03 - 𝑸

57 17 6
                                    

•••

Siapa sangka disebabkan dimple yang dia lihat pada Changmin membuatkan kepala mula terbayangkan wajah itu. Wajah yang dia pernah cintai tetapi bertukar menjadi mimpi terburuk baginya. Sehinggakan Sarang menjadi trauma. Kepala juga setiap masa recall masa silam yang memburunya itu.

Sarang memejamkan mata lalu menggeleng. Dia sudah tidak mahu ingat semua itu. Dia mahu mulakan hidup baru. Sebagai seorang An Sarang yang baru.

" Sarang?"

" Y- ya?" pantas Sarang menoleh. Kelihatan Bossnya berdiri di tepi pintu. Baru selesai mengira hasil keuntungan yang diperoleh barangkali.

" Saya kena balik awal ni, boleh tak awak tolong kuncikan kedai. Kunci ada dekat atas kaunter. Maksudnya awak jugak kena datang awal esok." pintanya.

Sarang mengangguk kecil. Setelah berpuas hati dengan jawapan Sarang, barulah Sangyeon berlalu. Gadis itu menghela nafas seketika. Ingin melayan perasaan.

Selesai kerja kerja pembersihan sebelum closing, gadis itu melewati kaunter bagi menutup suis lampu. Matanya tertancap pada segugus kunci dan sehelai sapu tangan teripat kemas di atas meja kaunter. Terus dia berpatah balik.

Sapu tangan berwarna maroon itu dia ambil lalu dibelek. Bersulam cantik dan terdapat jahitan calligraphy di hujung handkerchief itu.

큐.

Sarang berkerut. Apa kena mengena Sangyeon dengan sapu tangan bernama Q ni? Ligat kepalanya cuba ingat semula, macam tahu siapa pemilik ini tetapi entahlah. Akhirnya dia memasukkan sapu tangan itu ke dalam poket lalu menutup suis.

Selesai mengunci peremis, gadis itu mula menapak. Menelusuri lorong lorong jalan. Hanya lampu jalan sahaja yang menerangi. Tenang dia melangkah, tetapi lama kelamaan dia terasa seperti diekori.

Sarang memberhentikan langkah. Kepala dia toleh ke belakang. Tiada sesiapa, kosong. Kemudian dia sambung berjalan semula , tetapi lebih pantas. Kedengaran derapan tapak kasut semakin kuat membuatkan Sarang semakin panik. Tanpa sengaja dia tersalah langkah lalu jatuh tersadung.

" Ahh-! T- tolong jangan kacau aku! Pergi!" jerit Sarang walaupun sudah jatuh terduduk. Pedih pada tapak tangan dek terseret pada jalan tar langsung dia tidak hiraukan.

" Sarang, it's me. Changmin." suara lelaki itu sedikit menenangkan Sarang. Turun naik dada gadis itu.

" C- Changmin?"

Gadis itu membuka mata, terpampang jelas riak risau Changmin saat ini.

" Aw- awak ke yang ikut saya?!" Sarang separuh menjerit. Bengang betul dia bila ditakutkan sebegitu.

" Eh- tak! Area ni perumahan saya. Kebetulan saya pergi buang sampah, then terdengar orang jerit. Seriously I didn't know it was you." kalut Changmin terangkan. Risau gadis ini tersalah faham.

" Liar!"

Changmin menghela nafas seketika. Masih mencuba untuk slow talk dengannya.

" Sarang, sumpah saya-"

Pang!

•••

𝙝𝙖𝙧𝙙 𝙩𝙤 𝙡𝙤𝙫𝙚. 𝙟𝙘𝙢Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu