9. An Old Story (⁠☆)

234 28 16
                                    

"DaHee-" baru saja Beomgyu mahu mencium pipi isterinya namun DaHee terus menghindari Beomgyu.

DaHee menutup almari dan mendekati baby yang sedang berbaring di atas katil.

DaHee memakaikan bedak pada muka baby dengan lembut. Setelah itu , tidak banyak tingkah, dia menutup lampu bilik dan ikut baring di sebelah baby, meninggalkan Beomgyu yang masih berdiri di tempat tadi.

Beomgyu masih berdiri, bingung dengan DaHee yang dari tadi menghiraukan dia.

"DaHee?" panggilnya. Namun tiada jawapan dari isterinya itu. DaHee memeluk baby.

Beomgyu berjalan mendekat ke katil dan duduk di tempat tidurnya. Dalam gelap dia masih dapat DaHee tidak menutup matanya. Begitu juga dengan baby yan masih aktif bergerak dalam pelukan DaHee.

"DaHee seriously? Jawab aku. Kenapa kau keluar tiba-tiba tadi? Baby belum bangun kau dah pergi dengan dia. Kita nak beli crib untuk baby, kan? Balik-balik kau hiraukan aku. Aku panggil tak menyahut." ucap Beomgyu.

DaHee masih terdiam.

"Sebab Ivy?" tambahnya.

Mata DaHee naik memandang mata Beomgyu. "Tahu, kan? So?" DaHee menjeling.

"Dahee- kau nak jealous apa? Kitorang tak ada apa-apa."

DaHee duduk. "Sepatutnya dia sedar status dia dengan status kita. Dia bukan siapa-siapa. Kita dah kawin. Kotor tak kotor, jangan suka-suka pegang orang."

"Dia cuma ambik sebutir nasi tu je tau."

"So what? Sebutir nasi je kan kau kata? Aku pun boleh ambik. Cuma waktu tu kau terus bangun bukak pintu. Kalau aku nampak dulu pun mesti aku dah ambik nasi tu!"

"So kita nak gaduh pasal sebutir nasi je?"

"Siapa kata kita gaduh sebab nasi? Kita gaduh pasal Ivy tau sekarang ni."

"DaHee please jangan buat drama cliche. Semua drama ada orang ketiga. Hiraukan je dia."

DaHee menghela nafas kasar. "Alright, aku cliche, okay. Macam mana nak hiraukan kalau dia akan kerja situ forever? Hari-hari jumpa kau. She's kinda sus tho!"

"Kalau kau lupa, dia yang datang balik selepas 2 minggu kita couple. Hampir ganggu masa kita dalam status bertunang and dia tak datang langsung majlis kita. And sekarang dia muncul tiba-tiba." sambung DaHee lagi.

"Nak benda tu terjadi dulu baru nak menyesal ke macam mana?"

Demi Tuhan, Beomgyu terdiam tak berkata-kata, apa yang di katakan oleh DaHee itu ada betulnya. Tetapi bukankah Ivy sudah berubah? Depan matanya Ivy sangat berbeza dari dulu, tak berkemungkinan Ivy mahu hancurkan rumah tangga mereka.

"Pecat dia." ucap DaHee. Beomgyu terkejut. Dia memandang DaHee.

"Dia belum tiga hari tau kerja situ. Okay aku ikut cakap kau. Aku pecat dia tapi selepas dia dapat gaji pertama, okay?" tangan Beomgyu bergerak mencapai tangan DaHee, tetapi perempuan itu menarik tangannya semula.

"No. Hari ni jugak aku nak kau text dia and suruh dia jangan datang kerja lagi besok and forever!"

"At least, bagi dia kerja sebulan and dapat gaji dulu."

"No! Kau pecat je dia, pasal gaji kau boleh bagi sekarang, lebih pun tak apa, yang penting dia dah tak muncul dalam building tu lagi." ucap DaHee.

"Kalau kau lupa, sebelum kau dapat nama, building tu atas nama aku." tambahnya.



Baby!!! • Choi BeomgyuWhere stories live. Discover now