Bab 1

37 7 2
                                    

"SAKIT!!!! SAKIT!!!" Raungan seorang budak kecil bergema memenuhi Rumah Anak Yatim Seri Cahaya.

"DIAM!" Pipi gebu ditampar oleh salah seorang penjaga. Belakang badannya yang tak berbaju disebat kuat menggunakan rotan.

Kanak kanak lain yang menyaksikan hanya mampu terperuk di penjuru tidak berani bersuara mahupun menangis. Disebabkan sedikit kesalahan, dia didera sehingga begitu sekali. Luka sebat di kaki belum lagi pulih. Kini ditambah pula dengan luka baru.

Darah yang mengalir sedikit pun tidak diendahkan oleh si penjaga. Di luar, kelihatan pasu yang sudah pecah oleh sebuah bola pantai berwarna hijau.

"Mia Qalisha! Tolong ibu buang sampah kejap!" Jerit Puan Lyna dari dapur. Dengan malas Mia akhirnya keluar dari bilik menuruni tangga menuju dapur.

"Mia baru je sampai dari kampung..nak rehat..." Rengek Mia bermalas malasan mengangkat sebungkus besar plastik sampah dibawah singki.

Walaupun dia jarang tinggal di rumah ibu, dia masih ingat segala perhiasan didalam rumah. Apa taknya? Sejak kecil, keadaan rumah tak pernah berubah. Mainannya juga masih tersimpan rapi di kabinet tv.

Tapi kali ni.. dia akan terus menetap di sini. Nenek yang selama ni menjaga  juga sudah tidak ada seminggu yang lalu. Berat hati sebenarnya nak meninggalkan kampung tapi apa dayanya, hanya ibu yang masih ada. Nak tak nak terpaksa juga pindah ke bandar.

"Takde maknanya penat tu. Dah seminggu menggangur kat rumah. Minggu depan dah nak sekolah kan? Mia pergi la beli apa apa barang sekolah yang takde."

"Hurm yelah yelah." Jawab Mia pasrah. Tudung dan stokin dikenakan sebelum keluar.

"Setahu aku, dulu ada tong sampah kat sini." Kataku sendiri sambil meninjau ninjau kawasan yang dulunya tempat pembuangan sampah sudah menjadi sebuah kedai runcit.

Sebuah tong sampah besar berwarna hijau dihujung jalan menarik perhatian ku.

Sejak bila pula tong ni pindah?

Kau lupa ke yang kau dah lama tak balik sini?

Eh yelah... apalah kau ni Mia.

Aku bermonolog sendirian didalam hati sambil tersengih kecil.

"Alah kau ni, tu kat sekolah lain cerita.. kat sini lain... alang alang aku jumpa kau, aku pinjam la sikit." Kata Kevin menampar nampar lembut wajah Faiz.

"Kitorang takde duit, kau ada duit. Apa salahnya bantu kawan sendiri." Sambung seorang kawan Kevin.

"Kau bukan kawan aku la. Kau tu pembuli." Kata Faiz melawan.

"Kalau korang tak berhenti, aku lapor korang kat polis." Ugutnya lagi. Kevin hanya mampu tersenyum sambil mencengkam baju Faiz kuat. Tubuh Faiz didorong ingin masuk ke dalam tong sampah besar dibelakangnya.

"Kau yakin dapat bercakap lagi lepas ni?" Tangan Kevin lantas mengeluarkan sebuah gunting besar dari poket seluar kawannya. Wajah Faiz sudah pucat membiru. Tahu apa yang dimaksudkan Kevin.

"Polis! Jangan bergerak!" Jerit Mia dengan suara garau sambil berlari setempat ingin menakutkan. Kevin yang ketakutan sudah lari meninggalkan kawannya.

"Kau tak apa apa ke?" Soal Mia risau. Kevin yang mendengar suara seorang gadis terus menoleh. Mukanya merah apabila dipermainkan sedemikian apatah lagi kawannya sudah terlebih dahulu lari tanpa jejak.

"Hoi budak! Berani kau tipu aku!" Jerit Kevin dari jauh.

