Tengku Ariel Mikael 8

7.8K 597 61
                                    

"Ya!!! Sha dapat mama baru!!!" Delisha bersorak lalu memeluk Anna

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ya!!! Sha dapat mama baru!!!" Delisha bersorak lalu memeluk Anna.

3 lelaki itu masih bengong. "Macam tu jer diaorang nak kahwin..." ujar mereka serentak. Ariel sudah masuk ke dalam biliknya.

Anna tersenyum lalu membalas pelukan Delisha. "Ya sayang. Mama nak kahwin dengan papa." Anna cuba mengukir senyuman yang pahit.

"Anna aku rasa kau kena tahu." Naufal bersuara setelah lama memproses otaknya. "Tahu apa?"

"Sha pergi masuk bilik siap siap," arah Iskandar. "Baik uncle Is!" Delisha segera berlari masuk ke biliknya.

"Actually kitaorang-"
"Kitaorang mafia." Ariel memotong percakapan Naufal. "Boleh tinggalkan kitaorang dua tak?" Sambung Ariel sambil memandang 3 lelaki di ruang tamu. Mereka 3 mengangguk lalu beredar dari situ.

Sebenarnya diaorang tak beredar pergi mana pun. Diaorang sorok dekat tangga untuk mencuri dengar perbualan Ariel dnngan Anna.

"Mafia?" Anna memandang Ariel dengan terkejut. "Haah. The Black Blood Mafia."
"Apa tu?" tanya Anna blur. "Nama kumpulan kitaorang. Firstly, aku kahwin dengan kau sebab aku nak selamatkan kau. Kau tahukan bila jadi mafia banyak musuh. Semua orang yang terlibat dengan kitaorang akan menjadi target musuh. Second, Aku nak 'Kita' jaga Delisha sama-sama. Third, aku ambil kau sebagai terima kasih sebab aku dah bayar hutang bapak kau. Forth, Kau akan kaya dengan aku. Keluarga kau tak yah susah-susah dah. Aku dah belikan rumah baru untuk korang. Yang Kelima,....."

"Yang kelima?" Mata Anna berbinar untuk tahu jawapan. Ariel mendekatkan dirinya dengan Anna. "Rahsia," bisiknya kepada Anna. "Lah.. jap.. awak cakap awak dah bayar hutang ayah saya?! Awak gila ke apa?! Hutang tu dah lah banyak!!" Anna memandang Ariel terkejut.

"Murah jer. 40 ribu jer kot," kata Ariel. Badannya disandarkan di sofa. Anna ternganga sikit dibuatnya. MURAH?! 40 RIBU TU MAHAL LAH!!!

"Sha dah siap! Jom- eh. Uncle wat apa?" Anna dan Ariel menoleh ke arah tangga. Ariel berjalan ke situ lalu diikuti Anna.

"Shuhh!!" Iskandar membuat tanda jangan buat bunyi. Gelabah 3 jejaka itu apabila Delisha muncul entah dari mana.

"What are you guys doing?"

•••

Setibanya di rumah flat Anna. Dia sikit gementar. "Macam mana nak bagitau Hafiz ni? " katanya dengan diri sendiri. Ariel menyedari Anna yang gelisah. Dia memegang tangan Anna lalu mengusapnya lembut. "Dont worry everything gonna be fine, honey."

Anna menarik nafas dalam lalu menghembus. "Jom." Anna memegang erat tangan Ariel. Delisha pula berada di dalam dukungan Ariel.

"Kak Ngah balik."

Semua mata tertumpu kepada Anna, Ariel dan Delisha. "Sapa tu Anna?" tanya umi. "Uhm..." Anna mengigit bibir bawahnya. "Saya datang sini bersebab. Kalau boleh saya nak semua orang adalah." kata Ariel.

"Kau wat apa dalam rumah aku?" Mata Hafiz memandang Ariel dengan tajam. "Duduk dululah. Sorrylah. Rumah Makcik takde sofa. Kena duduk atas lantai." ujar umi.

"Eh tak per." Ariel segara duduk di lantai bersama Delisha dengan Anna. "Hi!" Syahirah melambaikan hi dekat Delisha. "Hai.." Delisha membalas dengan malu.

"Irah. Syafiq masuk bilik bawa Syuhada sekali," arah Hafiz dengan tegas. "Baik." Syafiq dan Syahirah masuk ke dalam bilik bersama Syuhada. "Sayang ikut diaorang dulu boleh?" Anna dengan lembut bertanya. Delisha mengangguk lalu mengikuti Syahirah dan Syafiq masuk ke dalam bilik.

"So? Wanna explain, Anna Imani?" tanya Hafiz. Tangannya sudah disilangkan di depan dada.

"Uhm.." Anna menundukkan kepalanya. "Saya datang sini dengan niat yang baik. Saya nak masuk meminang adik awak. Pastu lusa saya nak terus kahwin dengan dia."

"KAU GILA KE?!!" Terbiliak biji mata Hafiz. "Along." Umi nya menegur. "Uhm.. saya minta maaflah tak rasa ke rush sangat?" sambung uminya. "Tak lansung. Lagipun saya memang nak halalkan Anna untuk saya. Daripada lama-lama takut benda lain pula jadi," terang Ariel.

"Tak. Apa masalah kau ni? Tiba-tiba nak kahwin dengan adik aku. Gila ke? Dia buka api pun tak reti. Ni kan nak jadi bini kau pulak." Sempat lagi Hafiz memerli Anna.

"Saya tak kisah. Ah. Sebelum tu izinkan saya memperkenalkan diri. Nama saya Tengku Ariel Mikael bin Tengku Hayriel."

Makin terkejut Hafiz dan umi dibuatnya. Sapa jer tak kenal. Leader kumpulan Mafia terbesar 'The Black Blood'. CEO syarikat Diamond Holding. Memang orang yang berjaya.

"Anna macam mana kamu boleh kenal dia ni?" tanya umi lembut. "Saya memang dah lama kenal anak mak cik. Manis orangnya." Ariel menjawab bagi pihak Anna. Anna dari tadi diamkan diri.

"Manis apa benda. Masam adalah," ujar Hafiz selamba.

Anna dah menjelingnya tajam. "Kau tak puas hati apa ngan aku beruk." Rasa nak belasah jer abang dia tu.

"Keputusan aku tak boleh."

Tengku Ariel MikaelWhere stories live. Discover now