Special Chapter

9.7K 546 47
                                    

Flashback

"Kau nak apa sebenarnya Balqis?" tanya Ariel mendatar. "Hahahaha!! Aku nak apa?!! Aku nak balas dendam!! Kau dengan Adam bersubahat bunuh bapak aku!!" Jerit Balqis.

"Tu jer? So? Kalau aku bunuh bapak kau? Mak kau mati sekali ke? Tak kan. Bersyukur sikit aku tak bunuh mak kau sekali," kata Ariel.

Balqis mengetap rahangnya. Tangannya menampar pipi Ariel dengan kuat.

"Aku make sure akan bunuh kau!!"

Sebelum pisau yang dipegang Balqis menusuk badan Ariel, tangan Ariel sudah menahan.

Melimpah-limpah darah dari tangan Ariel. Matanya merah menahan marah.
Kakinya menendang perut Balqis dengan kuat membuatkan Balqis jatuh ke belakang. Pisau dicampak ke arah lain.

"Bunuh? Kau nak bunuh aku?!! Dalam mimpi lah!!! Lepas kau hancurkan rumah tangga aku!! Kau buat anak aku dengan Anna hampir gugur!! Kau buang Delisha macam sampah!! Kau sihir aku!! Pastu kau nak bunuh aku?!! Bodoh!! Aku yang patut bunuh kau!!!"

Bergema suara Ariel. Tangannya mencekik leher Balqis dengan erat. Terbatuk-batuk Balqis dibuatnya.

"Kau patut bersyukur sebab dari dulu aku tak bunuh!"

Ariel melepaskan cengkaman nya di leher Balqis apabila melihat Balqis tidak bergerak lagi.

Kakinya ingin melangkah keluar dari gudang itu tiba-tiba,

"K-kalau aku mati.. K-kau pun m-mati sekali.."

Ariel menoleh ke belakang. Terkejut beruk apabila melihat Balqis menekan button remote control bom. Automatik bom dinyalakan dan akan meletup dalam 5 saat.

"Bodoh!!!"

Belum sempat Ariel ingin terjun, gudang itu sudah meletop.

KEDEBOMMM!!!

Badan Ariel tercampak dan separuh badannya terbakar.

"A-Anna..."

Di sudut matanya, dia melihat Anna yang menangis-nangis ingin masuk semula ke dalam gudang tetapi ditahan Adam.

Dia tersenyum segaris.

"Jaga anak kita baik baik... I-I love you.."

Matanya tertutup perlahan-lahan.

"Arielll!!!"

•••

"Macam mana?"

Adam berlari ke arah pekerja nya. "Dia masih dalam ward kecemasan," jawab pekerja nya. Adam melihat pintu ward kecemasan itu.

"Tolong.. Tolong hidup.. Demi Anna.. Demi Delisha.. Demi kita semua.."

•••

"Aku nikahkan kau dikau dengan adikku, Anna Imani binti Muhammad Samad dengan mas kahwinnya 1 ribu ringgit tunai!"

"Aku terima nikah nya Anna Imani binti Muhammad Samad dengan mas kahwinnya 1 ribu ringgit tunai!"

Apabila semua pihak mengucapkan sah. Ucapan syukur dilafazkan dan bacaan doa dimulakan.

Anna tersenyum. Akhirnya dia disatukan dengan Ariel semula.

•••

"Abang minta maaf sayang.."

"Uhm? Kenapa?" Tanya Anna. Dia memandang Ariel. "Sebab tinggalkan sayang sorang sorang jaga Delisha dan Arnam," kata Ariel. Dia mengucup dahi Anna. 

"Tak per. Tak kisah pun. Anna ada the trio yang boleh menggembirakan Anna. Pastu Anna ada Apiz yang boleh jaga Anna. Pastu Anna ada Adam, Adam pun handsome jugak. Dah lah baik, romantic lagi!" kata Anna tanpa bersalah. Saja nak kenakan Ariel.

"Oh~ so tak kisah lah kalau abang mati?" Panas telinga Ariel mendengar kata kata Anna sebentar tadi. Anna hanya mengangguk dan mengeluarkan senyuman manis sehingga nampak eye smile.

"Dah lah pi lah sana titew nak melajuk!!" Ariel menolak Anna lembut. Tangannya disilangkan di depan dada. Mulut di muncungkan ke depan. Merajuk.

Anna tergelak kecil melihat tingkah laku Ariel. "Sayang gurau je lah. Nak abang sorang jer~" Anna memeluk Ariel dengan manja.

Ariel tidak dapat menahan senyumannya. Dia mengelus rambut Anna.

"Macam tu jom!"

"Jom pergi mana?"

"Sayang dah janji nak buat anak sampai sepuluh kan.." suara garau Ariel menyapa di telinga Anna.

"Gatall!!!"

Anna memukul dada bidang Ariel. Ingat dah insaf lepas koma rupa rupanya masih ada kegatalannya.

Ariel tergelak lalu mengangkat Anna masuk ke dalam bilik.

Dengan izin Tuhan mereka mampu bersatu dan membina mahligai cinta. Banyak rintangan yang mereka hadapi bersama. Tapi akhirnya bersua kembali. Mana yang baik kita jadikan teladan mana yang buruk dari perangai Ariel itu sila buang dalam tong sampah.Sekian Terima kasih.

...Tamat...

Tengku Ariel MikaelWhere stories live. Discover now