PART FIFTEEN

6.4K 208 14
                                    

"Weh kau serius lah nak masuk asrama ni?" Joe yang berbaring di tepinya bertanya yang ke berapa kali sudah selepas dia mengambil kertas yang berada di tangannya. Kertas permohonan untuk masuk ke asrama di sekolahnya. "Betullah..kau ni dari pagi tadi lagi tanya benda sama. Muak tau." keluh Ayen. Kertas di tangan di pandang lagi. Dia ragu akan pilihan dia namun itu yang keputusan yang terbaik dia rasakan. Joe yang berbaring terus terduduk bersila sambil menghadap Ayen yang memandang kertas permohonannya. 

"Kau ni aku tanya je pun. Lagipula kau ni jenis tak suka terikat dengan peraturan tau. Kat asrama tu punya ketat peraturan dia. Aku tak rasa kau boleh tahan." ujar Joe dengan serius. Dia sudah kenal dengan perangai sahabat dia yang sorang ni. Mana nak ikut peraturan, peraturan sekolah pun tak ikut. Ha macam sekarang ni relax je ponteng kelas lepak atas bumbung ni. "Ke kau ada masalah kat rumah?" sambung Joe lagi. Ayen yang mendengar kata-kata Joe terkedu. Banyak sangat cerita yang dia tak cerita dengan Joe termasuklah peristiwa hitam tu.

"Ha kau diam ni memang sah kau ada masalah ni." sergah Joe tidak puas hati dengan Ayen yang menyembunyikan sesuatu darinya. "Mana ada lah." balas Ayen malas. "Dah lah aku nak pergi hantar borang ni. Yang kau tu duduk sini kenapa? Ponteng kelas lah tu." ujar Ayen yang ingin baru dari tempat duduknya. Joe yang melihat Ayen ingin bangun terus menahan, "Ponteng tak ponteng, kita dua sama je. Yang aku nak tahu sekarang ialah kenapa kau nak sangat masuk asrama yang macam kem askar tu?" tanya Joe tidak puas hati sambil menahan lengan baju kurung sekolah Ayen. 

"Lepas lah gila. Aku nak hantar borang, lepastu nak masuk kelas. Kejap lagi subject kimia. Kang tak pasal-pasal aku kena dikimiakan dengan cikgu killer tu." balas Ayen sambil cuba melepaskan pegangan kuat si Joe. Ish mamat ni kuat betul. Beberapa kali Ayen hentak tangannya agar pegangan tangan si Joe terlepas namun sia sia. Ni lah orang kata kekuatan lelaki memang tak boleh bawa main. Joe yang melihat usaha Ayen yang cuba melepaskan diri terus menguatkan lagi pegangan tangannya. 

"Hish kau ni. Ada juga aku sepak sampai Dubaikan." ujar Ayen geram melihat usaha melepaskan pegangan si Joe tu hanya sia-sia. "Ye lah nanti aku cerita. Lepas sekolah petang kita lepak taman." sambung Ayen lagi. Joe yang mendengarnya tersenyum senang. "Okay kau dah janji eh. Kalau kau tipu siap kau. Dah pergi lah hantar nanti lambat masuk kelas tak pasal-pasal kau jadi bahan uji. HAHAHAHA." gelak Joe senang hati kerana Ayen ingin menceritakan masalah yang tersemat dalam hatinya. "Banyak cantik muka kau. Ha kau jangan membuta terus, nanti ada juga harimau cari kau. Tak pasal-pasal kena ngap." Balas Ayen sambil berjalan pergi tinggalkan Joe yang masih bersila tanpa niat untuk bangun menuju ke kelas. 

"Eleh harimau tu mana nak tahu tempat sembunyi aku." gumam Joe sambil membaringkan badan kembali. "Ayen.. Ayen apa lah yang kau sembunyikan dari aku. Tak pernah-pernah kau nak tusuk sekarang dah pandai main sorok-sorok dah." gumam Joe lagi. Tiba-tiba dia teringat dengan pertemuan dia dan Ayen buat pertama kali. Nak dijadikan cerita masa sekolah rendah dia ni boleh dikatakan nerd lah. Biasalah, bila nerd memang akan ada pembulinya. Dia pernah kena buli di taman dekat dengan perumahan mereka berdua. Rumah Joe dan Ayen ni selang 10 buah rumah jer. 

"Hei lembab. Bak duit. Aku nak beli ice cream." ujar si budak yang berbadan sedikit gempal. "Tak ada duit lah. Mama tak bagi." balas yang berbadan lebih kecil. "Kau ingat aku percaya ke? Geng cari duit dia." ujar si pembuli gempal itu. Dua rakan atau pengikut si gempal tu terus ikut arah bosnya lalu diseluk setiap poket budak yang dibuli. 

"Jangan lah. Tak ada. Kan dah cakap." balas budak yang berbadan kecil itu berusaha melepaskan diri dari tangan-tangan yang memeriksa badan dia. "Tak ada lah bos." ujar seorang rakan pembuli itu. "Tak ada? Kau cek betul-betul tak?" ujar si gempal geram kerana duit yang dinginkannya tiada. "Hoi gemuk. Kau buat apa tu?" laung seseorang dari belakang. Si gempal yang dipanggil gemuk terus berpaling geram. 'Sedap-sedap panggil aku gemuk.'

