06 - 𝒂𝒃𝒖𝒔𝒊𝒗𝒆

52 17 5
                                    

•••

Sekali lagi Sangyeon membiarkan Sarang mengemaskan peremis sebelum closing. Selalunya Sarang tidak peduli. Tetapi lain pada hari ini. Malam sudah melabuhkan tirai, ditambah pula hujan lebat yang disertai dengan kilat dan guruh.

Gerun. Tetapi Sarang cuba untuk buat tidak endah. Lincah tangannya membersihkan segala utensils memasak yang telah digunakan. Kemudian dia beralih kepada bahagian kaunter. Receipt yang berselerak dia susun rapi. Akhir sekali dia mengelap semua meja yang ada termasuk meja kaunter.

Memenatkan tetapi dia sudah terbiasa, itulah satu satunya jalan untuk dia lupakan kisah silamnya. Dengan sibukkan diri. Ralit Sarang mengelap, tiba tiba petir menyambar lalu seluruh peremis itu bertukar gelap.

Terkejut Sarang dibuatnya. Dia mengeluh kecil, kenapa waktu sebegini nak blackout pun. Samar samar ruangan itu. Lantas Sarang mengeluarkan perantinya dari poket apron. Baru sahaja ingin hidupkan flashlight, telefon itu disambar seseorang.

Zup!

Sekali lagi Sarang terkejut besar, bukan dia seorang sahaja berada di cafe pada waktu itu. Satu figura manusia tinggi berdiri tegak di depannya. Hampir sahaja Sarang jatuh melorot di situ.

" Miss me sweetheart?" suara itu menggetarkan jiwanya. Flashlight telefon dihidupkan lalu terpampang jelas wajah bekas suaminya.

Choi San.

" Nak lari lagi ke sayang? Please, benda boleh bincang lagi." belum sempat Sarang bertindak, San menggengam kemas lengan gadis itu. Meraung Sarang dek kerana terlalu takut.

" Susah sangat ke nak balas message aku? Hm?" telefon milik Sarang dia lempar jauh. Sarang menutup kedua dua telinganya.

" Aw- awak nak apa lagi?" takut takut Sarang merenung wajah San yang samar samar. San tersenyum sinis sebelum satu penampar melayang ke wajah Sarang.

" Pandai ya menjawab sekarang. Siapa ajar kau ni? Boss kau tu ke? Answer me Choi Sarang!" kepala Sarang ditunjal berkali kali.

" It's An Sarang." entah datang dari mana keberanian untuk Sarang menjawab. Dia bukan lagi sebahagian daripada lelaki itu.

" Menjawab lagi ya? Pandai kau sekarang Sarang. Berani. Lagi- aku- suka-!" bertalu talu tumbukan yang diterima Sarang.

Lemah tubuh itu terjelopok di lantai. Sakit dipukul dan diperlakukan seperti punching bag tanpa belas ihsan. Matanya merenung San yang mula menanggalkan pakaian. Dia tahu San ingin meperlakukan dirinya seperti binatang. Tidak ubah seperti beberapa tahun lalu.

" Aku dah tunggu lama Sarang, aku rindukan kau." San mula menghampiri Sarang.

Sarang memejamkan mata sambil menangis. Hanya mampu meratapi nasib dirinya. Dia lemah, seperti Sarang yang telah mati beberapa tahun lalu. Kenapa dia sentiasa diuji dengan ujian berat? Sampai bilakah nasibnya begini?

" An Sarang ! Run!" jeritan itu menyedarkan Sarang dari lamunan panjang.

Di hadapan matanya ada dua lelaki yang sedang bergelut. Bekas suaminya dan lelaki yang dia kenali.

" Changmin-"

San menolak tubuh Changmin menggunakan kakinya . Kelam kabut berlari keluar dari peremis ini seperti pengecut. Pantas Changmin mendapatkan Sarang.

" S- Sarang, I didn't mean to. I'm sorry, kalaulah saya datang awal-"

Pantas Sarang memotong kata kata Changmin.

" Thank you." ucap Sarang, lirih.

Redup sepasang matanya merenung Changmin. Changmin membalas renungan itu.

•••

𝙝𝙖𝙧𝙙 𝙩𝙤 𝙡𝙤𝙫𝙚. 𝙟𝙘𝙢Where stories live. Discover now