Bab 3

17 5 4
                                    

"Bos."

Nafasnya tercungap cungap. Pelajar lelaki di depannya memandang pelik.

"Aku... aku dah jumpa budak perempuan tu. Dia kat kelas 4Zoro." Budak nerd yang ingin ditumbuknya segera dilepaskan.

"Jadi.. dia la yang cederakan kau kelmarin?" Kevin mengangguk.

"Siapa nama dia?"

"Mia Qalisha." Jawab Kevin.

"Mengaku je la." Paksa Faiz. Aku tetap diam tidak mengendahkan. Nak naik bernanah telinga aku dengar soalan soalan dia. Lepas ni apa lagi?

Aku keluar dari kelas menuju tingkap di koridor. Pemandangan indah di depan mata sedikit menenangkan. Dah 10 minit rehat. Si Faiz tu pulak tak reti gi kantin. Entah mana pulak dia menghilang sekarang.

Zafran? Tak payah sebut la pasal dia. Berkeras dia nak pindahkan aku ke meja lain. Faiz pula sibuk merayu supaya aku tetap stay kat sana. Aku tak kisah pun sebenarnya nak duduk mana. Akhirnya aku tetap duduk kat sebelah mamat mangkuk tu.

"Mia." Aku segera menoleh apabila namaku dipanggil.

"Awak tak makan ke?" Soal Liya perihatin. Sebungkus kek gulung dihulur.

"Takpe lah. Aku tak lapar lagi." Kata ku jujur.

"Awak masih ingat tak kat kitorang?" Soalan Liya membuatku bingung? Macamana nak ingat? Kenal pun tak.

"Ish jangan la cakap sekarang." Tegur lelaki disampingnya.

"Kalau bukan sekarang? Bila lagi?" Tegas Liya.

"Aku Liya. Ni adik kembar aku, Umar." Aku tersenyum manis sambil menyambut huluran tangan Liya.

"Aku Mia Qalisha." Kataku memperkenalkan diri.

"Awak betul ke tak kenal kitorang?" Soal Liya lagi ingin kepastian.

"Ermm.. tak. Kita kenal ke?" Soalku penuh hati hati.

"Kita sangat rapat." Jawapan yang keluar dari mulut Umar semakin membuatku bingung. Sejak bila aku rapat dengan mereka berdua ni?

"Tak silap aku, kau... ada parut jahitan kat bahu." Bingung ditambah pelik. Macamana mereka tau?

"Macamana... kau tau?" Umar terpana mendengar jawapan ku. Awalnya, dia hanya nak uji sama ada andaian Liya betul atau tidak. Betullah... Mata Liya sudah berkaca kaca.

"Kalau kau nak aku senaraikan semua parut kat tubuh kau pun boleh." Air mata yang mengalir diseka. Betul tekaannya.

"Wait. Aku tak faham." Kataku masih bingung. Parut kat tubuh aku? Cuma nenek dan ibu yang tau. Mustahil seseorang seperti mereka tau.

Empat pelajar lelaki yang bertubuh gempal melewati lorong kelas. Geng Gagak, bilik disiplin seperti rumah kedua bagi mereka. Para pelajar yang dilewati mula memberi ruang. Macam artis tapi tak. Tiba di kelas 4Zoro salah seorang dari mereka bersuara.

"Mana Mia Qalisha?" Para pelajar mula berundur ke dinding. Aku yang sememangnya bertubuh kecil dihimpit oleh mereka.

"Sini." Jawabku sambil mengangkat tangan ditengah keramaian. Liya dan Umar mengikuti ku dari belakang cuba melepaskan diri. Entah apa lagi yang diinginkan Alex dari mereka. Ditambah lagi Mia budak baru. Memang menjadi sasaran pembuli la jawabnya.

Seorang lelaki keluar dari celah konconya yang gempal. Tubuhnya sedikit kecil dan pendek berbanding yang lain.

"Apa ni? Kau bergurau ke Kevin?" Kevin yang setia di sisi bos nya mengangguk.

"Aik? Setahu aku kelmarin takdelah aku pukul sampai macam ni sekali." Kata ku selamba melihat lengan Kevin yang sudah berbalut.

Alex panas. Betul la dia ni yang belasah Kevin. Dia memberi isyarat kepada seorang konconya yang gempal kemudian berbalik badan ingin pergi.

"Jumpa kitorang kat belakang sekolah lepas sekolah." Arah lelaki gempal tersebut. Umar yang tidak puas hati terus membantah. Mia Qalisha ni tubuh dia kecil. Takkan lah mereka nak belasah? Perempuan pulak tu.

"Kau tak boleh bawa dia pergi mana mana!" Bentak Umar.

"Ha'ah. Apa hak kau nak bawa dia?" Satu suara menyampuk. Faiz keluar dengan muka garang dari arah belakang aku diikuti Zarif dan Adrian. Mana mana aku ada, mesti Faiz ni ada. Haish!

"Shhhhuuuuttt. Diam boleh tak? Biar aku je yang tanya." Arah ku memandang Faiz. Nak lawan konon padahal kelmarin dah pucat lesi muka tu.

"Ehem. Kenapa aku perlu ikut cakap kau?" Soalku menentang arahan Si Gempal. Pelajar di koridor semakin ramai. Masing masing terkejut dengan keberanianku.

Alex terhenti. Dia mengisyaratkan sesuatu kepada konconya lalu salah seorang dari mereka mula menyerang. Prinsipnya ringkas. Kalau taknak dengar, pergaduhan la jawabnya walaupun dengan perempuan. Lagi senang nak menang.

Liya dan Umar sudah ketakutan mengundur kaki ke belakang. "Tolong la buat sesuatu. Tolong la dia Zafran!" Jerit Faiz risau Mia terluka. Zafran hanya berdiri berpeluk tubuh dengan dingin. Langsung tiada tanda tanda untuk membantu.

Buat apa aku nak bantu dia? Darjat kami seperti langit dan bumi. Dia DS dan aku, anak pengerusi. Takkan nak kotorkan tangan aku dengan benda jijik ni?

Monolog Zafran penuh angkuh.

Satu tumbukkannya aku elak. Nampaknya mereka betul betul nak kena ni. Tangan ku diregang. Satu lagi tumbukkan aku elak dan...

PAP!

Tamparan kuat dariku hinggap di pipi Si Gendut. "Tak guna!" Jerit Alex lalu mengarahkan tiga lagi konconya yang besar menyerang. Aku dengan lincah mengelak dan menyerang balas mereka hingga jatuh tak mampu berdiri.

"Over la kau ni. Aku buang sampah je dah patah tangan. Belum lagi aku tumbuk." Kataku tersengih memandang Kevin yang sedang berlindung dibelakang Alex.

"Tak guna kau!" Alex mulai turun padang. Tendangan nya aku elak dan

PAP!!

Satu tamparan kuat mengena pipi. Alex masih tidak berputus asa. Dia menyerang Mia sekali lagi menggunakan sepenuh tenaga yang dia ada dan...

PAP!!

Tamparan hinggap lagi di pipi sebelah.

Buk!

Mereka rebah menyisakan Kevin yang sudah terketar ketar. Aku maju perlahan lahan menuju Kevin.

"Okey, okey! Tangan aku tak patah. See?" Tangannya yang tadi dipangku sehelai kain lantas dibuka. Tau pun takut.

"Kau nak tengok dorang mati kat sini ke? Panggil la doktor ke, nurse." Arahku tegas seperti seorang ketua kepadanya. Dia segera memapah Alex yang sudah pengsan menuju bilik rawatan.

"Lain kali cari ketua tu yang kuat." Nasihat ku kepada Si Gendut yang terduduk penat di lantai koridor.

"Kau tengok tu. Baru dua kali serang, dah pengsan." Keluh ku sambil menunding kearah Alex yang sedang dipapah Kevin.

Tak sia sia nenek ajar aku silat. Ingatkan aku takkan guna aksi merbahaya ni.

Monologku sendiri lalu tertawa kecil.

"Mia Qalisha." Tegur Faiz.

"Macamana kau tau nama aku?"

"Kita classmate kut."

"Hurm, apa."

"Dah dua kali kau selamatkan aku. Aku ingatkan kau akan mati kali ni." Kata Faiz gedik berpura pura sedih. Aku menggulingkan biji mata.

"Takde masa aku nak tolong kau kedua kali. Aku cuma lindungi kawan aku." Liya dan Umar yang duduk di meja mereka iaitu didepan bahagian tengah aku pandang penuh tanda tanya.

Siapa sebenarnya mereka? Atau patutnya... siapa sebenarnya aku?

Aku mulai ragu dengan diri sendiri. Ibu sangat sayangkan aku. Takkan dia sanggup pukul sampai berbekas banyak parut kat badan aku?

___

Alhamdulillah done bab3. can't wait for chapter 4!!!!!!

Author sengaja letak sedikit aksi dalam bab ni. Hope korang enjoy la. Kalau tak terkesan, baca banyak kali sampai aksi tu tertayang kat kepala okey?

BTW thanks for your vote and comment yahh!!!

The Dark Sun : Mia QalishaWhere stories live. Discover now