10. Papa Beomgyu

221 28 11
                                    

Beomgyu mengeluarkan access card dari dalam beg dompetnya, di pastikan pintu betul-betul terbuka, dia pun masuk ke dalam.

Tadi, tengah hari, di dalam kereta. Beomgyu mengambil masa sekejap untuk menenangkan diri dan memandu pulang semula ke rumah.

Masuk-masuk saja, Beomgyu lihat televisyen terbuka dan tiada sesiapa yang menontonnya.

Beomgyu mendekat, ke belakang sofa, dia berhenti di jarak yang cukup jauh, namun dia dapat lihat baby duduk dan bermain dengan permainannya seorang diri.

"Eak!" Baby mengeluarkan suara melihat Beomgyu yang berdiri- boleh di katakan, tak jauh tak dekat. Baby ketawa melihat Beomgyu sambil memegang mainannya.

Beomgyu tersenyum kecil dan mendekat. Beomgyu melipat lengan bajunya dan duduk di depan baby.

"애기야 재미있었어? (aegi-ya jaemiisseosseo?) (baby, having fun?)" Beomgyu menghulurkan tangan pada bayi perempuan itu dan bayi itu mahu di dukung oleh Beomgyu.

Baby memeluk leher Beomgyu. "Ma!"

"Hm? Baby, what did you say?"

"Ma! Eung ak!" Baby bergerak aktif dalam pelukan Beomgyu. Beomgyu memusingkan badan nya dan melihat DaHee sedang tidur di atas sofa.

Beomgyu mendekat ke DaHee dengan baby di pangkuan. Dia mengelus pipi lembut isterinya itu.

“Baby, nakal dengan mama ke? Ni mama tidur kat sini, tengok anak papa main seorang.” ucap Beomgyu pada baby sambil memainkan pipi tembam bayi perempuan itu.

Beomgyu dan Baby memandang satu sama lain untuk waktu yang cukup lama. “Eumm nak buat apa eh?” Beomgyu memegang Baby untuk berdiri di hadapannya.

“Belajar jalan, nak?” Beomgyu tersenyum lebar dan perlahan-lahan dia pimpin Baby untuk berjalan. Ketawa sendiri dia melihat Baby belajar jalan.

Tengah jalan, Baby berhenti dan memandang belakang, memandang DaHee yang masih lagi tidur di atas sofa. Beomgyu ikut memandang DaHee. “Baby nak tunjuk kat mama?”

Baby tidak memandang Beomgyu, dia menunggu DaHee tetapi hakikatnya DaHee masih dalam tidur ketatnya.

“Mama tidur, nanti mama bangun kita tunjuk okay?” Beomgyu terus mengangkat Baby untuk di dukung. Sebaik saja Beomgyu angkat, Baby menangis.

“Eh?! Baby?! Nangis pulak dah.” Beomgyu mencuba untuk menenangkan Baby dengan cara mengusap belakang badan budak itu tetapi masih sama saja, dia tidak berhenti nangis.

Tak berhenti nangis, Beomgyu yang tidak mahu tidur isterinya terganggu itu pun membawa Baby naik ke atas menuju bilik mereka.

Beomgyu masuk ke dalam bilik tanpa menutup pintu. Dia melihat di bawah lantai ada vacuum yang wayarnya masih terpasang di plug. Akhirnya dia tahu mengapa isterinya tidur, rupanya dia kepenatan mengemas rumah.

Beomgyu meletakkan Baby berbaring di atas katil. Kemudian dia berfikir, apa yang perlu dia buat?

Beomgyu pun bertanya, “Baby, nak apa?” tiada jawapan, hanya tangisan. “Eh buat apa aku tanya dia, kan?” Beomgyu tersedar dari fikiran bodohnya😌.

I don't know!” Beomgyu mengalah dan mengeluarkan telefonnya. Dia membuka aplikasi Naver dan mencari 'cara menenangkan bayi yang sedang menangis'.

Susu?” kepala Beomgyu melihat ke sekililing tetapi tidak menemui susu di dalam bilik itu. Itu petanda yang dia perlu ke dapur dan buat susu.

“Baby let's go!” Beomgyu mendukung Baby semula dan membawanya ke dapur. Beomgyu mengambil botol susu dengan Baby yang masih di dakapannya. Cukup susah untuk melakukan begitu tetapi dia perlu bertahan supaya Baby tidak dan tercedera. Beomgyu mengingat semula setiap step cara membuat susu seperti yang DaHee ajarkan.

Baby!!! • Choi BeomgyuWhere stories live. Discover now