08 - 𝒄𝒐𝒏𝒇𝒆𝒔𝒔𝒊𝒐𝒏

52 15 2
                                    

•••

Disebabkan hari ini merupakan cuti umum. Seperti selalu Changmin akan mengajak Sarang untuk keluar. Sarang pula seperti biasa akan menurut ke mana sahaja Changmin pergi. Dia sendiri suka dengan apa yang Changmin lakukan.

Kini kedua mereka sedang melangkah masuk ke stadium arena. Ada musical theatre yang bakal berlangsung. Disebabkan Changmin tahu Sarang sukakan music, dia sudah pasang niat awal awal lagi untuk membawa Sarang ke sini.

Selesai urusan masuk ke arena itu. Changmin menuju ke kisok kecil. Ingin membeli makanan ringan. Dapatlan menonton sambil melahap. Takde la mengantuk sangat.

" An Sarang." panggil Changmin seraya menghulurkan beberapa bungkus kacang dan makanan lain.

Mereka berdua jalan beriringan. Setelah mendapat tempat duduk, masing masing mendiamkan diri. Sibuk Sarang mengunyah kacang. Matanya pula meliar ke sekelilingnya. Tempat duduk mula dipenuhi orang ramai. Beberapa crew stage pula sedang memelakukan pemeriksaan.

Tiba tiba terasa tangan kirinya dipaut lembut. Automatik mata Sarang merenung Changmin.

" Sorry, tangan saya sejuk." ujar Changmin bersama senyuman bermakna di wajah.

Sarang hanya tersenyum nipis lalu memandang stage semula. Tangan kirinya saling bertautan dengan jemari Changmin. Sarang cuba tahan senyum. Lain benar perasaan yang dirasainya sekarang. Tetapi cepat cepat dia balik ke realiti.

Performance bermula lima belas minit kemudian. Nyanyian opera secara solo. Kemudian berkumpulan. Lepas tu , drama musical yang dibintangi kpop idol terkenal. Dan akhir sekali, para musician memainkan alat music secara live. Lebih tepat lagi orchestra.

Gadis itu paling tertarik dengan violinist yang sedang memainkan violin. Lincah jarinya memainkan alat muzik itu. Sarang kagum, violinist muda sepertinya pandai memainkan instrument yang sangat sukar. Kenangan lama mula terbayang di kotak memori.

" Do you like it Saranghae?" bisik Changmin di telinga Sarang.

Sarang mengangguk dengan penuh makna. " Yes, suka sangat."

Changmin merenung Sarang yang sedang ralit. Dia mula hanyut sendiri. Instrument yang berbaur romantic dimainkan membuatkan perasaannya sedikit terbuai. " Beautiful." gumamnya di antara dengar atau tidak.

" I used to be a violinist." gumam Sarang. Pantas Changmin merenung stage.

" Seriously? Why did you stop playing?"

Soalan Changmin Sarang hanya jawab dengan senyuman. Kalau dia cerita, sudah tentu berpasang pasang mata akan pandang pelik ke arah mereka. Sebabnya sebelum cerita pun dia boleh menangis.

Tamat sahaja concert musical itu, Changmin meminta diri untuk ke tandas. Sarang pula hanya melepak di luar arena. Sedang menikmati pemandangan kolam buatan manusia. Angin mula bertiup lembut membuatkan perasaan Sarang sedikit terbuai.

" Saranghae-" serentak itu pipi Sarang terasa sejuk. Selamba sahaja dia memanggil Sarang dengan saranghae.

" Changminnie." Sarang merenung tajam Changmin. Lelaki itu ketawa kecil sebelum menghulurkan plastik aiskrim kepadanya.

Sarang menyambut. Lantas Changmin melabuhkan punggung di sebelah Sarang. Dia turut membuang pandang ke arah itik yang sedang berenang renang di dalam kolam.

" I don't know why but I feel comfortable now. I feel safe when you around with me. Because of you, the old me is fading away." gumam Sarang.

" Really-?" Changmin mengerling ke arah Sarang. Sarang memandang lelaki di sebelahnya.

" Awak ada letak ubat guna guna ke dekat saya?" soal Sarang. Automatik tawa Changmin terhambur.

" Jeez, awak ni buat lawak pun comel." sempat Changmin mencubit pipi Sarang.

" Do you want to know why?" redup Changmin merenung Sarang.

Sarang diam, menunggu Changmin menyambung ayatnya.

" Because you are in love with me Sarang. I can read people's feeling."

Entah kenapa wajah Sarang terasa panas saat ini. Lantas dia meletakkan plastik yang masih berisi airkrim pada wajah. Bagi sejuk.

" N- No, I can't fall in love." nafi Sarang.

" Who said so?" tegas Changmin bersuara.

" Me. Saya takut disakitkan lagi. Cukuplah dengan apa yang saya rasa dulu." sayu Sarang membalas pandangan Changmin. Dia betul betul trauma.

" Sarang-"

" Please don't fall too hard Changmin, I'm hard to love. Tak mudah untuk saya mencintai lagi. It hurts me. A lot." Sarang merenung riba.

" An Sarang, look at me." lembut dagu Sarang diraih.

" Once I love, I love hard Sarang. Don't worry about me. No matter what, I'll make you fall hard. Tak semua lelaki macam dia Sarang. Just give me a chance and I'll prove it to you. Please. Let me heal your pain like you did to me."

Lama kedua mereka saling berbalas tatapan. Aiskrim yang mula mencair langsung tidak dihiraukan. Akhirnya jawapan yang diterima oleh Changmin ialah anggukan kepala Sarang.

•••

𝙝𝙖𝙧𝙙 𝙩𝙤 𝙡𝙤𝙫𝙚. 𝙟𝙘𝙢Where stories live. Discover now