Part One

54.8K 802 29
                                    

KRINGG!!!

Bunyi loceng yang di tunggu-tunggu oleh semua pelajar sekolah akhirnya berbunyi.Semua pelajar yang berada di dalam kelas 5 Aktif berpusu-pusu keluar selepas memberi salam kepada guru.

"Ayen." panggil pelajar lelaki yang berada di belakangnya.Ayen pun berpaling ke belakang dan memberi senyuman yang paling manis kepada sahabatnya,Joe.

"Sorry lambat.Mesti kau tunggu lamakan?" ucap Ayen rasa bersalah.Ni semua sebab dia tertidur nasib baik Emy,kawan semejanya membangunkannya.

"Hahaha.Gila lah kalau tak lama.Dalam 15 minit jugalah."balas Joe dengan muka tidak bersalah malah menunjukkan giginya yang tersusun rapi tu.

"Sial punya kawan.Aku ingat ada la dalam setengah jam ke." dengus Ayen.Buku-buku yang ada di atas mejanya di capai lalu di masukkan dalam beg sandangnya.

"Hahaha.Chill lah takkan kau tak kenal si pengarang jantung kau ni.Konfem-konfem aku pun tertidur juga tadi.Hahahaha." Memang dah kenal pun.Kami berdua memang sama,kalau masa last konfem mata tu rasa nak tidur aje.

"Ha dah lah.Jom blah.Duduk lama-lama kat dalam kelas aku ni kan terserempak dengan cik han pula kan." usik aku.Muka Joe mula pucat.Dia ni memang takut hantu betullah.Hahaha.Biar hantu dalam televisyen pun.

"Kau ni buat lawak pula.Jom lah." tangan Ayen di seret ikut langkah si Joe.Mana lagi kalau bukan kat tempat parking motor.

Motor besar yang ada kat depan mata aku ni selalu je dapat memukau pandangan aku.Biarpun dah berhari-hari aku dijamu dengan motor ni tetap tak puas lagi.Macam mana tak bosan,motor ni motor favourite aku ni.

"Naik-naiklah.Nantikan ramai pula kedai Mee Janda tu." Ayen terus membonceng dengan Joe.Mee Janda ni kedai tersohor lah dalam kalangan anak-anak muda.Masakan tak tersohor,makanan kat situ pergghhh meletop dengan tuan sekali meletop.

Dari jauh lagi aku dah nampak ramai anak-anak muda duduk makan kat situ.Ciss.Kalau yang body up sikit,banyak je musang-musang keliling tapi kalau body yang boroi nak ada pun boleh-boleh je.

Turun je dari motor Joe,aku terus berjalan masuk ke kedai janda meletop tuh.'Aduh ramai pula manusia ni.'rungut Ayen.Mata bulatnya meliar ke pelosok kedai janda tu.

"Hah!Yang kau duk tercegat kat sini lagi kenapa?" sergah Joe dari belakang.Ciss.Terkejut aku.

Aku memberi jelingan 360 darjah tanda aku tak suka dia main serbu-serbu macam tu.Joe hanya tersengih-sengih macam kerang busuk.Hah!Amek kau aku bagi sekali dengan kerang dengan busuk lagi.Hahahaha.

"Eh,Ayen.Kenapa tak duduk?" tanya wanita yang memakai apron.Dia ni lah si janda meletop yang aku duk panggil tu.Kak Imah.

"Kak Imah tempat kitorang tak ada ni.Takkan nak makan bersila pula." Si Joe ni kalau jumpa Kak Imah memang jadi manja semacam.Naik seram pun ada.

"Lah!Macam tak biasa pula.Pergi kat tempat VIP lah."ujar Kak Imah.Aku terus mengukir senyuman suka sangat-sangat suka.Sebenarnya kat kedai ni ada dua tingkat.Memang dari luar nampak biasa tapi bila masuk je rasa perghh.

"Thank Kak Imah.Sayang Kak Imah.Muah Muah."terus pipi pau Kak Imah aku cium.Orang yang ada kat dalam kedai tu terus tengok kami berdua,cemburulah tu sebab aku dapat cium pipi Kak Imah yang pau ni.Hahahaha.

"Ish kamu ni.Malu Kak Imah dibuatnya.Dah-dah pergilah naik,macam tak biasa pula.Nanti datang kalau tengok ramai sangat kat bawah pergi je naik atas.Pekerja kat kedai Kak Imah dah tahu dah kalau nampak muka kamu berdua ni." kata Kak Imah malu-malu lagi selepas kena cium dengan aku.

"Ha kami naik dulu ya Kak Imah.Makan tu macam biasa je tapi Ayen naik air green tea ice tau."Aku pun terus naik meninggalkan Joe yang membuat pesanan.Meja kosong yang ada kat tengah-tengah tempat tu terus aku hempas punggung.

Devil LoveWhere stories live. Discover now