05 - 𝒉𝒊𝒔 𝒔𝒕𝒐𝒓𝒚

60 17 4
                                    

•••

Hampir berjam jam lamanya Changmin merenung kosong ke arah pintu rumahnya. Kusut fikirannya memikirkan tentang Sarang. Dia cuma mahu membantu gadis itu. Tiada niat lain.

Changmin memeluk lututnya, tubuh dia rapatkan pada kaki sofa. Tidak keruan kepalanya memikirkan kesilapan. Dia cuma mahu mendekati Sarang, kenapa gadis itu langsung mahu menjauhi darinya.

Changmin mula tidak dapat mengawal diri saat ini. Fikirannya terlalu kusut. Dia tahu itu cuma perkara kecil, kepalanya langsung tidak dapat lari dari penyakit overthinking.

What if Sarang mula bencikan dirinya? Seperti apa yang pernah jadi pada dirinya dahulu. Dia cuma takut untuk sakiti orang lain.

Dek kerana terlalu serabut. Segala barang barang yang berada dekat dengan lelaki itu melayang. Sehinggakan pasu kaca di atas meja kopi turut pecah kerana ditolak oleh Changmin.

Serpihan kaca yang berterabur di atas lantai menarik perhatian lelaki itu. Satu serpihan kaca dia capai lalu ditoreh pada pehanya. Panjang.

" Ji Changmin! Stop it!" jeritan seseorang berjaya menghentikan tindakan Changmin. Automatik tangannya yang memegang serpihan kaca terlepas ke lantai. Darah mula meleleh ke lantai.

" Hyung-." rintih Changmin sambil merenung ke arah pintu. Sangyeon merenungnya dengan riak terkejut.

Kalut Sangyeon menghampiri Changmin. Kain yang entah dari mana dia capai lalu peha Changmin dibalut ketat. Mengelakkan pendarahan berlebihan berlaku.

Dia tahu sahabatnya ini telah didiagnosis dengan OCD, obsessive compulsive disorder. Satu penyakit mental iaitu seseorang yang takut menjadi jahat. Sering meminta maaf walhal bukan salahnya. Disertai dengan overthinking melampau sehinggakan mampu mencederakan diri.

Semua disebabkan Changmin dibesarkan dalam keluarga yang abusive. Childhood trauma memberi kesan jangka panjang kepadanya. He's lack of love.

Segala serpihan kaca yang tajam dia tolak menjauhi lelaki itu. Lantas satu selimut yang terlipat kemas di hujung sofa dia capai lalu tutup kepala lelaki itu. Memberi ruang kepada Changmin untuk bertenang. Sangyeon terduduk di sebelah Changmin.

" Hyung-." lemah Changmin bersuara.

" Ya?" Sangyeon mengerling ke arahnya.

" Sorry, susahkan kau."

Sangyeon tersenyum nipis. Selimut yang menutupi kepala Changmin dia alihkan. Persis kanak kanak kecil cara Changmin memandang Sangyeon.

" I- I can't handle myself. A- aku minta maaf." permohonan maaf Changmin diulang berkali kali disertai satu keluhan panjang.

" Takpe, aku faham. Kau nak soju tak? Aku ada beli tadi." pelawa Sangyeon lalu mencapai beg plastik yang dibawa bersama tadi.

Satu botol kaca berwarna hijau dia buka lalu disuakan kepada Changmin. Lambat lambat Changmin menyambut.

" Take your time. Heal yourself." Sangyeon melagakan botolnya pada Changmin sebelum meneguk rakus minuman itu.

Changmin pula hanya merenung soju di tangannya. Kemudian pandangannya beralih pada sapu tangan diberi Sarang tadi. Beberapa tompokan darah melekat di situ. Jauh fikirannya menerawang, sekali lagi.

' You should keep your distance away from her.' bisik suara hatinya.

•••

𝙝𝙖𝙧𝙙 𝙩𝙤 𝙡𝙤𝙫𝙚. 𝙟𝙘𝙢Where stories live. Discover now