07 - 𝒄𝒐𝒎𝒇𝒐𝒓𝒕 𝒑𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏

50 15 5
                                    

•••

Bermula dari itu, hubungan Changmin dan Sarang bertambah baik. Masing masing mula mengenali hati budi, isi hati masing masing. Changmin mula simpan perasaan terhadap Sarang, Sarang pula sebaliknya. Dia hanya menganggap Changmin sebagai teman tapi mesra.

Dari jauh Changmin memerhatikan gelagat lincah Sarang yang bertugas di kaunter barista. Dia kelihatan ceria, tidak seperti kali pertama mereka berjumpa. She looks different.

" Sudah sudahlah tenung staff aku Ji Changmin, serupa nak makan orang je aku tengok." sergah Sangyeon dari belakang.

Dia mula lega Changmin tidak lagi seperti dulu. OCD yang dialaminya juga semakin jarang terjadi semenjak dia mula rapat dengan Sarang. Sangyeon tahu Changmin memang menyimpan perasaan terhadap Sarang.

" Mana ada, aku tunggu airlah. Lama betul barista kau buat kerja." balas Changmin dengan nada mengejek. Tetapi matanya masih melekat pada Sarang.

Sangyeon memutarkan bebola mata. " Culik jelah Sarang tu kalau kau nak. Aku boleh cari barista baru." Sangyeon berlalu ke belakang kaunter.

Bersinar sinar Changmin mendengar pernyataan Sangyeon. Dia mula tidak sabar menanti minumannya tiba di meja.

" Nah, air awak." berhati hati Sarang meletakkan minuman java chip frappuccino yang dipesan Changmin tadi. Tidak senang gadis itu dek ditenung Changmin.

" Wae- ? Muka saya comot ke?" Sarang mengelap pipinya.

Changmin mengekalkan senyuman. Jarinya menguis whipped cream di atas minuman lalu dia calit pada pipi Sarang. Membulat mata gadis itu.

" Hey! Awak ingat senang ke nak putar whipping cream atas tu?" tak puas hati Sarang bersuara.

" Sorry." Changmin tayang muka minta simpati.

Sarang hanya memberi Changmin senyuman. Dia aware dengan OCD yang dihidapi Changmin. Baru sahaja ingin mengelap, Changmin menyambar tangan Sarang terlebih dahulu.

" Eh- nak bawak saya pergi mana ni?" soal Sarang apabila Changmin tariknya keluar dari tempat kerja. Sudahlah waktu kerja baru sahaja bermula. Risau gajinya dipotong nanti.

" Sangyeon bagi greenlight." selamba Changmin membalas. Tiba di hadapan kereta miliknya, Changmin membuka pintu bahagian tempat duduk sebelah pemandu.

" Greenlight apanya?" blur Sarang dibuatnya.

" Sayang, overworked tak sihat tau. You should take a day off, tenangkan fikiran. Jadi, saya kidnap lah awak." satu wink dia hadiahkan pada Sarang. Lantas dia tolak tubuh gadis itu supaya masuk ke kereta.

Laju kereta milik Changmin membelah jalan raya. Beberapa tika memandu, akhirnya mereka tiba di destinasi. Penuh gentleman Changmin membukakan pintu kepada Sarang.

" Mwoya, kita nak buat apa ni?" soal Sarang. Changmin tersenyum lalu menbuka pintu tempat duduk belakang.

" Kita nak picnic!" serentak itu Changmin mengeluarkan bakul rotan berisi makanan dan tikar memuatkan dua orang. Membuntang Sarang merenung Changmin.

" Aik? Tak suka ke? Ah, tak kira. Saya dah culik awak jauh ni. Ikut aje saya. No compromise!"

Changmin mengheret Sarang supaya mengikutinya. Itulah Sarang, sentiasa menolak setiap kali Changmin ingin membuat atau memberinya sesuatu. That's why semua benda selalu surprise.

Sarang curi senyum, tindakan lelaki ini sentiasa nampak comel di matanya. Entah kenapa dia betul betul tertarik dengan Changmin, seperti ada medan magnet yang bertindak ke atasnya. Dia begitu selesa dan selamat apabila dekat bersama Changmin.

' If comfort was a person, it should be Changmin.' desis hatinya.

•••

𝙝𝙖𝙧𝙙 𝙩𝙤 𝙡𝙤𝙫𝙚. 𝙟𝙘𝙢Where stories live. Discover now