Tengku Ariel Mikael 25

7.5K 482 13
                                    

"Naufal kau kena tolong aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Naufal kau kena tolong aku.."

Naufal memandang ke arah Ariel yang memasuki bilik kerjanya. "Tolong apa kau ni? Buang tebiat?" Naufal memandang Ariel atas bawah. "Aku... aku nak pergi jumpa ustaz... aku rindu Anna.. rindu sangat.." Ariel membuat suara kasihan.

"Kau yang ceraikan dia. Pastu kau yang rindu dia balik?! Bodoh!"

"Aku.. aku tak boleh.. aku rindu Anna... aku tak suka bila Adam rapat dengan Anna... Adam tu jahat.."

Ariel sudah seperti orang gila. Selepas Ariel ceraikan Anna, Adam datang untuk menjaga Anna. Adam tahu Balqis masih ada niat jahat dan Anna dalam bahaya.

"Sejahat-jahat Adam tu. Dia tak pernah naik tangan dekat perempuanlah!!! Memang dia buat benda terkutuk tu dengan Qis. Tapi dia tahu nak jaga perempuan yang baik bukan macam kau!! Pergi belasah anak orang. Kau pun hampir nak bunuh anak kau sendiri lah!!!"

Bergema suara Naufal dalam bilik. "Sebab tu aku minta tolong kau!!! Aku nak jumpa ustaz!! Aku rasa macam tak kena dengan diri aku!!"

•••

"Eh Adam. Awak buat apa?" Tanya Anna. "Saya nak teman awak pergi check-up lah," jawab Adam. "Uhm.. tapi saya pergi dengan Apiz." "Saya dah minta izin dia. Lagipun dia ada mission dengan yang lain. Kalau tak percaya ni bukti." Adam menghulurkan handphonenya kepada Anna. Anna segera membaca chat Adam dan Hafiz. Memang betul. Adam sudah meminta izin.

"Uhm.. kalau macam tu jomlah. Lagipun dah lambat dah ni." Anna menghulurkan semula handphone itu kepada tuannya.

•••

"Ta da da!" Anna menunjukkan gambar baby yang doktor Syifa scan kepada Adam.

"Laki ke perempuan?" Tanya Adam.

"Ni baru sebulan lebih lah pandai. Mana tahu jantina apa lagi. Tak belajar ke?" Sempat lagi Anna memerli Adam. 

"Eh-eh-eh. Memanglah saya tak belajar. Saya tak ambil bidang perubatan ok? Ar yang belajar bidang perubatan." Adam sudah bercekak pinggang.

"Ar ambil bidang perubatan?" Dahi Anna berkerut Ariel bekerja sebagai CEO. Kenapa belajar bidang perubatan?

"Ar nak jadi doktor dulu, tapi sebab daddy dia tak kasi. That's why dia jadi CEO. because of his daddy."

Anna hanya mengangguk faham. Dari pertama kali dia jumpa daddy Ariel, dia boleh lihat yang daddy Ariel tak berapa rapat dengan Ariel.

"Jom balik!" Ujar Anna dengan gembira. "Tak nak beli barang?" Tanya Adam. Anna berfikir seketika kemudian mengangguk. "Jom."

•••

"Anna.."

Sudah seminggu Ariel berubat di Kelantan. Dia sangat menyesal akan perubatannya dengan Anna. Tapi apakan daya, dia disihir.

Naufal menemani abangnya yang berubat. Dia berasa kasihan kerana setiap malam Ariel akan menyebut nama Anna dalam mimpinya. Dia percaya Ariel memang mencintai Anna dengan tulus dan ikhlas.

"Tunggu aku Anna... aku akan tebus kesalahan aku dekat kau... ngan anak kita."

•••

"Arghh!!!! Lepaslah!!!!"

Anna diheret oleh lelaki yang berpakaian lengkap hitam. Hafiz sudah tumbang dikerjakan oleh mereka. Syahirah dan Syafiq di arahkan bersembunyi di tempat rahsia.

"Apiz!!!! Bangunlah bodoh!!! Kau cakap nak jaga aku!! Bongok!!! Kau jangan sentuh abang aku!!!"

Anna meronta ronta untuk dilepaskan. "Bawa dia masuk kereta," arah seseorang.

•••

"Hafiz!!!" Ahmad dan Iskandar segera menghampiri Hafiz yang sudah terlantar di atas lantai.

Mereka mendapat panggilan daripada Syafiq bahawa rumah mereka diserang. Adam dengan cepat pergi ke tempat rahsia yang menyorok Syafiq dan Syahirah.

"Aku bawa Hafiz pergi hospital dengan Irah dan Syafiq. Korang dua inform Naufal ngan Ariel cakap Anna kena culik. And then korang tahukan apa yang korang kena buat."

Ahmad dan Iskandar mengangguk. "Baik!"

•••

"Apa?! Anna kena culik?!!"

Ariel dan Ustaz Affan memandang ke arah Naufal. "Ah.. ok ok." Naufal menutup panggilan telefon.

"Kenapa dengan Anna, Naufal?!" Tanya Ariel dengan cemas. "Anna kena culik.."

Tengku Ariel MikaelWhere stories live. Discover now