19. Pretending

124 22 11
                                    

Dahee teresak-esak di bahu Minjeong. Minjeong pula dengan muka bantalnya. Pukul 1 pagi Dahee ke rumah Minjeong kerana Beomgyu dan yang lain belum pulang dari hospital.

"Huwaa~ daripada kau nangis tanpa sebab ni baik kau cerita, ada apa ni sebenarnya?" ucap Minjeong separuh sedar.

Awal tadi, sebaik saja Minjeong buka pintu rumah, Dahee terus menangis tak tentu pasal. Cepat-cepat Minjeong suruh Dahee duduk di sofa dulu.

Baby tidur dengan anak Minjeong dalam bilik sedangkan Minjeong dan Hyunsuk duduk teman perempuan yang datang pagi buta dan tiba-tiba menangis.

Dahee duduk tegak dan menceritakan semua apa yang terjadi.

Minjeong dan Hyunsuk yang ngantuk tadi terus segar fresh white.

"Jadi selama korang berdua duduk kat rumah tu, dia memang selalu cari gaduh dengan kau? Dia pun pair kan Beomgyu dengan Ivy?" kata Minjeong.

"Haah. Siapa je tak sakit hati, kan? Sebab budak tu hilang haritu, tiba-tiba jadi tak suka aku. Dia buat seolah-olah aku bukan family dia. Tergamak dia suruh Gyu kawin lain. Sikit-sikit, 'kalau lah Beomgyu dengan Ivy ni ni ni', tak pernah pun fikir perasaan aku. Kitorang baru je kawin tapi dapat storyline yang macam ni." kata Dahee dengan kadang-kadang menyeka air matanya.

"Melampau jugak kalau sampai macam tu sekali." ucap Hyunsuk pula.

"Ada je benda yang nak dibuat kalau nampak aku dengan Beomgyu mesra sikit. Macam tak bagi kitorang sama-sama. Jangan-jangan kaki dia tu pun luka sebab grandma nak buat benda lain tapi terkena malapetaka. Padan muka, biadap." -dahee.

"Ni kau datang sini, diorang tak cari ke?" -minjeong.

"Beomgyu tak call aku, mesti diorang belum sampai rumah."

"Cuci luka je pun! Takkan sampai sekarang belum balik lagi?!" marah Minjeong.

"Biarlah diorang, aku malas nak fikir! Boleh aku menginap kat sini sehari?"

"Of course you can! Masuklah bilik mana-mana kau nak. Jangan bilik aku dengan Hyunsuk sudah."

"Iye iyee siapa jugak nak masuk sana, thank you tau!"

Minjeong menganggukkan kepalanya.

"Aku pergi ambik anak aku kejap." kata Dahee dan Minjeong angguk.

Setelah masuk kedalam biliknya, Dahee membaringkan baby di katil, sedangkan dia masih melihat telefonnya berharap Beomgyu akan menghubungi dan tanyakan keberadaannya sekarang. Tapi nampaknya tiada apa-apa yang perlu di risaukan tentang dia.

Dahee membaringkan dirinya di sebelah baby dan memeluk bayi itu, dia menutupkan matanya tapi apa yang dia nampak, bayang-bayang Beomgyu bawa Ivy ke dalam dukungannya, air matanya mengalir jatuh walaupun dia tutup mata.







•••••

Dahee menolak pintu buka dengan perasaan yang hampa. Dia lihat kereta Beomgyu tidak berparking di garage.

Sekarang pukul 8 pagi, tak kan lah basuh luka je ambil masa sampai sehari? Tak masuk akal.

Dahee bahkan menolak untuk sarapan bersama keluarga Minjeong kerana dia takut Beomgyu tercari-cari keberadaannya tapi apa yang dia sangka hanya hampa.

Dahee memasuki biliknya dan turun bawah semula setelah untuk buat susu. Setelah siap buat susu dia kembali ke biliknya semula. Dia menyuapkan susu untuk baby sambil tangannya menelefon seseorang.

"Hello? Kau dah sampai rumah ke?"

"Minjeong...Beomgyu...belum balik lagi.." jawab Dahee dengan tangisnya yang pecah.

Baby!!! • Choi BeomgyuWhere stories live. Discover now