02 - 𝒉𝒂𝒏𝒅𝒌𝒆𝒓𝒄𝒉𝒊𝒆𝒇

74 18 8
                                    

•••

" Saya nak mop ni. Boleh tak encik ke tepi? Takkan saya nak mop encik pulak." ayat yang biadap tetapi dianggap irama merdu bagi telinga Changmin.

Lelaki itu sudah dilanda angau!

Sarang mengeluh panjang. Malas melayan lelaki itu, dia meneruskan kerja kerja mencuci. Bersilih ganti dia mengemop dan membasahkan lantai supaya tidak melekit nanti. Terasa pergerakannya diperhatikan, gadis itu mengangkat kepala.

" Hai." tiba tiba Changmin bersuara. Tak tahu malu betul. Sudahlah buat tumpah air, kemudian tegur macam tak buat salah pulak.

" Pasal air encik yang tumpah tu-"

" Changmin. Ji Changmin." potong Changmin. Tanpa dipinta dia sudah memberitahu nama.

Sarang cuba mengawal diri. Sumpah dirinya penat nak berhadapan dengan lelaki seperti Changmin. Beria gatal, pantang nampak perempuan sikit dah naik miang.

" I'm sorry, susahkan awak kena cuci sepah saya ni." sambung Changmin. Barulah timbul rasa bersalah kerana dirinya, Sarang terpaksa bekerja lebih masa.

" Tak apa. Kalau nak another drink pergi claim dekat counter." dingin Sarang bersuara. Malas melayan, dia mengambil baldi dan mop semula. Berura ura untuk melangkah.

" Sekejap. Can I have your number?" pinta Changmin seraya menghalang laluan Sarang.

" Mwo?" Sarang kecilkan mata. Dia tak salah dengarkan?

" Your phone number." pantas Changmin mengeluarkan peranti miliknya lalu dia hulurkan pada Sarang. Sarang merenung Changmin dengan pandangan jijik.

" Don't get me wrong. Boss awak ambil handkerchief saya, seganlah saya nak mintak semula. That handkerchief important to me. Lagipun saya tengah rushing sekarang. Please Sarang." pandai Changmin berkata kata.

Akhirnya Sarang mengalah. Peranti itu diambil lalu Sarang masukkan nombor kepunyaannya. Changmin sudah tersenyum gembira. Lantas Sarang menyerahkan semula telefon kepada lelaki itu.

" Thank you Sarang." ucap Changmin
disertai dengan kenyitan mata. Dimple di pipinya timbul membuatkan Sarang terkedu melihat wajah itu.

•••

𝙝𝙖𝙧𝙙 𝙩𝙤 𝙡𝙤𝙫𝙚. 𝙟𝙘𝙢Onde histórias criam vida. Descubra agora