PART EIGHTEEN

5.5K 228 19
                                    


"Mama...Oooo Mamaku sayang." laung Ayen yang baru pulang dari sekolah. "Ish mana mama ni. Anak kesayangan balik tak disambutnya." Bebel Ayen di muka pintu sambil membuang kasut sekolahnya. 

"Anak dara siapalah ni kuat membebel." tegur seseorang dari halaman kebun. "Eh Papa!! Kus semangat orang tau. Ada ke bercakap kat dari jauh." ucap Ayen dengan geram sambil berjalan menuju ke tepi rumahnya. "Papa je? Mana mama?" tanya Ayen setelah bersalaman dengan papanya. Datuk Idris yang melihat kepala Ayen terteleng sini sana mencari papanya hanya menggeleng kepala. 

"Ada tu kat dapur tengah masak." ujar Datuk Idris sambil mengelap peluh di dahinya dan melabuhkan punggung di atas kerusi batu, berteduh dari matahari yang sudah mencanak naik di atas kepala. "Ooo...yang papa ni rajin sangat berkebun sampai ke tengah hari ni kenapa?" tanya Ayen sambil melabuhkan punggung juga di kerusi sebelah Datuk Idris. 

"Saja.. dari pagi lagi papa berkebun tapi tak sangka sampai ke tengah hari pula. Tu papa tolong potong pokok yang merayap kena pokok bunga mama kamu tu. Lepastu sambung sikit potong rumput halaman ni. " Cerita Datuk Idris terhadap anak daranya. "Oh.. tapi ni bukan potong sedikit dah, dah potong banyak dah ni. Licin betul. Pandai papa berkebun ye." puji Ayen sambil tersengeh-sengeh memandang papanya. 

"Lahh risauu.. selama ni papa tak pandai berkebun lah?" 

"Hehehehe. Tak lah sebelum ni dah professional dah tapi  harini makin professional gitu." ujar Ayen bersungguh-sungguh. "Macam-macam lah kamu. Yang kamu balik awal harini kenapa? Selalu keluar dengan Si Joe tu." tanya Datuk Idris.

"Laa harini kan khamis, awallah sikit balik. Lagipula...orang tak selalu keluar dengan Joe okay." ujar Ayen sambil menjengilkan kedua belah matanya, geram dengan perlian papanya. "Hmm ye lah tu." balas Datuk Idris bersahaja. 

"Lah! Kamu dah balik?" ujar Datin Amira yang terkejut melihat Ayen yang sudah pulang dari sekolah. "Ye lah. Orang tadi panggil mama, mama tak menyahut pun." Keluh Ayen sedih. Hikss sedih tipu-tipu jer.

"Mengada-ngada jer ye kamu seorang. Dah pergi naik atas mandi. Lepastu turun kita makan sekali." arah Datin Amira. "Ha abang pun." sambung Datin Amira lalu meninggalkan dua beranak tu dan menuju ke dapur untuk menghidangkan makanan tengah hari. "Aii aii kapten." sambut Ayen dan papanya. Datin Amira hanya tersenyum mendengar sahutan anak dan isterinya. 

Meja makan 

"Ya Allah sedap betul mama masak harini." puji Ayen ikhlas sambil mengelus perutnya yang kekenyangan setelah dua pinggan dia makan. Masak lemak cili padi mamanya memang terbaik. "Dah tu sebelum ni mama masak tak sedap ke?" tanya Datin Amira. "Ehhh sebelum ni pun sedap jer tapi harini over sedap hehehe." balas Ayen tersengeh.

"Over sedaplah sebab favourite dia. Kalau masakan pedas-pedas suka sangat." celah Datuk Idris. Faham sangat dengan obsessnya seketul Ayen dengan masakana pedas. Memang makin bertambah-tambah makannya. "Heheheh.." Ayen hanya mampu suka kerana apa yang dikatakan papanya sangatlah benar. Datin Amira menggeleng kepala sambil tersenyum dengan keletah anak perempuannya. "Kamu kena ingat juga Isha, makan pedas selalu tak baik juga untuk kesihatan tu." tegur Datin Amira selalu tapi Ayen hanya mendengar lalu melupakannya. "Ye mama ku sayang. Akan ku simpan pesanan mu sampai ke kubur." ujar Ayen berirama sambil membuat gaya menyimpan pesanan mamanya di dalam hati. 

"Oh ye. Tadi Ayen dah dapat dah keputusan masuk asrama tu. Ayen dapat. Yeayy!!" jerit Ayen gembira. "Alhamdulillah. Bila masukknya?" tanya Datuk Idris. "Hmm sabtu ni." ujar Ayen serba salah. Datin Amira yang terdiam di kerusinya, memikirkan nasib anak perempuannya yang akan masuk asrama. 

