Tengku Ariel Mikael 26

7.4K 469 35
                                    

Kelopak mata Anna terbuka perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kelopak mata Anna terbuka perlahan. "Ughh.." Dia cuba menggerakkan tangannya, tetapi kedua tangan dan kakinya diikat ketat di kerusi.

"Ehh! Dah bangunlah!"

Seorang wanita berjalan mendekati Anna yang diikat di atas kerusi. "K-kau sapa.."

Wanita itu membuka topeng mukanya. "It's me. Balqis," kata Balqis. Anna terkejut melihat muka Balqis. Separuh bahagian mukannya berkulat.

"Ke-kenapa.."

"Kenapa muka aku macam ni?!! Semua salah kau!!"

"Apa kena mengena aku dengan muka kau yang hodoh tu!!!"

Anna tak berpuas hati. Dia tak buat apa-apa, dia yang kena fitnah. "Sebab cinta kau dengan Ariel lah!!!"

Anna mula terdiam. "Cinta? Cinta ke kalau dia dera aku.. Dia pukul aku... Dia curang dengan aku... Dia ceraikan aku.. Cinta?" Kata Anna dengan dirinya sendiri.

Balqis memegang dagu Anna. "Aku tak tahu yang Ariel ni bodoh sangat demi cinta. Aku tak cantik ke? Tak sexy ke? Kenapa dia pilih kau!!!" Balqis menarik rambut Anna sehingga membuatkan Anna mendongak ke atas.

"Sakitlah!!!"

"Sakit ke? Sian eh?" Balqis mengulus pipi Anna. "Mestilah sakit bodoh! Cuba aku tarik rambut kau!"

PLAAKKK

"Biadap!!!!" Marah Balqis. "Kau buatlah apa apa dengan budak ni. Nak rogol pun boleh. Dia murah sangat," sambung Balqis kepada salah satu budak White Tiger.

Balqis mula merakam menggunakan handphone yang berada di tangannya. "Jangan sentulah!!! Balqis!!! Ishhh!!!" Anna meronta-ronta apabila lelaki itu membelai rambutnya. "Wow! Ganas. I suka."

"Kepala bapak kau suka!!! PUIHH!!"

Anna meludah ke muka lelaki itu. "Kau ni!!" Tangan lelaki itu diangkat untuk menampar Anna. Sebelum tangan itu sempat mendarat,

BANGGG

"Perghh.. Headshot!!"

Naufal bangga dengan dirinya sendiri. Dia menembak lelaki itu menggunakan sniper dari bangunan sebelah.

"Hufh... Yo Qis... "

Balqis menoleh ke belakang dan nampak lah Ariel, Hafiz dan Adam. Iskandar dan Ahmad berlawan dengan budak-budak White Tiger dan White Blood di tingkat bawah.

"Woi!! Kau nak bunuh aku ker?!"

Iskandar menjerit apabila Naufal hampir menembaknya dari jauh. "Lek lah bro. Aku nak snipe jantan tak guna tu. Kau pulak yang bergerak ke situ," kata Naufal.

"Qis... Qis... Kau berani sentuh Anna? Kau tengok dulu dia berhubung dengan sapa!!"

Bergema suara Hafiz di dalam gudang tingkat atas yang terbiar itu. "Serang dia!!!" Balqis mengarahkan budak-budaknya dan budak White Tiger serta budak White Blood untuk menyerang 3 jejaka itu.

Persaingan sengit berlaku kedua-dua pihak lawan. Ada yang mati terbunuh. Ada yang cedera parah. Hafiz sudah luka di bahagian tangan, manakal Adam luka di bahagian kaki. Ariel masih suci murni tanpa sebarang luka.

Iskandar, Naufal dan Ahmad tiba di tingkat atas apabila berjaya menumpaskan kesemua budak-budak White Tiger dan White Blood yang bertugas di tingkat bawah.

"Ar selamatkan Anna dulu," arah Adam. Ariel segera mendapatkan Anna. "Abang hati-hati!!" Anna menjerit apabila Balqis menghulurkan pistol ke arah Ariel

BANGGG

"Abang!!!"

Anna menjerit apabila Ariel ditembak di bahu dari belakang. "Ar... Ar... kau tengok apa jadi dengan muka aku!!!"

Semua terkejut apabila melihat muka Balqis. "Padan muka kau!! Ikut suka hati jer nak sihir anak orang!! Allah dah balas cash!!"

"KAU DIAM!!!"

BANGGG

Naufal sempat mengelak apabila Balqis ingin menembaknya. "Wleakkk!! Tak kena!!!" Naufal saja menguji kesabaran Balqis.

"Aku bawa Nau, Is dan Hafiz keluar dulu. Korang pandai pandailah settlekan masalah korang." Ahmad memapah Iskandar keluar, manakala Hafiz dipapah oleh Naufal. Iskandar dan Hafiz sedikit cedera parah.

"Abang? Abang ok tak?! Ariel-"

Ariel memeluk Anna dengan erat. "Abang rindu sayang..." lukanya tidak dihiraukan.

"So... We meet again Qis," kata Adam. "Tak sangka pulak muka yang kerja pelacur ni dah hancur sampai macam tu," sambung Adam.

"Aku akan bunuh kau!!!"

BANGGG
BANGGG
BANGGG

Semua sasaran Balqis tidak mengena kerana Adam begitu lincah mengelak. "Hahaha!!!" Gelak tawa syaitan Adam dikeluarkan.

Dengan satu tamparan dari belakang, Balqis jatuh menyembah bumi. Sapa lagi kalau bukan, Ariel Mikael. "That's for shooting me," kata Ariel.

"Dam... Bawa Anna keluar."
"Tapi-"
"Adam!! Biar aku lawan dia. Setan kenalah lawan setan baru syok."

Adam mengeluh lalu memimpin Anna keluar. Sebelum turun ke tingkat bawah, Adam dan Anna sempat berpesan dekat Ariel.

"Abang hati-hati.. Anna tunggu dekat luar..."
"Jaga-jaga. Perempuan tu boleh tahan psycho gak."

Baru selangkah Anna ingin masuk ke dalam kereta,

KEDEBOMMM!!!

Terberliak biji mata Anna dan Adam. Mereka menoleh ke belakang. Gudang tu.... meletop!!! Ariel masih ada dekat dalam gudang..

"A-Abang!!!!"

Tengku Ariel MikaelWhere stories live. Discover now