Tengku Ariel Mikael 2

9.5K 692 107
                                    

"K-kau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"K-kau.." "Kalau kau nak hidup. Baik kau bla. Bagitau kat boss kau tu. Meh One by One ah. Apa nak main culik culik ni." Tengku Ariel Mikael tersenyum sinis. Lelaki itu segera beredar daripada situ. Sejerus lelaki itu hilang dari pandangan, Ariel menghampiri Anna dengan Delisha.

"Sayang. Sini." Ariel menghulurkan tangan kepada Delisha. "Hiks.. hiks.." Delisha menggeleng lembut. Tangannya masih memeluk kaki Anna.

Anna mencangkung semula. "Hey.. Shush.. Tak per tak per.." Anna memeluk Delisha yang menangis teresak-esak. Ariel memandang mereka.

"Boleh aku ambil anak aku?" Tanya Ariel kepada Anna. Delisha berada dalam dukungannya. Anna melihat Ariel. Handsome.. Tinggi..

"Aku tahu aku handsome. Tak payah nak pandang aku macam tu." Ariel mengambil Delisha yang berada dalam dukungan Anna. "E-eh.." Ariel menghulurkan notRM100 lima keping kepada Anna. "Ah?" Terkebil-kebil Anna dibuatnya. Tak pernah dia tengok duit sebanyak itu. "Upah sebagai kau tolong selamatkan anak aku." "E-eh. Saya tolong ikhlas encik. Lagipun salah saya jugak sebab terlanggar dia. Saya minta maaf." Anna membongkok 90 darjah. Dia pun tak tahu kenapa dia minta maaf.

Baru dia teringat pasal kerjanya. "Ah! Sha. Kakak nak kena pergi dulu. Ada rezeki kita jumpa lagi. Bye bye." Anna segera berlari tanpa menunggu jawapan Delisha.

Sepanjang langkah dia ambil. Dia memaki dirinya sendiri."Adumak. Kau ni Anna. Apa kau nak jawab dengan boss. Dah lah baru kerja. Bodoh. Bodoh." Anna mengetuk kepalanya sendiri.

•••

"Macam mana, Ar?" Tanya Ahmad apabila melihat Ariel duduk di meja makan tu semula bersama Delisha. "Sha sayang meh kat uncle." Naufal mengambil Delisha daripada Ariel. "Sian sha kita. Jantan tak guna tu ada buat apa apa kat Sha?" Tanya Naufal. Delisha menggeleng. "Mama Anna tolong, Sha." Semua di meja makan tu terkejut. "Mama?" Tanya mereka serentak termasuk Ariel.

Delisha jenis tak cakap sangat. Dia tak pernah panggil sesiapa Mama. Inikan pula dengan Anna yang baru dia jumpa. Terus Mama panggil.

"Pstt.. bro sapa 'Mama Anna'?" Iskandar berbisik dekat Ariel. "Mungkin orang yang selamatkan Sha kot." Jawab Ariel selamba. "Selamatkan Sha?" Ariel menangguk. "Mama Anna cantik." Kata Delisha. "Cantik? Eh? Tapi uncle rasa Sha lagi cantik~" Naufal mencium pipi gebu Delisha. "Betul. Mama Anna cantik. Macam bidadari!!" Ujar Delisha semangat.

"Ye sayang. Mama Anna cantik. Sekarang makan. Kalau tak nanti kena culik macam tadi. Nak kena culik ke?" Tanya Ahmad sambil membuat muka garang. Delisha segera menggeleng lalu makan.

"Aku nak kau cari information pasal budak tu." "Sapa? Mama Anna?" Tanya Naufal. Ariel tersenyum sinis lalu mengangguk.

"Why you so interesting girl..."

•••

Pagi menjelang. "Ugh.." Anna bangun untuk menunaikan solat subuh. "Aisyah.. Syahirah bagun.. Subuh.." Anna menggongcang lembut kedua-kedua adiknya.

Uwerkkk Uwerrkk Uwerrkkk

"Adumak. Time ni dia nak nangis." Anna bangun dan pergi ke bilik ibunya. Dia mengambil Syuhada, lalu mendodoikannya. "Shuhh takper takper.." Anna berzikir dan berselawat untuk menenangkan Syuhada. Apabila tangisan Syuhada sudah tak kedengaran, Anna menggerak uminya untuk bangun subuh. "Umi... bangun. Subuh. Umi.. Ya Allah. Panasnya badan umi. Umi. Umi demam ni." Anna mulai cemas.