"Kau buat apa tu gemuk? Tak malu ke? Dah gemuk lepastu buli budak pula." 

"Bukan masalah kau pun. Yang nak sibuk kenapa?" balas si gempal. "Eh tak sibuk lah. Tanya je. Lagipun macam seronok, tu lah aku rakam. Manalah tahu boleh bagi kat ma korang kan. Boleh jadi pelakon." ujar budak itu sambil menunjukkan telefon di tangannya. 3 budak lelaki yang melihat telefon yang digunakan untuk merakam mereka terus menjadi cuak. Kalau mak diorang tahu boleh mati mereka. 

Si gempal yang tak puas hati terus berkata " Kau ingat aku takut. Mana kau tahu nombor mak aku." 

Si budak yang bermain dengan telefon hanya tersenyum ke arah mereka berempat. "Lah kau tak tahu ke? Kan kita ada group Whatsapp kawasan ni. Mak kau tak ada ke dalam tu?"

"Eh tak apa kalau mak kau tak ada. Orang lain kan ada. Ha senang sikit kerja aku, diorang boleh tolong sampaikan." sambung budak itu lagi. "Bos, jom lah. Aku tak nak mak aku tahu. Tak pasal-pasal aku tak boleh main game lagi." ujar si rakan pembuli itu. "Ye bos, ni kalau dengar kat bapak aku, tak pasal-pasal berbirat belakang aku." ujar seorang lagi. Si gempal yang mendengar kata-kata dua orang rakannya berfikir, 'Kang tak pasal-pasal mama tak bagi aku makan MCD dah.'

"Tak apa. Harini hari kau budak lembab. Nanti kalau aku jumpa kau lagi aku nak duit. Tak bagi siap kau." ujar si gempal. "Eh kalau macam tu, aku pun nak kongsi je lah video ni dah kalau kau nak buli dia lagi." bantah budak yang memegang kendali permainan itu. "Cis. Kau ni siapa? Kau kawan si lembab ke?" tanya rakan si gempal tu.

"Ha'ah. Budak tu kawan aku. Kalau aku tahu korang bertiga ganggu dia lagi. Aku kongsi video korang bertiga ni dekat group Whatsapp." balas budak itu. "Cis." ujar si gempal tidak berpuas hati. "Dah jom blah." ujar si gempal berjalan meninggalkan kawasan itu. 

"Kau tak apa apa?" tanya budak yang telah menolong dirinya itu. "Okay je. Terima kasih." ujar si nerd takut-takut. "Lah yang kau takut sangat kenapa? Aku Ayen, aku baru je pindah dekat taman ni. Kau?" tanya Ayen dengan memperkenalkan dirinya. "Aku?" tanya si nerd? "Yelah. Nama kau apa? Ke nak aku panggil lembab juga?" ujar Ayen serius. "Eh..eh.. Faizul. Panggil Faizul." balas Faizul. 

"Faizul? Panjang lah. Nama kau Joe. Baru smart kawan dengan aku." ujar Ayen senang hati kerana dia mendapat kawan pertama di kawasan perumahan itu. Joe yang teringat dengan kisah pertemuan mereka hanya tersenyum kecil. "Hmm dah lah masa kecil aku ingat Ayen tu lelaki dengan topi seluar pendek, rambut pendek hahahha" gelak Joe lucu. 

"Awak gelak pasal apa tu Faizul?" tanya seseorang yang berada di belakangnya. "Ni teringat kisah kita jumpa dulu." balas Joe 'Eh? Eh?EH?? Siapa ada dengan aku?' Terus Joe berpaling ke belakang. "Harimau!" jerit Joe terkejut. 

"Apa? Awak panggil saya harimau? Ohh dekat sini awak sembunyi ye.." ujar harimau itu sambil menarik telinga Joe agar dia bangun dari tidurnya.

"Ampun cikgu.. beribu kali ampun.." ujar Joe kesakitan. "Ampun.. ampun tiada ampun bagimu. Sedap-sedap je kau ponteng kelas ye." balas cikgu sambil menarik lebih kuat telinga si Joe. "Tak cikgu, tak ponteng. Saya tengah rehatkan minda ni." ujar Joe. 'Aduh macam mana Cikgu Sakinah tahu aku kat sini.'

"Rehat kepala hotak kau. Sedap-sedap je membuta dekat sini ye. Dah lupa ke SPM hujung tahun ni?" balas Cikgu Sakinah sambil melepaskan telinga Joe yang sudah bertukar warna itu. "Nasib baik cikgu jumpa si Ayen kat bilik guru. Kalau tak memang sampai ke habis sekolah lah kamu membuta kat sini ye." sambung Cikgu Sakinah lagi.

'Tak guna punya AYEN!! Sanggup kau jual aku ye.' monolog hati Joe geram. 

"Faizul, ikut saya ke bilik guru SEKARANG!!" laung Cikgu Sakinah. Bergema satu bangunan tu. 

"Baik cikgu." ujar Joe pasrah sambil mengikuti langkah Cikgu Sakinah yang sudah berada di depan. 


____________________________________________________________________________

Happy reading <3. Drop star for me. Ehek.

Devil LoveOnde histórias criam vida. Descubra agora