6. Another Ex

228 28 6
                                    

Di dalam bilik, DaHee menolong Beomgyu memakai tie. Beomgyu tersenyum bahagia melihat perempuan yang lebih rendah darinya itu fokus memasangkan tali leher.

DaHee yang rasa terganggu pun bertanya, "Why? Tersenyum-senyum." setelah selesai memasangnya, tangan DaHee merapikan kemeja Beomgyu pula.

"Takde apa-apa, cuma suka je tengok muka cantik my wife ni," Beomgyu cium pipi DaHee sekilas.

DaHee mengernyit, "Manis eh mulut kau? Baru perasan ke aku cantik?"

"Haah, baru perasan setiap hari makin cantik!" satu lagi ayat manis dari Beomgyu.

DaHee yang dah blushing itu pun, mencubit pinggang Beomgyu, "Ada je eh jawapan."

"Awh!"

Mereka ketawa.

"Kerja elok-elok. Kalau rasa stress, berhenti lah dulu. Jangan tergesa-gesa, okay?" pesan DaHee.

"Iya, sayang."

"Ish! Jom turun sarapan dulu. Nanti lunch, makan kat luar or aku bekalkan nanti?"

"Hari-hari bekalkan untuk aku pun takpe, nanti setiap hari aku nampak kau,"

"Dengan baby sekali," sambungnya lagi. Beomgyu berjalan mendekat pada Baby yang sedang tidur di atas kali. Di ciumnya pipi bayi itu berkali-kali.

"What? You dah sayang budak tu? Tiba-tiba je?" soal DaHee dan tersenyum gembira.

"Dari hari pertama dia dengan kita aku dah suka dengan baby."

"Hmph! Ye lah tu!"


















•••••

Dengan baby yang duduk di kerusi untuk bayi, DaHee memberi bayi itu beberapa mainan supaya tidak bosan menunggunya masak.

Baby bersama dengan DaHee di dapur. DaHee sedang masak soup untuk baby dan makanan tengah hari yang perlu dia sediakan untuk Beomgyu.

"Baby tunggu sekejap ya?" senyum DaHee pada baby dan baby juga ikut ketawa membuatkan DaHee senyum gembira.

"Tak apa kan? Cuba makan nasi dengan soup? Dah besar sikit nanti kita cuba tteok okay?" walaupun DaHee tahu baby tak akan balas dia, tapi dia tetap mahu bercakap dengan baby.

DaHee menyiapkan dahulu lunch Beomgyu dan memasukkannya dalam beg kecil. Kemudian, dia pergi untuk mengambil makanan baby.

DaHee meniup-niup soup yang panas itu sambil berjalan duduk di sebelah baby.

"Baby, aaa~" halakan sudu pada Baby.

Baby pun memakannya, tangannya di genggamkan dan di ayunkan menandakan dia menyukainya.

DaHee giggle melihat baby gembira, "You like it? Get some more!" sekali lagi DaHee menghalakan sudu ke arah baby.

Nampaknya baby suka dengan masakan DaHee, DaHee turut bersenang hati.

Tiba-tiba telefonnya berdering. DaHee meletakkan mangkuk di atas meja dan mengeluarkan telefonnya dari poket.

Dia ingatkan yang menelefonnya itu Beomgyu, rupanya orang itu Minjeong.

"Hm Minjeong why?"

"Dahee kau kat rumah ke?" tanya Minjeong dari seberang sana.

"Haah, Kenapa? Tengah suap baby makan ni."

"Kau tak ada dengan Beomgyu kat building?"

"Belum, ni lah baru siap masak nak hantar ke sana. Why? Kenapa kau tiba-tiba tanya?"

"Tu lah yang kau tak tahu. Hyunsuk kata dia nampak Beomgyu jalan dengan Ivy."

DaHee menegakkan badan dari duduknya. "Ivy? Ex Beomgyu tu? Kau biar betul?"

"Hyunsuk cakap Ivy pakai baju formal, and ikut Beomgyu ke sana sini,"

"Macam mana suami kau boleh tahu? Bukan tempat kerja diorang jauh sikit ke?"

"Eheh, Hyunsuk nampak masa tengah singgah cafè suami kau, tu yang dia siasat tu. Dah macam secretary!"

"Memang tengah cari secretary kat sana. Tapi tak tahu lah pulak Ivy yang jadi secretary baru kat sana..." nada suara DaHee menjadi rendah.

"Bestie, are you okay? DaHee?"

DaHee mematikan panggilan. DaHee terus dukung Baby dan mengambil beg yang berisikan bekal Beomgyu.

"Baby, nanti kat sana mama bagi susu." katanya.

Kunci kereta di bawah suis lampu di ambil dan bersedia untuk memandu ke building miliknya.

To Be Continued...

-siapa tak faham book ni pasal apa, boleh check story description.

Thank you! <3

Baby!!! • Choi BeomgyuWhere stories live. Discover now