"Kenapa Anna?" Anna menoleh ke arah Hafiz yang berada di depan pintu. "Umi demam panas.." Hafiz mengeluh. "Tak per lah, sat gi aku bawa umi gi klinik." "Dari mana kau dapat duit?" Tanya Anna. Hafiz mendiamkan diri.

"Tak yah lah. Aku pergi belikan ubat jer satgi lepas solat subuh. Pakai duit kerja aku yang dapat semalam." Jawab Anna lalu pergi mengambil wuduk.

Hafiz memandang sayu kepada Umi dan Syuhada yang lena dibuai mimpi. "Ya Allah. Kau berikanlah kekuatan kepada kami untuk menghadapi ujian ini."

•••

"Woi. Anna!!" Anna menoleh ke belakang. "Shit..." Dia segera berlari dari situ. Lelaki-lelaki itu segera mengejar Anna.

"Bodoh ah. Asal kau lalu lorong gelap ni, Anna!!" Kata Anna di dalam hatinya. Dia kenal lelaki-lelaki tu. Pengutip hutang. Atau lebih dikenali sebagi 'Ahlong'. "Ahhh!!!"

KEDEBUGGGG

Nasib tidak menyebelahi Anna. Dia jatuh tersungkur di atas jalan seperti nangka busuk. "Ah.." "Kau nak lari mana, Anna. Ambik dia." Ahlong mengarahkan budak budak dia untuk mengambil Anna.

"Lepaslah!!!" Anna meronta-ronta minta dilepaskan. "Apa? Lepas? Eh. Kau dengar sini budak. Bapak kau tu curi duit kitaorang 3 ribu semalam!!!" "Tu masalah bapak aku lah setan!!! Bukan masalah aku!! Lepaslah!!!" Ahlong tersenyum sinis. "Kau ni cantik... Apa kata kau berkerja ngan aku. Kau dapat duit. Hutang bapak kau pun selesai. Apa macam? Kau pun boleh puaskan nafsu kau." Ahlong memagang dagu Anna.

"PUIHHH.." Anna meludah ke muka Ahlong. "Sampai mati pun aku tak nak berkerja dengan kaulah!!!"

PLAKKK

Ahlong menampar Anna dengan kuat. "Kau sedar diri sikit eh! Aku dah cukup baik bagi keluarga kau hidup!!! Kalau diikutkan hati aku, aku bunuh jer!!!" Darah mula mengalir di hujung bibir Anna. "Tolonglah... jangan apa-apakan keluarga aku... aku merayu... aku buat apa-apa yang kau suruh.. tolong jangan bunuh diaorang..."

Anna melutut di depan Ahlong. Dia dah tak kisahkan maruah dia dah. Asalkan keluarga dia selamat.

"Bangun. Jangan jatuhkan maruah kau, Anna Imani."

Anna memandang ke arah 4 lelaki yang berpakaian semua hitam. T-shirt hitam. Seluar hitam. Mask hitam. Topi hitam. Handsome... Hot...

"Yo. Yo. U orang sapa hah? Boys." Ahlong mengarahkan budak budak nya untuk belasah 4 lelaki itu. Dan dari situ mula pergaduhan.

Kesemua budak-budak Ahlong tu sudah jatuh ke tanah. "K-korang sapa!!" Ahlong mula mengeluarkan pistolnya. "The Black Blood." Ujara salah sorang dari 4 lelaki itu. "B-Black.." Ahlong sudah kecut perut. "Baik kau bla dengan budak budak hingusan kau ni. Kalau kau nak hiduplah," ujar Naufal.

Tanpa membuang masa Ariel menghampiri Anna. Dia melihat keadaan Anna yang macam baru kena belasah pun ada. Darah mengalir di hujung bibir. Bibirnya pecah. Pipinya merah. Mata merah kerana menangis. Kaki terseliuh.

"E-encik siapa.." Anna mengundur ke belakang walaupun dia masih dalam keadaan duduk. Ariel membuka masknya. "Ni aku. Jangan risau aku bukan orang jahat." "Ah..." tangan Anna terkena serpihan botol kaca yang pecah.

Ariel segera menangkat Anna ala gaya bridal style. Anna terjerit kecil. Dia memandang Ariel dengan pandangan tidak percaya. "E-encik-" "Diam kalau tak aku cium kau kat sini." Mata bertemu mata.

"EHEM!! Kitaorang masih ada di sini."

Tengku Ariel MikaelWhere stories live. Discover now