01 - 𝒍𝒐𝒗𝒆

137 19 9
                                    

an sarang as you

ji changmin as himself

•••

Dari jauh sepasang mata milik Ji Changmin ralit memerhatikan tingkah laku gadis yang menarik perhatiannya sedari tadi. Ice americano yang dihidang oleh gadis itu langsung tidak berusik.

Riak gadis itu beku, dingin bak musim salju. Itulah yang membuatkan Changmin semakin tertarik untuk mengenalinya. Semasa hidangkan minuman, langsung tiada secalit senyuman di bibir merah delima itu. Changmin teguk liur. Gilakah dia? Entahlah. Dia sendiri tidak pasti.

" Hoi Jichang, amboi. Jauh betul kau termenung ya." sergah seseorang daripada belakang.

" Lah hyung, terkejut aku." Changmin mengurut dada. Nasiblah minuman di dalam cawan tak terbalik. Kalau tak ada yang jadi cleaner part time sekejap lagi.

" Yang kau terkejut sangat ni kenapa? Tengah nampak hantu ke? Mentang mentang suka dengan benda alah tu." Sangyeon mencebik seraya bersila panggung di hadapannya.

" Haah, hantu cantik. Boleh histeria aku bila terpandang dia." Changmin tersenyum plastik.

Sangyeon hanya memutarkan bebola mata. Malas melayan bebelan Changmin yang entah apa apa.

Ligat Changmin berfikir bagaimana nak mengenali gadis yang berjaya curi hatinya ini. Tiba tiba matanya melekat pada gelas miliknya yang berisi air kopi. Dia tersenyum nakal.

" Hyung, kau nak tahu tak-" sengaja Changmin layangkan tangan pada gelas menyebabkan gelas itu terpelanting mengenai Sangyeon. Automatik berpasang pasang mata memandang kedua mereka.

" Omo! Sorry Hyung! Sumpah tak sengaja!" Changmin pura pura kalut. Satu handkerchief dia hulurkan pada Sangyeon. Laju mulut Sangyeon membebel.

" Changmin! Banyak la kau punya tak sengaja! Kenapa careless sangat ni? Jeez-, kejap lagi ada customer penting nak datang. Malulah aku nak kena interview dengan baju comot macam ni." terkumat kamit Sangyeon membebel. Tangannya menepis kesan kopi pada kemeja santainya.

" Sorry bro, sumpah tak sengaja. Sorry sangat sangat." Changmin tundukkan kepala berkali kali. Langsung tiada rasa bersalah dalam dirinya kerana dia tahu, Sangyeon tidak akan memarahinya. Lantas dia membetulkan kedudukan gelas yang sudah terbalik.

" An Sarang! Sini, tolong kemaskan!" laung Sangyeon sebelum berlalu masuk ke dapur cafe. Dialah boss di sini, jadi lantak dialah nak ke mana.

An Sarang? Love? Changmin mula berteka teki sendiri. Tidak lama kemudian muncul seorang gadis yang dinanti nantinya sebelum ini. Di tangannya ada baldi dan mop.

Terpana Changmin melihat wajah anggun itu. Kulitnya putih mulus, sepasang almond eyes, hidungnya yang terbentuk cantik. Changmin telan air liur.

" Encik." panggil gadis itu. Tepat matanya merenung Changmin. Renungan yang tajam dan beku. Semakin tidak keruan dia ditenung sebegitu. Mulutnya menyebut kata tanpa sedar.

" Saranghae-"

•••

𝙝𝙖𝙧𝙙 𝙩𝙤 𝙡𝙤𝙫𝙚. 𝙟𝙘𝙢Where stories live. Discover now