PART ELEVEN - FULL

19.7K 328 37
                                    

"In sha Allah, Ayen boleh jaga diri.Lagipun , tu kan macam kawasan sekolah juga.Jadi peluang nak berjoli-joli kurang lah sikit.Kikikiki."

"Eh sempat lagi nak pikir joli-joli ya. Mama tak kisah kalau tu keputusan kamu.Apa yang baik untuk kamu,  semestinya mama akan sokong." ujar Datin Amira sambil melemparkan senyuman dan tangan yang terus mengelus kepala Ayen yang berada di ribanya.

"Yeayy! Thank you mama. How about you papa?"

Badan yang dibaring atas sofa berlapitkan paha mamanya di angkat demi mendengar keputusan hakim eahh keputusan papanya.

"I'm not sure about letting you staying in dorm. Tapi dah kalau permaisuri hati papa setuju. Takkan papa nak bantah pula kan? Kan tak pasal-pasal papa tidur luar malam ni. HAHAHAHA."

"HAHAHAHA YEAH SWAG PAPA. Thank you Papa. You are my hero." balas Ayen sambil memeluk erat papanya.

"Peluk papa je? Tak pelah kalau macam tu." gurau Datin Amira sambil berlakon ingin bangun dari sofa.

"Alaaaa mama ni. Buat sedih sedih pula. Big huggg everybodyyy."

Mereka bertiga terus berpelukan gembira.

--------------------------------------------------
Lampu warna-warni dan muzik yang memekakkan telinga dipasang kuat. Anak-anak muda yang hanyut dengan arus muzik itu terus bergerak mengikuti tempo lagu yang dipasang oleh DJ club tersebut.

Dihujung kelab itu terdapat lelaki yang mengelamun tanpa menghiraukan muzik yang kuat itu.

"Danish! Oi Danish!" Panggil kawannya yang duduk berhadapan dengan si Danish. Namun panggilan tersebut tak dapat mengembalikan Danish yang sudah jauh ke planet pluto itu.

"Hish dia ni dah jadi pekak badak ke?" dengus kawannya Danish. Tangan yang bergerak di atas paha di tepis. " Tepi lah perempuan." jerit si lelaki kepada perempuan yang terus terusan menggodanya.

Lelaki yang menolak si perempuan penggoda tadi berpindah tempat lalu duduk di sebelah Danish. Perempuan yang dijerkah tadi mendengus kasar lalu mengangkat punggung dari situ apabila tahu kewujudannya sudah tidak diperlukan.

"Nish. Weh Danish." Panggil kawannya sekali lagi dengan tepukan di bahu.

"Ha? Ye apa?" Akhirnya Danish sudah dapat kembali  ke dunia yang nyata.

"Haishh ko ni buat penat aku melaung dari tadi. Perempuan pun aku jerkah tahu. Melepas 'makanan' aku malam ni." rungut kawan Danish sambil menyandar ke sofa memikir rezekinya yang terlepas.

Danish  mengerling ke sebelah.
" Bukan salah aku 'makanan' kau terlepas. Kau yang bodoh jerkah dia dah kenapa." balas Danish.

"Arghh diam lah. Kau ni dah kenapa asyik diam je. Selalunya tak lekang perempuan kiri kanan."

Danish diam membisu mendengar kata-kata kawannya. Air syaitan yang ada di meja di capai lalu diteguk dengan rakus.

"Aku stress lah Bad." ujar Danish selepas meneguk air syaitan itu.

'Stress? Aikk apa nak distressnya? Aku rasa sepatutnya dia gembira sebab dia dah ganti papa dia.' monolog hati si Badrul.

"Ha yang kau nak stressnya kenapa? Bukan ke kau dah dapat jawatan yang kau nak kan? Aku rasa kau sepatutnya gembira bukan stress."

"Arghh kau tak faham Bad." balas Danish.

"Dah kalau aku tak faham, kau fahamkanlah aku. Ha cuba cerita dekat aku. Apa guna kawan kalau kau tak boleh kongsi masalah."

Danish memandang Badrul dengan ragu-ragu. 'Patut ke aku cerita? Tapi nanti digelakkan aku. Mampus.'

"Dah kenapa pandang aku macam tu? Kau jangan cakap masalah kau sekarang yang kau dah tukar taste dekat lelaki? Oii gila ke apa setan? Erghh geli lah setan." teriak Badrul dengan tubuh yang menggeliat tanda jijik.

Devil LoveWhere stories live. Discover now