PART TWENTY-THREE

2.3K 88 18
                                    

"Sayang dah mandi dah ke?" tanya susuk subuh yang baru masuk ke dalam bilik tidur mereka. Ayen yang mengelap rambutnya terus berpaling ke belakang, melihat suaminya. 'Kacak sungguh suami aku.'

"Haah. Lagipun sayang nak keluar terus lepas breakfast nanti. Mama ajak keluar. Abang bagi kan?" tanya Ayen terhadap suaminya. "Bawak baby ke?" tanya suaminya balik. "Mestilah sayang bawa. Takkan nak tinggal dekat abang pula. Mama pun mesti rindu cucu dia." balas Ayen balik. Bathrobe dilepaskan lalu jubah hitam terus disarung. Senang tak perlu nak fikir matching dah.

Suaminya yang memandang tindak berani isterinya hanya menelan air liur melihat susuk tubuh isterinya. Mata tak mampu nak dilepaskan dari melihat jemari-jemari mulus isterinya yang bekerja menyapu losyen di tangannya. "Abang okay jer nak jaga baby tu. Sayang boleh ke handle baby tu. Lepastu nak jalan-jalan dengan mama lagi."

"Boleh jer. Dah biasa dah."

"Abang ikut sayang lah." ujar suaminya tiba-tiba sambil menghempas badannya atas katil. Tubuh Ayen terus berpusing ke belakang apabila mendengar kata-kata suaminya, dia terus mendekati suaminya yang berbaring itu. "Kenapa pula? Kan abang ada kerja, sayang boleh lah." balas Ayen sambil mencekak pinggangnya. Kepala suaminya ditoleh ke arah isterinya, matanya terus menatap rambut, mata, hidung, mulut isterinya....

Tangan isterinya ditarik lalu isterinya terus terjatuh atas badannya. "Eh abang ni kenapa, main tarik-tarik tangan orang ni." ujar Ayen geram sambil ingin melepaskan diri daripada terbaring atas badan suaminya. Jubah hitamnya sudah terselak sehingga ke paha putihnya. Tiba-tiba dia merasakan jari-jari suaminya menyentuh pahanya. "Abang?...Jangan main-main..Saya dah mandi tau." kata Ayen dengan muka pucatnya. Tidak ingin apa yang berada difikirannya menjadi realiti.

"Kenapa..." tanya suaminya dengan suara yang halus. "Ish tak nak lah..Saya nak keluar nanti." kata Ayen dengan tegas. Jubah yang dipakainya habis berkedut. "Dah jangan nak menggatal, saya nak.." Sebelum ayatnya dihabiskan, badannya sudah dipusing oleh suaminya. Sekarang suaminya yang berada di atas badannya.

"Tak baik tau isteri menolak suami." kata suaminya dengan senyuman miring. Dia tahu isterinya tidak mampu untuk menolaknya selepas mendengar kata-kata ajaib itu. Ayen mengetap bibir, geram dengan suaminya serta tahu tugasnya sebagai seorang isteri. Rambut Ayen dibelai lembut. Kepala suaminya perlahan-lahan mendekatinya...tanpa disedari matanya tertutup perlahan-lahan.

Knock! Knock! Knock!

"Isha...ooo Isha." Ketukan di pintu menyedarkan Ayen yang dibuai mimpi. "Astagfirullah.." mengucap Ayen apabila dia mengingati mimpi yang menjadi mainan syaitan itu. "Isha!!" teriak Mak Temah yang berada di luar biliknya.  "Ye ye. Dah bangun dah." Teriak Ayen dari dalam bilik. "Nak solat dah ni." Sambung Ayen sambil meninggalkan katilnya.

Terus Ayen masuk ke dalam bilik lalu mencuci mukanya. "Ya Allah, petanda apa yang kau nak tunjukkan?" ujar Ayen dengan suara kecilnya. Tanpa aba-aba Ayen terus mandi dan menunaikan kewajipannya sebagai seorang hamba.

"Morning Mak Temah." ucap Ayen kepada susuk tubuh yang sibuk menggoreng sesuatu di dalam kuali. Kletang Kletung Kletang Kletung. Bunyi sudip dan kuali yang kuat itu terhenti seketika. Tubuh yang sedikit gempal itu terus berpaling ke belakang, "Ha dah turun dah. Pagi ni Mak Temah masak nasi goreng sardin."

Ayen terus berjalan ke arah Mak Temah dan melihat nasi goreng yang digoreng Mak Temah. Baunya sangat menggoda hidung Ayen. "Aduhh sedapnya bau. Ni yang buat Ayen tak nak diet ni." Mak Temah yang mendengar hanya menggeleng kepala. Ada-ada jer budak ni..

Nasi goreng yang sudah siap dicedok lalu dipindahkan ke dalam bekas kaca yang berbunga. Kuali disapu licin sehinggakan sebutir nasi tidak mampu melekat. "Ha Ayen tolong potong timun boleh?" Ayen mengangguk lalu terus dicapai pisau dan papan. Sebatang timun dipotong lalu di letakkan dalam pinggan kaca. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 03 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Devil LoveWhere stories live. Discover now