"Hmmm. Kalau macam tu kena cari baranglah kan. Esok kita keluar mencari." ujar Datuk Idris lagi. "Mama... mama okaykan ?" tanya Ayen serba salah. "Ha? Mama okay jer cuma mama terpikir makan minum kamu tu. Kamu mana pernah berjauhan dengan mama papa." ujar Datin Amira jujur. "Alaaa mama. Dekat sana 6 kali sehari tau makannya. Mama jangan risau okay. Mama doakan je Ayen dapat belajar dengan baik lepastu dapat sambung belajar luar negara. Wahh seronoknyaaa."

"Yelah. Mama selalu doakan Isha dunia akhirat tau." ujar Datin Amira.

Di Jepun

"Bos, oo bos." panggil staf Danish. 'Haish mengelamun pula bos aku ni. Orang nak turun dari flight. "Bos!" panggil staffnya sambil menepuk bahu Danish. "Yes?" tanya Danish keliru. "Dah sampai. Kena turun. " ujar staffnya. "Okay." balas Danish sambil mengangkat punggung dari kerusinya. 

"Bos tunggu sini biar saya yang pergi ambil beg kita." ujar staffnya lalu berlalu pergi meninggalkan Danish keseorangan. Danish terus mengeluarkan telephonenya lalu mendail orang rumahnya. 'Orang rumah?' Danish tersenyum geli mendengar bicara hatinya sendiri. 

Tutt Tutt

"Hello?" sahut seseorang. "Hello? Siapa ni?" tanya orang tersebut. Danish yang mendengar suara yang selalu dia rindu terus tersenyum. Tak sangka pula orang lain yang diangkatnya. "Mama mana?" sahut Danish. Mendengar suara Danish, orang yang menjawab panggilan itu terus terdiam. "Hey little girl. Mana mama?" tanya Danish lagi. 

"Hmm mama solat." sahut Ayen. Haish tak sangka pula mamat ni yang call. "Dah makan?" tanya Danish lembut. Haishh lembut sesangat ni. Seram pula aku. "Dah. Mama buat masak lemak cili pada harini." ujar Ayen dengan beritahu apa yang mama masak harini. "Suka lah tu makanan pedas." perli Danish. 

"Mestilah." balas Ayen geram. Suka hati dia lah nak suka makanan pedas. "Isha siapa call?" terdengar suara Datin Amira di sebelah. "Abang mama. Ayen angkatlah sebab nombor tak dikenai. Hehehe." ujar Ayen. 

'Abang.. Indahnya perkataan tu kalau maksudnya yang lain. Haish.' keluh Danish di dalam hati. 

"Hello Danish?" sahut Datin Amira, Ayen yang rasa dia tiada sebab untuk mendengar perbualan mama papanya terus menuju ke ruang tamu nak sambung layan movienya. 

"Danish dah sampai Jepun dah." ujar Danish. Nak bercakap lama lagi dengan gadisnya. "Alhamdulillah. 2 minggu kamu dekat sana kan?" tanya Datin Amira. "Ha'ah. Tapi Danish cuba siapkan awal kerja dekat sini. Papa mana?" tanya Danish. "Papa pergi keluar jumpa kawan dia. Nak lepak katanya."

"Seronok ye papa. Kesian dekat anak  jantan dia ni." ujar Danish bergurau. "Hahahah. Yelah kamu seorang je anak lelaki dia, kasi chance lah dia nak berjoli macam orang muda." ujar Datin Amira sambil ketawa, geli hati dengan perangai suaminya yang sekarang. Sudah macam anak muda dah. 

"Okaylah mama. Danish nak gerak ke hotel. Nak rehat dulu sebelum berperang esok." ujar Danish. "Yelah. Kamu kat sana hati-hati, jangan lupa solat. Jauhi dadah, jauhi arak." kata Datin Amira sambil berpesan. "Jangan bawa balik cucu Jepun sudahlah." sambung Datin Amira lagi. 

"Hahahha. Ye lah mama. Danish gerak dulu. Assalamualaikum. Kirim salam 'orang rumah'." ujar Danish sambil membawa maksud yang lain. Tapi dipastikan mamanya tidak faham. 

"Yelah. Waalaikumussalam." sahut Datin Amira. 

"Bos jom gerak. Kereta kita dah ada dekat depan." tegur staff Danish dari belakang. 

Mereka berdua lalu bergerak pergi meninggalkan lapangan terbang untuk menuju ke hotel tempat mereka akan menginap selama dua minggu ini. 

"Isha, abang kamu kirim salam." laung Datin Amira yang berada di meja makan. 

"Waalaikumussalam." sahut Ayen perlahan. Pelik pula mamat tu.


Happy reading semua. 

Thankyou yang wish birthday Kk. Sorry juga sebab sekarang dah masuk hectic week, kadang Kk terlupa hehe. Sorry semua. Yang pasti every month mesti Kk akan cuba update.  




Devil LoveWhere stories live. Discover now