10 - 𝒗𝒊𝒐𝒍𝒊𝒏

62 18 7
                                    

•••

Nervous! Hampir hampir sahaja Sarang diserang panic attack. Kini dia berdiri di hadapan pintu kayu, menanti waktu untuk masuk. Dia cantik berbusana pengantin dan di tangannya ada sejambak mawar putih. Nafas dia tarik sedalamnya, cuba mengawal diri yang dilanda anxiety.

Santai la Sarang, ini bukan first time kau kahwin!

Sebaik sahaja kayu besar itu dibuka, Sarang mula mengatur langkah. Penuh berhati hati dengan heels tinggi di kakinya. Kelihatan Changmin yang berdiri tegak di hadapan bersama suit putih di badan. Dia tersenyum segak merenung Sarang.

Gamat ruangan ini dengan tepukan dari para tetamu. Dia melangkah sambil diiringi instrument piano yang dimainkan oleh pianist terkenal. Ruangan itu bertukar sepi apabila Sarang berdiri tegak berhadapan dengan Changmin. Bunga di tangannya dia hulurkan kepada Changmin.

Lelaki itu merenungnya pelik sebelum menyambut huluran itu. Dengan berhati hati, Sarang melangkah ke arah violin yang diletakkan bersebelahan dengan podium.

Cermat dia meletakan violin di bawah bawah dagunya. Tangan kanan mula menggerakkan bow manakala tangan kirinya mengawal ketegangan string. Satu irama mula memecahkan kesunyian dewan.

Changmin terpana dengan surprise yang dibuat Sarang. Instrument yang dimainkan oleh Sarang adalah lagu Promise, nyanyian Jimin. Dia tidak dapat menahan diri daripada tersenyum. Riuh tepukan dan sorakkan daripada tetamu yang hadir.

Tanpa Sarang sedar, jauh fikirannya menerawang. Dari pertama kali dia berjumpa Changmin, kemudian dia meminta Changmin untuk menjauhkan diri darinya. Kemudian takdir mempertemukan mereka sekali lagi. Dan Changmin menyelamatkan dia daripada bekas suaminya, San.

Lama Changmin menghayati instrument itu. Violin cover yang bermula dengan Promise, kemudian beralih kepada Still With You, nyanyian Jungkook. Sejak dia mengenali Sarang, dia juga tahu Sarang adalah seketul Army. Comel betul.

Hadirnya seorang An Sarang, berjaya membantu dirinya mengatasi mental disorder yang dihadapinya. Matanya mula terasa berkaca. Lantas Changmin menepis sedikit.

Tamat sahaja violin cover, sekali lagi tepukan mula bergema. Lantas Sarang meletakkan semula alat muzik itu lalu menghampiri Changmin.

" Seriously, it's a surprise for me?" terharu Changmin menyoal.

" Yalah-, sakit jari saya practice tau." ujar Sarang lalu menunjukkan jemari runcingnya pada Changmin. Changmin tersenyum lalu mencapai tangan itu. Satu kucupan singgah di situ.

" I swear, until my last breath. I'll protect you. I'll never stop loving you. I promise, hanya mati yang mampu pisahkan kita sayang." tangan Changmin melekap di pipi Sarang.

" Me too Changmin, thank you for making me falling hard to you. Make me in love again. I love you, Changminnie."

Pinggang Sarang lantas dirangkul kemas. Wajah Changmin semakin mendekat. Sarang memejamkan mata.

" Love you too, Saranghae." bisiknya lembut sebelum memagut lembut bubir Sarang.

Untuk kali yang entah keberapa, tetamu memberi tepukan gemuruh kepada mereka. Dari jauh Sangyeon memerhatikan pasangan mempelai itu bersama senyuman. Bahagia melihat kedua mereka dapat mengecapi nikmat kebahagian.

They succeeded to heal each other.
And they lived happily ever after.

•••

- the end -

+ the boyz short story : 3 +

𝙝𝙖𝙧𝙙 𝙩𝙤 𝙡𝙤𝙫𝙚. 𝙟𝙘𝙢Where stories live. Discover now