"Amacam? Cuak tak?" Soalku menambah arang lagi ke dalam amarahnya.

"Kurang hajar kau!!" Jerit Kevin berlari laju menuju kami.

"Hari ni hari berapa?" Soalku kepada lelaki disamping.

"Khamis." Jawabnya terketar ketar.

Mia dengan bersemangat lari menuju Kevin sambil menghayun plastik sampah dengan kuat.

"Rasakan serangan hari Khamis!!" Jerit ku kuat lantas melepaskan plastik sampah dan tepat mengenai muka sasaran.

"Lari, lari, lari." Arahku mula membuka langkah seribu diikuti dengannya.

Tiba dikawasan yang terbuka barulah aku berhenti. Nafas tercungap cungap seolah olah tidak cukup untuk aku seorang.

"Thanks sebab tolong aku. Kalau tak mesti sekarang lidah aku dah kena potong." Kata Faiz penuh dengan rasa syukur sambil tertawa kecil.

"Alhamdulillah.. Allah yang detikkan aku lalu sana and tolong kau. Kalau nak ikut aku, takde nya aku nak tolong." Kata ku bersahaja lalu masuk ke dalam kedai runcit tadi.

"Takdelah aku gurau je." Kataku apabila melihat wajahnya berubah sedih. Mungkin terasa dengan aku?

"Tangan kau tu... luka ke?" Soal Faiz memandang kedua belah tangan ku yang berbalut. Pen hitam dengan kepala alpaka aku capai. Soalannya aku abaikan.

"Kau tinggal kat mana?"

"Umur kau berapa?"

"Kau sekolah dekat dekat sini ke?"

Satu per satu soalannya aku abaikan. Semakin cepat aku melangkah, cepat juga dia mengekori. Naik rimas dibuatnya.

"Sini aku tolong bayarkan." Katanya lalu menghulurkan not seratus.

"Takde duit kecik ke nak?" Tanya pakcik casher tersebut. Aku menggeleng malu. Ni kedai runcit je awak.. bukannya mall...

"Takpe biar aku bayar." Sehelai not lima ringgit aku keluarkan dari poket baju.

"Kau boleh tak jangan nak ikut aku? Aku tolong kau, kau ucap terima kasih. Sampai sana dah selesai. Tak payah lah nak panjang panjangkan cerita." Marahku sebaik saja keluar dari kedai.

"Aku cuma nak ucap terima kasih."

"Terima kasih kau, aku terima. Dah tamat. Assalamualaikum." Kataku lantas berjalan pulang.

Faiz hanya memerhati kelibat gadis pendek tersebut hingga hilang dari pandangan.

"Alamak! Aku lupa pulak tanya siapa nama dia." Dahinya ditepuk kuat.

"Aish... kalau dapat nombor lagi bagus." Kata Faiz kesal. Dirinya seolah olah tidak terkesan dengan bebelan gadis tersebut sebentar tadi.

"Tapi... muka dia tu macam familiar la. Siapa ehh?" Faiz cuma mengingat.

"Adrian????"

"Hah Mia, kenapa muka tu merah? Habis buang sampah ke berjoging ni?" Teka ibu sebaik saja aku melabuhkan punggung di sofa. Wajahku yang putih kelihatan sedikit kemerah merahan.

"Penat... nak rehat..." Rengek ku manja sambil menggeliat.

Ibu hanya mampu menggeleng. "Tak habis habis dengan penat kau tu. Dah pergi mandi sana. Lepastu solat Asar baru turun makan."

"Nak rehat...." Rengekku panjang sengaja mengusik ibu.

"Ya Allah...... bukannya malam nanti tak rehat pun." Kata ibu dan tawaku terus meletus.

___
Alhamdulillah done pembuka bab. Amacam? okey tak jalan citer ni? Awal awal tu memang author saja guna kata 'Mia'. Nak tiru novel katakan.. tapi tak boleh tahan nak guna 'aku'. Author nak buat korang rasa ada kat dalam tempat watak cerita ni. Feel tak? ><

Thanks yang vote and comment!

The Dark Sun : Mia QalishaWhere stories live. Discover now