Bab 14

22 7 0
                                    

"Ambil cerek tu!" Jerit Cik Fah menunding kearah cerek elektrik tanpa pemegang.

"Tapi cerek ni panas." Rayu ku dan serta merta telinga ku dipulas kuat.

"Aku suruh ambil tu, ambil je la! Bedebah la budak macam kau ni. Tak reti nak dengar cakap orang lebih tua." Bentak Cik Fah.

Kedua telapak tangan ku sudah memegang cerek tersebut dan..

PRANG!!

Air panas mula membasahi lantai. Aku mula mengelupar ketika air panas mengena kaki begitu juga dengan Cik Fah yang berada berhampiran.

"SIAL LA! TAK GUNA KAU BUDAK! SAJA JE KAN NAK KENAKAN AKU!!" Hampir runtuh rumah mendengar jeritan kuat Cik Fah. Rumah anak yatim yang terletak di hujung kota merupakan satu kelebihan buat pengurus di sana untuk memberikan layanan yang lebih extreme.

"Maaf Cik Fah... Mia tak sengaja...." Rayu ku menahan perit bila tubuh ditarik kasar menuju ke bilik mandi.

"Kau budak sial! Duduk diam diam dalam ni!" Arah Cik Fah lalu mengisi tab mandi dengan air sejuk. Mia yang terlebih dahulu dimasukkan ke dalam tab mula menggigil kesejukkan.

"Maa.. maa.. maaf.. maafkan.. Mia.." Kata ku menggigil menahan sejuk.

"Weh Fah. Jangan la kau kejam sangat ngan budak tu. Silap hari bulan dia mati, siapa nak jawab? Kau nak masuk penjara ke?" Nasihat Cik Wanie yang sedikit penyayang berbanding Cik Fah.

"Rileks boleh tak? Takkan mati punya la budak tu. Setakat air sejuk, tu benda biasa. Lagi pun kalau dia mati, kita tanam je la. Apa susah?" Kata Cik Fah selamba.

Bunyi riuh di luar rumah menarik perhatian dua pengurus tersebut. Mereka saling berpandangan sebelum berjalan laju ke depan pintu utama.

Tiga buah kereta polis sudah elok terparking di depan. Pucat lesi mereka melihat beberapa anggota polis yang sudah sedia hendak menyerbu.

Lintang pukang mereka berlari. Cik Wanie terlebih dahulu masuk ke dalam bilik lalu dikunci manakala Cik Fah sudah keluar melalui pintu belakang namun segera diberkas oleh anggota polis yang sedia menunggu.

Tangan yang tadinya melecur sudah menjadi putih pucat apabila direndam lama dengan air. Jika dikupas kulit tika itu, pasti terikut sekali dengan isinya. Mia sudah tidak mampu menahan rasa sejuk. Bibirnya kebiruan, matanya layu. Pandangan mulai kabur dan...

"Tuan! Ada budak dalam tab!" Jerit seorang pegawai wanita. Ditarik keluar tubuh kecil Mia yang sudah pengsan didalam air. Tanpa berlengah, dia segera melakukan CPR.

"Macamana keadaan dia?" Soal seorang pegawainya polis lelaki berpangkat ketua.

Sesekali kelopak mata dibuka ingin memastikan bahawa Mia masih sedar. Nadi diperiksa dan CPR dilakukan berkali kali hingga Mia memuntahkan air.

Serentak dengan itu, kereta ambulans yang baru tiba segera membawa Mia pergi.

"Kak.. Mia tak apa apa kan??" Soal Liya dan yang lain sebaik melihat Mia yang longlai seoalah tak bernyawa dibawa pergi. Gugur air mata mereka melihat tubuh kecil Mia yang sudah kebiruan.

"Tenang dik, kawan adik okey. Akak dengan yang lain akan pastikan dia tak apa apa." Jawab seorang pegawai polis wanita dengan tersenyum. Kata katanya sedikit sebanyak ia melegakan mereka.

"Adik kalau abang boleh tahu, siapa yang buat panggilan? Jangan takut, info ni supaya kes dapat diselesaikan dengan segera dan makcik dua orang tu dapat hukuman atas apa mereka buat." Pujuk pegawai ketua. Yusuf yang masih teresak memberanikan diri. Ni semua demi kebaikan Mia.

"Us.. Usup tak tahan tengok Mia kena macam tu tiap hari.. Usup sayangkan Mia...." Rengeknya kuat membuatkan mereka menangis semula. Siapa saja yang tidak sayang dengan Mia yang diibaratkan malaikat kecil bagi mereka? Sejak dia ada, tiada seorang pun dari mereka yang mendapat hukuman selain dia.

