Tengku Ariel Mikael 20

6.7K 472 86
                                    

"Anna

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

"Anna. Duduk sini dulu tau. Aku nak gi beli aiskrim. Kau nak tak?"

Anna mengangguk. "Macam biasa. Mint choco tau," kata Anna. Hafiz mencubit pipi gebu Anna lalu beredar untuk pergi membeli aiskrim.

"Hai." Sejurus Hafiz beredar seorang wanita menyapanya. "Balqis?" "Eh U ingat I. Ingat dah tak ingat I lagi." Balqis mengambil tempat duduk di depan Anna. "Eii minah ni. Sapa bagi dia duduk ni? Aku tak ajak pun dia duduk," kata Anna di dalam hatinya.

"I tak tahulah yang I patut bagitahu U ke tak..." Balqis buat suara sedih. "Apa benda?"
"Sebenarnya... Abang U yang Ariel tu-"
"Uhm... untuk pengetahuan cik Balqis. Ariel bukan abang saya. Dia 'SUAMI' saya." Potong Anna. Perkataan suami itu ditekan.

"Ah... Then let me introduce myself as his first wife then. Delisha mummy. His first love."

Anna tersenyum sinis. "Ok then?"

"U tak takut ke kalau I rampas suami U balik? I mean yeah.. I dia punya first love. Pastu I mummy Delisha. Also I sexy. Cantik. I boleh ambil suami U bila bila masa jer," kata Balqis.

PELEPAKK

Pipi kanan Balqis ditampar oleh Anna. Haritu pipi kiri dia ditampar oleh Ariel, sekarang pipi kanannya pula ditampar. "Eh U ni kan. U boleh tak macam tutup mulut u kejap?! Sebab bila u buka mulut jer. U cakap benda benda bodoh!!"

Balqis seakan-akan tak percaya apa yang Anna cakap. Ni ke Anna? Setahu dia Anna lemah lembut dan pemalu.

"Aish.. aku dah lah stress sebab lusa SPM. Kau pulak.. Ugh!" Anna merungus geram. Buku bukunya yang berada di atas meja taman itu dikemas. "Ah.. One more thing, I like U punya rambut yang terurai tu but Ariel lebih suka buat anak time ikat rambut." Anna segera beredar dari situ.

Dia pergi mencari Hafiz. "Mana pulak jantan sekor ni? Beli aiskrim ke buat aiskrim ni?"

•••

"Bapak power bini kau!" kata Naufal. Naufal, Ariel dan Hafiz menyaksikan rakaman Anna menampar Balqis yang dirakam oleh Hafiz.

"Bini aku tu," kata Ariel dengan bangga. "Hek eleh. Ajaran aku tu," kata Hafiz.

•••

"Hua!! Hari ni nak SPM!!" Anna sudah pergi kesana kesini di dalam rumahnya. Mereka semua yang berada di ruang tamu hanya memerhatikan Anna. Sekejap melompat, sekejap menjerit, sekejap lari ke atas dan macam macam lagilah. Nervous katanya.

"Ishh!! Apiz! Tolong!! Awning tudung aku hancur!!" Anna merenget lalu pergi ke Hafiz yang duduk diantara Iskandar dan Syahirah. Mereka semua ingin menghantar Anna ke dewan peperiksaan. "Mana tak hancurnya kalau kau macam orang gila dari tadi. Meh sini aku betulkan," "Betul betul betul," sokong Syafiq dan Delisha. Hafiz menolong Anna membetulkan awning tudung sekolahnya.

"Ish sayang ni. Asal suruh Hafiz tak suruh abang buatkan? Nak majokk ah macam ni," kata Ariel sambil memuluk tubuhnya sendiri. Bibirnya dimuncungkan didepan tanda merajuk.

