- E N D -

10.8K 558 70
                                    

Sekarang Anna sudah berinjak 19 tahun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sekarang Anna sudah berinjak 19 tahun. Kesian. Janda anak satu sewaktu umurnya yang sangat muda.

"Shuhh... tak per rak per... Mama ada. Ya Arman sayang~"

Arman. Nama anak yang diberi oleh Anna. Cukup susah untuk menjaga dan melahirkan anak tanpa suami. Lagi-lagi Delisha juga dibawah tanggungjawabnya. Nasib baik ada Hafiz, Adam, Naufal, Iskandar dan Ahmad.

"Sayang.. sayang nak berapa anak?"
"Kenapa abang tanya?"
"Ye lah abang dah buat family plan! Setahun satu anak!! Yahoo! Pastu kita buat anak sampai 10!!"

Plakk

"Aduh.. sayang sakitlah~"
"Hah. Tu lah abang. Sayang SPM pun tak lepas. Kita buat anak lepas SPM ok? Sayang habis SPM abang nak buat sampai seribu anak pun abang buatlah."
"Ok! Kita buat sampai seribu!!"
"Hahhahaha"

"Sayang? Kenapa tak order kopi?"
"Anna tak suka kopi lah. Anna lebih suka iced-choco."
"Macam tu abang tak suka jugak lah."
"Eh? Asal."
"Abang tak suka kopi tapi abang suka sayang."

"Sayang.."
"Uhm?"
"I love you so so much!"
"I love you moreeeee~"

"Anna Imani. Kalau apa apa benda buruk jadi dekat abang..."
"Apa?"
"Nak mati sekali tak?"

"Abang nak sayang ajar abang ngaji. Boleh?"
"Ngaji?"
"Haah. Ngaji. Yang orang baca Al-Quran tu.. cuma abang tak reti..."
"Jom! Ngaji sekali!"

Semua memori Ariel bersama Anna kini berputar di dalam fikiran Anna.

TING

Jam menunjukkan pukul 12:00 tengah malam, dan ia menandakan sudah masuk 15 February...

"Selamat hari jadi Abang.."

Lilin yang berada di atas kek ditiup. "Wah.. abang dah 27... Tua. Tapi tak per. I still love you..."

Anna sudah seperti orang gila. Tangan ditepuk untuk meraikan hari jadi orang yang sudah tiada. Air mata mengalir di pipi. "Hiks..." Anna memeluk dirinya sendiri.

Hilangnya kedewasaan seseorang adalah apabila kedua ibu bapa yang dia sayang hilang dalam sekelip mata tanpa bersedia. Hilangnya kedewasaan seseorang ialah apabila suaminya pergi meninggalkan. But after all, You live for yourself not for others.
  

•••

"Mama!!"
"Ya sayang."
"Sha nak bawa mama pergi satu tempat."
"Ya? Sha nak bawa mama pergi mana?"
"Rahsia!! Sekarang mama siap-siap dengan Arman!"

Dengan riangnya Delisha menolak Anna dari dapur. Anna hanya terpinga-pinga mengikut arahan Delisha. Sampai di destinasi yang dituju iaitu dewan.

"Mama. Mama duduk sini diam-diam tau. Sha dengan Arman pergi dulu. Bye bye!!"
"Eh- Ahhh!!"

Semua lampu yang berada di dalam dewan itu terpadam. Anna terjerit kecil.

BAMMM!!

Lampu terbuka semula. Tirai yang berada di depan Anna jatuh. Terkejut Anna apabila melihat lilin yang disusun membentuk love. Ditambah pula dengan kelopak bunga yang bertaburan.

Sejambak bunga ros yang berada di lantai diambil oleh Anna. Sontak musik mula berkumandang. Anna terpinga-pinga. "Pahal ni?" Tanya Anna. Apabila mendengar suara yang menyanyi itu, Anna boleh kenal siapa. Hafiz dan Iskandar. Dia cukup kenal dengan suara itu.

"Aku tahu..
Aku tahu,
Aku tahu kau juga turut rasakan itu,
Lebarkanlah sayapmu ke pangkuanku,
Agar bayangan hitam,
ku berlalu~

Tanpa cintamu,
Ku merasakan hidup tak lagi bererti,
Tanpa dirimu,
Aku rapuh,
Tiada tanda tanya,
Tentang ketulusan kasih kita berdua,
Bersemi cinta,
Kuharap kita kan selamanya cinta~

Jarak itu,
Buatku celaru,
Memikirkanmu,
Merindukanmu,
Namun itulah,
Menguatkan cinta kita..."

Musik berhenti membuatkan Anna menoleh ke kiri dan ke kanan.

"Tanpa cintamu,
Ku merasakan hidup tak lagi bererti,
Tanpa dirimu,
Aku rapuh..."

Seorang lelaki mengambil langkah mendekati Anna sambil menyanyi lepas seketika. Anna menutup mulutnya apabila melihat lelaki itu. "Aku bermimpi ke ni?" Tanya Anna kepada dirinya sendiri.

Lelaki itu melutut satu kaki di depan Anna. Air mata Anna mula mengalir.

"Tiada tanda tanya,
Tentang ketulusan kasih kita berdua,
Bersemi cinta,
Kuharap kita kan selamanya cinta..."

Lelaki itu membuka kotak cincin di depan Anna.

"Anna Imani binti Muhammad Samad. Sudikah kau memberi peluang untukku menebus segala kesalahan ku yang dulu dan menjaga anak kita bersama? Will you marry me?"

Lama kemudian, Anna mengangguk perlahan. Ariel segera memeluk Anna erat. "I love you... My one and only one.."

-TAMAT-
Dengan itu Tengku Ariel Mikael menutup tirai. Yeayy!! Tengku Ariel Mikael dah completed!! Huaa!! Sekarang nak fokus dekat study.Thanks kepada sesiapa yang baca, vote, comment dan support cerita sya. Semoga semua sihat selalu. Jangan lupa jaga S.O.P!!


Tengku Ariel MikaelWhere stories live. Discover now