenti betul-betul depan pintu masuk. Dia memusingkan badan kebelakang dan mengambil beg yang sudah dia isi kan makanan tengah hari Beomgyu dan keperluan Baby.

DaHee membuka beg itu dan mengambil susu. DaHee goncang semula botol susu, dan kemudian di berikan pada Baby. Akhirnya Baby diam.

Di pangkuannya Baby di lengannya sambil memegang botol susu Baby. Beg di gantung di pergelangan tangan. DaHee mematikan enjin kereta dan keluar dari kereta.

Meninggalkan sahaja kereta nya di situ. Security di situ kenal betul dengan DaHee, semestinya mereka kenal, DaHee merupakan Bos di situ sebelum Beomgyu.

DaHee berjalan dengan laju menghiraukan orang-orang menyapanya.

Butang lift di tekan berkali-kali tak sabarnya. Sesekali dia akan melihat Baby yang tenang minum susu.

Menunggu sedikit lama, akhirnya lift tiba. DaHee cepat-cepat memasukinya. Dia perlu cepat periksa, betul ke apa yang Minjeong katakan?

Di tengah-tengah lift berjalan tiba-tiba hatinya berhenti berdetak sesaat. Kenapa dia perlu terlalu bimbang untuk itu? Kalau betul pun Ivy kerja di sini, apa masalahnya?

Pintu lift terbuka, baru saja berjalan sedikit, dia ternampak Ivy sedang fokus menghadap komputer di depannya.

Ivy yang tadi fokus, rasa terganggu dengan bayangkan yang tiba-tiba muncul di sebelanya. Dia menoleh. Dan terkejut. "DaHee? Long time no see, right?" sapa Ivy dengan senyumannya yang lembut.

Terkejut DaHee dibuatnya, bukan 180° tapi 360° Ivy berubah. Sebelum ini Ivy kelihatan seperti budak yang nakal, rambut sebahu dan sedikit kusut. Tetapi sekarang dengan make up lembut, rambut panjang sepinggang dan kemas. Menurut DaHee, Ivy cantik.

To Be Continued...

Baby!!! • Choi BeomgyuWhere stories live. Discover now