Naufal yang duduk disebelahnya memandang Ariel atas bawah. "Makin lama makin ghisau aku dengan Ar ni," kata Ahmad. "Tu lah tu. So kepada sesiapa yang rasa dia bodoh tu jangan risau, sebab ada orang lagi bodoh dari dia iaitu... dum dum dum." Naufal saja memberhentikan katanya untuk menyuruh seseorang sambung.

"Ariel!!"
"Papa!!"

Jawab Delisha dan Iskandar serentak membuatkan semua orang ketawa.

"Baby ku sayang Anna, buat betul betul tau. Baca soalan elok elok," Ariel manasihati Anna. "Jangan lupa baca doa," kata Hafiz.

"Mama fighthing!" kata Delisha.
"Irah tahu kak ngah buat yang terbaik punya." kata Syahirah.
"Kalau kak ngah dah habis jawab exam nanti, Syafiq belanja aiskrim!" kata Syafiq pulak.

"Anna. Goodluck," ujar Ahmad.
"The result doesn't matter at all. Just have fun," ujar Iskandar.
"Wahai kakak iparku~ jawablah kamu dengan berhati-hati," ujar Naufal yang mendukung Delisha.

"Thanks. Anna pergi dulu. Bye bye." Anna menyalam tangan mereka kecuali Naufal, Ahmad dan Iskandar. Kalau mereka bersalaman dengan Anna, uhm... neraka kirim salamlah jawabnya.

•••

"Bie.." "Apa Adam menoleh ke arah Balqis yang menghampirinya. Sampul surat dihulurkan oleh Balqis kepada Adam. "I nak kita bercerai. Seperti yang ada dalam surat tu. I nak hak I," ujar Balqis selamba. "Balqis Dylan binti Mohd Afwad. Aku ceraikan kau dengan talak 3." lancar dan jelas sebutan Adam.

Balqis sedikit terkejut. "Jangan harap kau nak dapat apa apa daripada aku." Ipad Adam dihulurkan ke Balqis.

Di situ terdapat video lucahnya bersama beberapa pekerja Adam. Balqis menutup mulutnya dengan tangannya.

"M-macam-"
"Macam mana? Hahahah. Balqis Balqis. Aku ingat kau pandailah. Tapi... rupanya bodoh.. Kau ingat aku kahwin dengan kau, rampas kau dari Ariel atas dasar cinta? Of course not girl! Aku tahu plan kau dari awal lagi. Kau nak balas dendam dekat Ariel kan. Sebab dia bunuh bapak kau. Am I right?"

Balqis terkaku dengan percakapan Adam. Adam tahu semuanya selama ini....

"Untuk pengetahuan kau. Yang bunuh bapak kau tu aku bukan Ariel. HAHAHAA!" Gelak yang mengalahkan syaitan dikeluarkan oleh mulut Adam.

"Bapak kau... bunuh bapak aku kau tahu tak!!! Aku ingat dah mampos keturunan kau. Last kali. Ada kau." Dagu Balqis dipegang oleh Adam.

"Be prepared.. for the suprise in game. Kau sentuh member aku, neraka kirim salam dekat kau dulu."

•••

Kringggg

"Ok murid semua. Boleh berhenti menulis. Kertas peperiksaan anda akan dikutip sekarang."

"Arghhh!!"
"HUAA MERDEKA!!!"
"Wei!! Kau jawab apa untuk soalan 13?"
"Mama!! I lepas exam.. hiks hiks."

Macam macam lagilah kata kata yang dikeluarkan oleh pelajar pelajar sejurus keluar daripada dewan exam.

"Akhirnya... Huaa!! Dah lepas exam!!" Anna begitu gembira. Dia berlari mendekati Ariel lalu memeluknya.

"Alololo busyukk kita dah lepas exam."
"Hehehehe."
"Jom lunch."
"Jom!!"

Tanpa mereka sedari, Balqis memerhatikan Ariel dan Anna dari jauh. Tangannya mengempal erat penumbuk.

"Aku akan porak perandakan rumah tangga kau. Ariel Mikael. Kau tunggu."

Tengku Ariel Mikaelजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें