Bab 9

11 6 0
                                    

Aku terduduk di atas kerusi yang berhadapan dengan loker. Barang yang masih bertaburan aku hiraukan. Bukan disebabkan perempuan sihir tadi atau Beeboyz yang entah dah pulang ke belum tapi aku sedang mencuba memproses balik cerita Liya  semasa rehat tadi.

"Hanya ada dua jenis pelajar kat sekolah ni. Kalau dorang bukan dari keluarga beranda, conferm dari rumah anak yatim." Kata Liya. Mia yang duduk didepannnya dipandang serius.

"Pelajar biasiswa?" Soal ku yang tidak mengambil perhatian. Masih jelas di minda kejadian di tangga tadi. Aku... tinggikan suara kat Beeboyz, geng paling hot kat sekolah bahkan satu kota mengenali mereka.

"Ada cuma bukan tu yang aku nak ceritakan.. 14 tahun lalu, ada kes dera extreme melibatkan rumah anak yatim. Kesemua anak yatim ada 13 orang antara tujuh tahun hingga dua tahun. Kes tu jadi hangat dan menggemparkan kota selama sebulan." Cerita Liya panjang lebar. Umar yang asyik mendengar mengangguk tanda betul.

"Kau kenal kan Puan Maria isteri pengetua kita tu? Dia suka budak budak jadi dia putuskan sesiapa dari rumah anak yatim boleh bersekolah kat sekolah elit ni tanpa bayar yuran. Pelajar ni digelar DarkSun atau kata singkatnya, DS yang bermaksud keterangan setelah kelam. Tu sebab aku dan Umar boleh ada kat sekolah ni walaupun kau sendiri tau yang ayah angkat aku cuma ada kedai runcit dan ibu aku seorang tukang jahit tempahan."

Tambah Liya. Perit nak ingat balik tapi Mia... dia macam tak ingat apa yang pernah jadi.

"Aku yakin kau pun dapat sekolah kat sini sebab 'tu' " Kata Umar penuh hati hati. Mereka memandang Mia Qalisha untuk melihat reaksinya tapi Mia....

"Macamana kalau mereka komplot nak buang aku dari sekolah?"

"Mana aku nak sekolah?"

"Apa aku nak cakap kat ibu?"

"Pffttt!" Aku cuba menenangkan diri.

"Takde apa yang akan jadi."

"Bukan salah aku nak tengking mereka."

"Siapa suruh nak kejar kejar aku?"

"Kenapa banyak banyak orang, aku yang mereka nak belanja?"

"Kenapa dorang tu tinggi sangat?"

"Astaghfirullahalazim... tenang Mia. Takde apa akan jadi." Kataku menenangkan diri sendiri.

"Dah kenapa dia tu cakap sorang sorang?" Soal Umar kepada kakak kembarnya sambil menunding kearah ku.

Liya mengangkat bahu tanda tidak tau. Kelas yang bingit menjadi sunyi seketika apabila Beeboyz masuk. Aku dengan cepat duduk ditempat berpura pura sibuk. Pipi yang sudah kemerahan tidak dapat disorokkan lagi.

Zafran seketika terkedu. Jantung, jangan buat hal time ni boleh tak? Kalau hari hari macam ni boleh mati tuan kau ni. Mia pun satu. Buat muka comel tu takpayah depan aku.

Monolognya didalam hati lantas memalingkan pandangannya keluar tingkap.

Sepasang kaki panjang dengan tenang menuju loker. Mia yang duduk termenung dipandang sepi.

"Hoi! Sedar, sedar." Marah ku kepada diri sendiri sambil menampar nampar tubuh.

"Kau nak ingat yang Liya cakap ke atau nak ingat kebodohan kau tadi?" Aku mula bertengkar dengan diri sendiri.

"Ehem." Zafran berdehem. Senyumannya sempat terukir melihat gelagat Mia yang sedang bertengkar dengan diri sendiri.

Tubuhku dipalingkan. Zafran yang bersandar ditepi loker dengan bahunya aku pandang dingin.

"Kau nak apa?" Barang yang jatuh aku pungut dan susun ke dalam loker. Takdelah berat sangat beg esok.

Takkanlah dia nak bagitau aku untuk keluar dari sekolah? Baru dua hari kot aku kat sini.

The Dark Sun : Mia QalishaWhere stories live. Discover now