"Boleh akak tahu dari mana Usup dapat phone? Sebab akak tak nampak apa apa gadget selain yang dalam bilik berkunci." Soal pegawai wanita. Cik Fah dan Cik Wanie yang baru keluar dengan gari di tangan menakutkan mereka. Masing masing mula menyorok. Jelas trauma di mata mereka.

"SIALLLL!!! BUDAK TAK GUNA!!!! KALAU AKU TAHU SIAPA YANG LAPOR, AKU BUNUH KAU! BODOH!" Jerit histeria Cik Fah. Yusuf yang menggigil ketakutan hanya mampu menyorok di belakang kaki salah seorang pegawai polis.

"Handphone Cik Fah. Usup ambil handphone Cik Fah dalam bilik." Kata Yusuf dengan ketakutan yang mendalam. Demi Mia, dia sanggup ketepikan rasa takut.

"Mengejutkan. Sebuah rumah anak yatim mengemparkan media dengan kenyataan yang diberikan Inspektor Zulkifli pagi tadi. Mengikut saksi yang merupakan seorang mangsa kanak kanak, penderitaan mereka sudah bermula sejak lima bulan lalu."

"Semua stesen tv sibuk dengan berita yang satu ni. Media pun dah ramai yang pergi tempat kejadian." Kata seorang makcik yang sedang menonton berita melalui handphone.

"Dengar kata, rumah anak yatim tu ada kat hujung kota ni. Bila fikir balik, kesian dengan budak budak tu. Kecik kecik lagi dah trauma. Macamana lah agaknya masa depan mereka." Kata seorang lagi makcik iaitu temannya.

"Harap budak budak tu dapat la keluarga angkat yang penyayang. Aku kalau jumpa pengurus tu, habis tangan dia hilang." Kata makcik yang sedang memegang handphone.

Puan Lyna yang sedang membeli sayur tiba tiba terhenti apabila mendengar perbualan mereka. Sayur segera diletak semula dan dia mula berlari ke rumah.

"Bang! Bang!" Jeritnya sebaik tiba di rumah.

"Apa hal kecoh kecoh ni?" Jawab sang suami.

"Budak tu.. rumah anak yatim tu dah diserbu polis. Katanya pengurus kat sana dera anak yatim dan makan harta mereka." Kata Puan Lyna dengan tercungap cungap.

"Habis tu?" Suaminya masih blur.

"Budak yang kita culik hari tu, abang hantar sana kan?" Mereka terkejut. Kunci kereta yang yang terletak di meja makan diambil. Deruman kereta mula kedengaran.

"Abang nak ke mana?"

"Kita.. kita cari budak tu. Kalau dia bagitau polis pasal kita, habislah." Kata Encik Hanif.

"Nak cari kat mana?" Soal Puan Lyna buntu.

"Hospital. Try cari kat hospital dulu. Awak cakap mangsa dera kan? Mesti dorang dah hatar kat hospital." Jawab Encik Hanif yang terlebih dahulu berfikiran panjang.

"Kak, bila ibu ngan ayah nak sampai?"  Soal Mia kepada petugas jururawat yang sedang memeriksa dirinya. Sungguh dia menantikan dua insan tersayang tersebut.

Jururawat tersebut hanya berdiam diri. Tiga hari berlalu, hanya soalan yang sama dilontarkan setiap kali dia datang memeriksa.

"A.. ayah!" Jerit Mia lalu turun dari katil dan berlari memeluk Encik Hanif yang baru tiba. Dia terkaku seketika. Blur.

"Ayah, ibu. Kenapa lambat sangat nak lawat adik?" Soal ku mengambil tempat di antara mereka lalu merangkul lengan tua tersebut.

"Maaf puan, puan ni ibu dia ke?" Soal perawat tadi. Lidahnya kelu. Masih blur dengan situasi.

Kami.. bukan ibu ayah dia. Tapi jika boleh, kami sudi untuk menjadi orang tua kepada Mia Qalisha. Kesalahan kami terlalu besar dan jelas. Jika ini satu satunya cara untuk memperbaiki kesilapan lalu kami, demi seorang malaikat kecil kami sanggup. ~ Hanif Suffian dan Dayang Lyna.

____
Sedikit sebanyak kisah pasal Mia. Dari mana datangnya dia, apa yang berlaku hingga terpisah dengan keluarga kandung dan masa silam Puan Lyna. Author try nak bagi bab ni sedih tapi tak tau la korang sedih ke tak. Hope korang enjoy!

Vote and comment yahhh!!!

The Dark Sun : Mia QalishaWhere stories live. Discover now